Al-Aqsa diserang, apa peranan kita?

Tanpa mempedulikan kemuliaan bulan Ramadhan dan kesucian Masjid al-Aqsa, kaum Yahudi laknatullah sekali lagi menyerang masjid yang ketiga sucinya dalam Islam itu. Pihak berkuasa entiti Yahudi sebelumnya turut mengusir warga Palestin daripada kediaman mereka. Sungguh, kebiadaban Yahudi memang tiada batasnya dan mereka tidak mempunyai moral sedikit pun sebagai manusia!

Serangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini bukanlah kali yang pertama. Walaupun dilihat sebagai sengaja mencabar dan menimbulkan provokasi ke atas seluruh umat Islam dengan serangan biadab di bulan Ramadhan ini, namun kaum terlaknat itu tidak mempedulikannya sedikit pun. Ini kerana mereka tahu bahawa serangan mereka tidak akan dibalas oleh pemimpin umat Islam kecuali dengan sekadar kecaman kosong yang penuh kepalsuan.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya malapetaka yang menimpa umat Islam di Palestin akan hanya berakhir dengan berakhirnya kewujudan negara haram ‘Israel’. Selagi mana negara haram itu masih wujud, maka selagi itulah umat Islam di Palestin akan terus ditindas, diusir, dinafikan hak mereka, dibunuh, malah diperangi tanpa belas kasihan sedikit pun oleh musuh Allah itu.

Apa yang berlaku di Palestin merupakan bukti nyata akan pengkhianatan penguasa umat Islam. Jika dahulu Sallehuddin al-Ayubi mengerahkan tentera untuk membebaskan tanah yang diberkati itu, kini, sejak runtuhnya Khilafah, para penguasa umat Islam bukan sahaja tidak menghantar tentera untuk membebaskannya, mereka tidak melakukan apa-apa pun, malah sebaliknya menjalin hubungan baik dengan entiti haram Yahudi!

Umat Islam mesti sedar akan pengkhianatan dan kebaculan para penguasa ini. Umat Islam juga mesti sedar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada PBB mahupun OIC, kerana kedua-duanya hanyalah badan boneka. Bezanya ialah, satu ciptaan Barat, dan satu lagi ciptaan penguasa Muslim yang selama ini berkiblatkan Barat. Baik PBB mahupun OIC, kedua-duanya tidak pernah menyelesaikan masalah Palestin. Justeru, umat Islam tidak seharusnya terus terpedaya dengan badan dunia ini yang hakikatnya hanya menjadi medan untuk para pemimpin dunia bercuti, meraih ‘claim’ yang lumayan dan menikmati kemewahan daripadanya.

Satu-satunya jalan untuk membebaskan Palestin dan al-Aqsa ialah dengan jihad fi sabilillah oleh tentera kaum Muslimin, tidak ada jalan lain lagi. Sebagaimana Sallehuddin al-Ayubi mengerahkan tentera untuk membebaskan Palestin, begitulah juga apa yang wajib dilakukan pada hari ini jika kita ingin membebaskan Palestin dari cengkaman kaum Yahudi laknatullah. Sebagai Muslim, kita wajib terus memuhasabah penguasa dan tentera kaum Muslimin agar bergerak, walaupun kita yakin bahawa para penguasa ini tidak akan bergerak, dan kita yakin bahawa tentera kaum Muslimin tidak akan bergerak di bawah para penguasa yang khianat dan bacul ini.

Justeru, satu-satunya jalan yang tinggal untuk kita ialah berusaha untuk mendirikan Khilafah, yang dengan berdirinya sedikit masa lagi, Khalifah akan pasti mengerahkan tentera untuk berjihad di sana, membebaskan al-Aqsa, menyelamatkan semua saudara kita yang tertindas, dan menghantar kaum Yahudi ke perkuburan mereka. Inilah satu-satunya jalan yang tinggal bagi mereka yang ikhlas ingin melihat al-Aqsa terbebas daripada cengkaman kaum kafir yang dilaknat Allah itu. Inilah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir sejak sekian lama. Ayuhlah wahai kaum Muslimin untuk bergabung dan mendukung perjuangan ini, yang insya Allah akan terealisasi dalam masa yang terdekat dengan usaha sungguh-sungguh daripada kita semua dan dengan izin-Nya.

Wallahu a’lam.