Ajaran Yang Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

SKANDAL SEKS GEREJA DIBONGKAR
WASHINGTON 25 Mac – Dakwaan terbaru berhubung cubaan menutup kes fidofilia menghantui Pope Benedict XVI semalam apabila seorang paderi Amerika Syarikat (AS) didakwa meliwat hingga 200 budak lelaki cacat pendengaran, menurut fail gereja yang diperoleh oleh The New York Times. Dokumen mengenainya yang dikemukakan sebagai sebahagian tindakan guaman terhadap sebuah sekolah kanak-kanak pekak di negeri Wisconsin, AS menunjukan hubungan langsung antara paderi yang didakwa itu dengan Kardinal Joseph Ratzinger pada 1996, lapor akhbar berkenaan. Perbicaraan terhadap Murphy dihentikan selepas beliau menulis terus kepada Ratzinger untuk memprotes sebarang tindakan terhadap perbuatan tersebut. ”Saya hanya mahu menghabiskan baki hidup saya sebagai paderi bermaruah,” kata Murphy kepada bakal pope itu. ”Beliau juga memohon bantuan jujur Ratzinger terhadap perkara itu.

”Dokumen berkenaan tidak mengandungi sebarang respons daripada Ratzinger dan Murphy meninggal dunia dua tahun kemudian ketika masih menjadi paderi,” kata akhbar itu. Murphy bekerja di sekolah tersebut dari 1950 hingga 1974.

Kes berkenaan melibatkan empat saman yang dikemukakan oleh lima orang di mana para peguam mereka menyerahkan dokumen rahsia lama gereja kepada akhbar berkenaan. Kes berkenaan didedahkan ketika skandal penderaan seks melibatkan ilmuan Katholik di beberapa negara termasuk Ireland, Austria, Belanda dan Switzerland sedang sibuk diperkatakan. Skandal berkenaan semakin hampir kepada pope sendiri. Dalam kes di negara asalnya, Pope Jerman berkenaan ketika masih merupakan Biskop di sana pada 1980 telah meluluskan perlindungan di gereja kepada seorang pederi yang disyaki melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak ketika dia menerima terapi. Pope telah memohon maaf dalam satu surat terhadap penderaan seks oleh paderi Ireland tetapi mangsa berpendapat ia tidak cukup untuk menangani skandal yang semakin menular itu. Dalam dokumen gereja di Wisconsin, The New York Times berkata, terdapat tiga Biskop diberitahu tentang perbuatan Murphy melakukan penderaan seksual terhadap kanak- kanak, namun insiden berkenaan tidak pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa. – AFP

Akhbar berkenaan memetik jurucakap Vatican, Federico Lombardi sebagai berkata, kes berkenaan adalah sesuatu yang tragik dan Murphy telah menzalimi kanak-kanak malang. Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihak berkuasa telah menyiasat kes berkenaan dan menolaknya.


Sumber : Utusan Malaysia, 26/03/2010

Ajaran Yang Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Jika kita mengikut perkembangan isu yang melibatkan perlakuan seks luar tabii paderi-paderi itu, kita dapati seolah-olah ia hanya suatu kesalahan individu dan tiada yang silapnya pada agama Kristien. Ajaran agama Kristien yang menetapkan bahawa para rahib mereka tidak dibolehkan berkahwin dengan alasan untuk mengabdikan diri kepada Allah adalah jelas bertentangan dengan fitrah penciptaan manusia.

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan khasiat yang sempurna. Khasiat tersebut adalah ketetapan pada setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT. Khasiat tersebut termasuklah seperti keperluan jasmani dan naluri (gharizah). Kesemua khasiat ini mempunyai potensi yang akan menggerakkan manusia. Justeru ia memerlukan pemenuhan dan jika tidak dipenuhi, ia bertentangan dengan fitrah penciptaan Allah. Jadi, peraturan yang ditetapkan oleh ajaran Kristien itu sebenarnya adalah aturan yang diadakan-adakan oleh para rahib mereka dan bukannya perintah daripada Allah SWT firman Allah SWT:

“Kemudian Kami iringi (sesudah mereka) Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan) ‘rahbaniyyah’ merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka”. [TMQ Al-Hadid (57):27]

Sedangkan Islam diturunkan bukan bersifat mengekang kemahuan manusia, bahkan ia ada menetapkan sebilangan hukum-hukum berkaitan sistem pergaulan (Nidhamul Ijtima’e) yang menjelaskan tentang tatacara hubungan lelaki dan wanita, perkahwinan, kekeluargaan dan penjagaan anak. Kesemuanya itu bertujuan untuk mengatur pemenuhan naluri yang berhubungan dengan naluri seksual dan kekeluargaan (gharizatul nau’) seseorang manusia. Bukan itu sahaja, ia merupakan perintah yang mesti diikuti dan jika enggan, itu akan menyebabkan kehidupan manusia rosak, bahkan akan mendapat balasan daripada Allah SWT di hari akhirat kelak.