Akhirnya, Setelah Pembunuhan Ngeri dan Kemusnahan Dahsyat yang Dilakukan oleh Kaum Yahudi di Gaza…dan Setelah Diam yang Sungguh Memalukan oleh Penguasa Muslim…Trump Membuat Satu Gencatan Senjata yang Penuh Perangkap

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, Setelah Pembunuhan Ngeri dan Kemusnahan Dahsyat yang Dilakukan oleh Kaum Yahudi di Gaza…dan Setelah Diam yang Sungguh Memalukan oleh Penguasa Muslim…Trump Membuat Satu Gencatan Senjata yang Penuh Perangkap

[Terjemahan]

Pada 16 Januari 2025, laman sesawang Al-Jazeera telah menyiarkan terma-terma perjanjian gencatan senjata di Gaza yang akan bermula pada hari Ahad, 19 Januari 2025. Ia menyatakan: [(Perjanjian gencatan senjata di Gaza telah diumumkan di ibu negara Qatar, Doha, yang akan dilaksanakan dalam 3 fasa:

Fasa pertama akan berlangsung selama 42 hari, dan telah dipersetujui bahawa perkara-perkara berikut akan dilaksanakan:

  • Kedua-dua pihak akan menghentikan operasi ketenteraan masing-masing untuk sementara, dan tentera pendudukan ‘Israel’ akan menarik diri ke arah Timur dan menjauhkan diri dari kawasan kediaman…Aktiviti udara ‘Israel’ untuk tujuan ketenteraan dan pengintipan akan dihentikan secara sementara di Gaza selama 10 jam sehari, dan 12 jam pada hari pembebasan tahanan dan banduan…‘Israel’ akan mengurangkan tentera mereka secara berperingkat di kawasan koridor di paksi Philadelphia dalam fasa pertama, menurut peta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak…Pada hari ketujuh selepas berlakunya perjanjian ini, semua kenderaan akan dibenarkan kembali ke utara paksi Netzarim selepas diperiksa oleh syarikat swasta yang ditentukan oleh perantara (mediator) dengan pihak ‘Israel’, berdasarkan mekanisme yang dipersetujui.
  • Rundingan tidak langsung antara kedua-dua pihak mengenai terma-terma pelaksanaan fasa kedua perjanjian ini akan dimulakan selewat-lewatnya pada hari ke-16 selepas perjanjian ini berkuat kuasa, dan satu persetujuan mesti dicapai sebelum akhir minggu kelima fasa pertama.

Fasa kedua akan berlangsung selama 42 hari, dan telah dipersetujui bahawa perkara-perkara berikut akan dilaksanakan:

  • Pengisytiharan untuk mengembalikan ketenangan yang mampan, merangkumi pemberhentian kekal operasi ketenteraan, aktiviti permusuhan dan pemulihan pertukaran tahanan dan banduan antara kedua-dua pihak, termasuk kesemua lelaki ‘Israel’ yang masih hidup, sebagai pertukaran untuk sejumlah yang dipersetujui daripada banduan Palestin, di penjara pihak pendudukan (entiti Yahudi). Selain itu, tentera pendudukan ‘Israel’ akan menarik diri sepenuhnya dari Gaza.

Fasa ketiga akan berlangsung selama 42 hari, dan telah dipersetujui bahawa perkara-perkara berikut akan dilaksanakan:

  • Pertukaran mayat dan tinggalan-tinggalan si mati yang dipegang oleh kedua-dua pihak setelah dijumpai dan dikenalpasti…Memulakan pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza selama 3 hingga 5 tahun, termasuk rumah, bangunan awam dan infrastruktur, selain memberi pampasan kepada semua yang terjejas, di bawah pengawasan beberapa negara dan organisasi yang menyokong perjanjian ini…Membuka semua laluan dan membenarkan pergerakan bebas orang dan barang.) Sumber: Agensi]

Jelas di sini bahawa fasa pertama adalah teras kepada perjanjian ini, dan penuh dengan ranjau. Sebarang gangguan dalam pelaksanaannya akan menghentikan fasa-fasa berikutnya: dari penarikan diri dari kawasan kediaman, kepada menghentikan aktiviti udara untuk beberapa jam, seterusnya (dari) mengurangkan serangan udara untuk beberapa jam, kepada memeriksa kenderaan-kenderaan yang bergerak pulang. Apa jua gangguan terhadap mana-mana perkara ini, atas apa jua alasan, sudah cukup untuk menggugat fasa kedua dan ketiga, jika pun tidak menghentikannya.

