Wahai Najib! Bukan Masanya Lagi Untuk Sidang Khas Tetapi Masa Untuk Jihad

Sidang khas PBB: Malaysia akan bekerjasama negara sependapat

KUALA LUMPUR 12 Jun – Malaysia akan bekerjasama dengan beberapa negara maju yang sependapat berhubung isu kekejaman Israel bagi membolehkan satu sidang khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaksanakan September ini.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama, negara juga akan bekerjasama dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) bagi memastikan apa juga bentuk hukuman dapat dikenakan ke atas Israel oleh PBB.  “Kerajaan akan buat apa sahaja yang termampu dan kita akan bawa usul ke PBB. Kita akan memastikan bahawa akan berlaku persidangan khas untuk mengutuk, menghukum dan mencela Israel terhadap apa yang mereka lakukan.  “Bagi memastikan ia berjaya, saya akan berhubungan dengan negara-negara lain seperti negara OIC, NAM serta negara maju yang sependapat dengan kita agar mereka juga bersetuju sidang khas dilakukan September ini,” katanya.  Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program Rally 1Malaysia, anjuran Pergerakan Pemuda Barisan Nasional di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.  Minggu lalu, Najib membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga mengakibatkan sembilan sukarelawan terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan. 

“Saya juga telah berbincang dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai banyak pengalaman dalam hal ehwal antarabangsa. Pak Lah menasihatkan perkara ini amat wajar dilakukan,” jelasnya.  Serentak itu, Perdana Menteri turut menyarankan agar negara-negara dunia sepakat membawa usul kepada PBB untuk merujuk perbuatan ganas rejim Israel itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).  Dalam pada itu, Najib berkata, beliau juga akan meminta Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hamidon Ali, mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon untuk menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang akan mengusulkan perkara tersebut.  Mengulas lanjut, Najib berkata, berjaya atau tidak usaha Malaysia untuk memastikan Israel dihukum bergantung kepada keadaan tetapi apa yang penting tegas beliau, negara menyuarakan penentangan terhadap kezaliman dan kerakusan rejim Yahudi.

Sumber : Utusan Malaysia, 13/06/10

Wahai Najib! Bukan Masanya Lagi Untuk Sidang Khas Tetapi Masa Untuk Jihad

Satu usaha yang sia-sia dan pastinya tidak akan memberikan apa-apa kesan ke atas Israel apabila umat Islam terutamanya para pemimpin sekular mereka masih tetap mengharapkan pertubuhan kufur PBB bagi menangani isu keganasan Israel. Dan harapan kepada PBB itu pun hanyalah sekadar untuk mengadakan sidang khas bagi mengeluarkan kutukan dan kecaman. Sudah terlampau banyak bukti yang boleh kita paparkan bahawa Israel adalah entiti yang tidak makan “saman” dengan kutukan dan kecaman dunia. Namun malangnya para pemimpin sekular umat Islam yang ada masih terus mengulang-ulang tindakan “bodoh” ini. Bagi Malaysia, Najib telah memperlihatkan kepada kita bahawa beliau adalah pemimpin umat Islam yang masih terus terbius dengan pemikiran sekular dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku – seolah-olah Islam yang menjadi pegangannya tidak mempunyai jawapan kepada persoalan yang berlaku.

Wahai umat Islam!  Sudah terbukti di depan mata kalian betapa para pemimpin yang ada pada hari ini adalah para pemimpin sekular yang tidak pernah melihat kepada penyelesaian Islam untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku. Oleh itu adalah menjadi kewajiban bagi seluruh umat Islam saat ini untuk bangun melakukan muhasabah terhadap para pemimpin sekular ini agar mereka kembali mengambil Islam untuk menyelesaikan sebarang persoalan yang dihadapi. Jika ini masih tidah menyedarkan mereka, maka umat harus berusaha untuk mencari pemimpin yang bersedia untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada apa yang berlaku. Sistem Khilafah yang dipimpin oleh seorang khalifah yang ikhlas sahajalah yang akan bersedia untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian atas apa yang berlaku. Tidak ada istilah sidang khas untuk Israel. Yang ada hanyalah jihad!