Wahai kaum Muslimin!

Penduduk Gaza “bergembira” dalam kesedihan dengan keputusan ini, berharap agar ia dapat meringankan sedikit penderitaan mereka, tatkala tiadanya apa-apa sokongan daripada penguasa di neger-negeri kaum Muslimin (selama ini)!

Rakyat Gaza “mengalu-alukan” keputusan ini, berharap agar ia membuka ruang untuk mereka menikmati sedikit keselesaan, setelah tentera kaum Muslimin, baik di negeri yang dekat atau jauh, telah mengecewakan mereka.

Kanak-kanak Gaza “merayakan” gencatan senjata ini, setelah dunia menjadi sempit buat mereka dengan senyapnya penguasa di negeri-negeri kaum Muslimin, sesenyap suasana perkuburan, terhadap usaha menyelamatkan mereka. Beginilah keadaan penguasa umat Islam terhadap Gaza, padahal mereka mengelilingi Yahudi umpama gelang mengelilingi pergelangan tangan:

﴿قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

“Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai boleh berpaling (daripada kebenaran)?” [Al-Munafiqun (63): 4]

Wahai kaum Muslimin, wahai tentera di negeri-negeri kaum Muslimin!

Bolehkah perangai kaum Yahudi diperbaiki melalui sebuah keputusan yang penuh perangkap yang dirangka dan direka oleh Amerika untuk menaikkan status entiti Yahudi, setelah Amerika membantu mereka (Yahudi), dan masih membantu mereka dengan segala senjata dan kelengkapan?

Bolehkah perangai kaum Yahudi diperbaiki melalui sebuah keputusan yang dibuat dan direka oleh tali (Amerika) yang mereka (Yahudi) berpegang dan bergantung padanya? Sebuah tali yang masih wujud kerana tiada tangan yang memotongnya!

Bolehkah perangai kaum Yahudi diperbaiki melalui sebuah keputusan yang penuh perangkap, sedangkan merekalah pihak yang melanggar perjanjian, dan telah melanggarnya sebelum ini dan akan terus melanggarnya selepas ini, khususnya kerana mereka tidak menemui seorang penguasa Muslim pun yang berani menghalang mereka? Bukankah melanggar perjanjian yang mereka sendiri telah sepakati, adalah sifat yang telah sebati pada mereka sebelum-sebelum ini, dan juga selepasnya, yang mereka lakukan di mana-mana sahaja mereka berada? Inilah situasi mereka di Lebanon selepas menandatangani perjanjian pada 27/11/2024, dan mereka melanggarnya, dan inilah situasi mereka di Syria ketika melanggar Perjanjian 1974, malah mereka meningkatkan serangan dan penjajahan di Golan.

Bolehkah perjanjian dimeterai dengan kaum yang entitinya didasarkan kepada penjajahan tanah umat Islam? Bolehkan kita bersetuju dengan mereka tentang kesahihan penjajahan mereka, dan bukannya memusnahkan entiti mereka?!

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Yahudi adalah kaum pendusta, kaum pengkhianat dan jahat. Mereka hanya dapat dihentikan dengan jalan sebagaimana yang disebut oleh Allah (swt):

﴿فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْبِ فَشَرِّدْ بِهِمْ مَنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

“Jika kamu menemui mereka dalam peperangan, maka cerai-beraikanlah orang-orang yang di belakang mereka dengan (menumpaskan) mereka, supaya mereka mengambil pelajaran” [Al-Anfal (8): 57].

Yahudi adalah kaum pendusta, pengkhianat dan jahat. Tiada yang dapat mencegah mereka selain daripada sebuah “Khandaq” baru yang akan menghapuskan akar-akar mereka, dan “Khaibar” yang akan kembali memukul mereka sebagaimana yang telah memukul kaum Tsamud. Inilah perangai kaum Yahudi sejak mereka memutuskan tali Allah di zaman Nabi-nabi mereka lagi, dan (sejak itu) tiada yang tinggal pada mereka kecuali tali manusia, sebuah tali yang rapuh dan akan putus apabila mereka menemui tentera Islam yang memerangi mereka dari depan dan belakang mereka:

﴿قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ

“Perangilah mereka (musuh), nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan kalian, dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kalian atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman” [At-Taubah (9): 14]

Kemudian (setelah kalian memerangi Yahudi) Tanah Yang Berkati akan kembali ke Darul Islam, seperti mana dibuka oleh Umar, dibebaskan oleh Salehuddin, dan dijaga oleh Abdul Hamid:

﴿وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

“Dan di hari (kemenangan) itu bergembiralah orang-orang yang beriman * kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [Ar-Rum (3): 4-5]

Wahai kaum Muslimin! Dalam Kitab Allah (swt), dan Sunnah Rasul-Nya (saw), terdapat penyelesaian untuk masalah kita, terdapat kemuliaan untuk kaum kita, dan terdapat kehinaan untuk musuh-musuh kita. Ia adalah penyelesaian yang jelas yang menyatakan kebenaran, memuliakan penganutnya, mengalahkan kebatilan dan menghinakan penganutnya.

Penyelesaiannya ialah bahawa Daulah Islam, al-Khilafah ar-Rasyidah, akan kembali semula, yang akan dipimpin oleh seorang yang bertakwa lagi tulus, di belakangnya kita berperang dan dengannya kita berlindung. Dia akan mengembalikan kebebasan dan kemuliaan Tanah Isra’ dan Mi’raj, dan akan menghantar Yahudi serta mana-mana penjajah ke lembah kehinaan yang dalam di dunia, dan azab yang lebih berat untuk mereka di akhirat. Sesungguhnya hal ini, dengan izin Allah, pasti akan berlaku wahai kaum Muslimin, selepas berakhirnya pemerintahan diktator yang kita sedang hadapi pada hari ini. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Huzaifah:

«ثُمَّ تَكُونُ مُلْكاً جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ. ثُمَّ سَكَتَ»

“Kemudian akan ada para penguasa diktator selama Allah menghendakinya dan Dia akan mengangkatnya apabila Dia menghendakinya. Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian. Kemudian baginda diam.”

Muslim meriwayatkan daripada Nafi’ daripada Ibn Umar daripada Nabi (saw) yang berkata:

«لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ»

“Kalian akan pasti memerangi Yahudi dan kalian akan pasti membunuh mereka”

Bagaimana pun, Sunnatullah telah menetapkan bahawa Dia tidak akan menurunkan malaikat dari langit untuk mendirikan Khilafah untuk kita, untuk memerangi musuh-musuh kita, sementara kita duduk diam tidak melakukan apa-apa, tetapi Dia akan menurunkan malaikat-Nya sebagai bentuk pertolongan dan berita gembira akan kemenangan yang akan diberikan-Nya kepada orang-orang orang yang beriman, dan Dia akan menambahkan petunjuk-Nya untuk mereka dan untuk tentera Muslim, yang sabar dalam peperangan, yang dilindungi oleh pemimpin mereka dan yang berperang melawan musuh mereka di belakangnya:

﴿بَلَىٰ ۚ إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ

“Ya (cukup), jika kalian bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kalian dengan seketika itu juga, nescaya Allah menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda” [Ali Imran (3): 125].

Kemudian, kita akan termasuk dalam kalangan mereka yang layak mendapat berita gembira:

﴿نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

“Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman” [As-Saf (61): 13].

Wahai kaum Muslimin! Hizbut Tahrir sebagai parti perintis yang tidak menipu warganya, menyeru kalian untuk mendukungnya, dan berganding bahu dengannya demi mengembalikan semula al-Khilafah ar-Rasyidah, supaya Islam serta penganutnya menjadi mulia dan kekufuran serta penganutnya menjadi hina. Itulah kemenangan yang besar.

﴿إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ

“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya” [Qaf (50): 37].

Hizbut Tahrir

19 Rajab 1446 H

19 Januari 2025

Sumber asal:

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/leaflets/hizb/100037.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/leaflet/hizb-ut-tahrir/27132.html