Kamera keselamatan untuk al-Aqsa, hanya ini solusi penguasa kaum Muslimin terhadap Palestin!
Kezaliman dan kejahatan Yahudi kepada umat Islam di Palestin adalah sesuatu yang diketahui oleh semua pihak. Jika batu-batu dan tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar Palestin itu boleh berbicara, pasti mereka akan menjadi saksi bagi seluruh kezaliman manusia terlaknat ini ke atas kaum Muslimin. Sejarah kezaliman Yahudi ke atas umat Islam di Palestin bukannya perkara yang dapat disembunyikan, hatta daripada orang buta sekalipun. Rejim Yahudi menzalimi umat Islam tanpa mengira kanak-kanak, wanita, lelaki, muda mahupun tua, semuanya menjadi sasaran kejahatan mereka.
Sikap bacul dan khianat yang ditunjukkan oleh para pemimpin dunia Islam terutamanya negara-negara Arab, menjadikan Yahudi terus berani melakukan semahunya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Sampai bila kisah sedih dan catatan hitam ini akan berakhir masih belum dapat dipastikan. Ironinya penguasa umat Islam sehingga saat ini masih mengharapkan badan antarabangsa seperti PBB untuk mencari solusi terhadap masalah Palestin, walaupun sudah terbukti dengan jelas lagi nyata kegagalannya, di samping solusi yang haram untuk diambil di sisi syarak.
Tatkala pembunuhan dan kejahatan Yahudi ke atas penduduk Palestin semakin menjadi-jadi, ia bukannya dibalas dengan peperangan (jihad) oleh penguasa Muslim, tetapi “dibalas” dengan pemasangan kamera keselamatan di perkarangan Masjid al-Aqsa oleh pemerintah Jordan. Itu dilakukan Jordan atas justifikasi untuk memantau ‘perlanggaran’ rejim Zionis selepas ketegangan meningkat di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu. Itu pun setelah Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry meluluskan rancangan pemasangan kamera di kawasan tersebut, selepas berunding dengan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas!!!
Ternyata, para penguasa Muslimin ini lebih menghargai batu-batu binaan masjid berbanding nyawa umat Islam yang terkorban dek kezaliman Yahudi. Mereka tidak melakukan pembelaan sedikit pun terhadap maruah dan darah umat Islam di Palestin tatkala tentera rejim Zionis menyeksa, menghina dan membunuh saudara-saudara mereka. Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Setitik darah seorang Muslim adalah lebih bernilai dari seluruh Kaabah dan sekelilingnya” [HR Bukhari dan Muslim].
Bagaimana mungkin solusi mereka untuk masalah Palestin hanyalah dengan memasang kamera keselamatan?!
Di samping dapat melihat betapa rendahnya taraf berfikir yang dimiliki oleh para pemimpin umat Islam dalam menanggapi isu ini, kita sekali lagi dapat melihat kebaculan dan pengkhianatan mereka apabila tindakan tersebut hanya diambil setelah mendapat restu tuan mereka iaitu Amerika. Para pemimpin sekular ini hanya akan bertindak selari dan sesuai dengan arahan tuan yang merestui kedudukan mereka. Inilah realitinya sejak dulu.
Al-Aqsa dibuka oleh Khalifah Umar al-Khatab, kemudian jatuh ke tangan puak kuffar dan dibebaskan pula oleh Salahuddin al-Ayubi. Ia terus dipertahankan oleh Sultan Abdul Hamid II sebelum jatuh ke tangan Yahudi setelah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah. Di sepanjang sejarahnya, al-Aqsa dibuka dengan kekuatan tentera, dibebaskan dengan kekuatan tentera dan dipertahankan dengan kekuatan tentera. Justeru, untuk membebaskan al-Aqsa untuk kali yang kedua ini pun, kita sesungguhnya memerlukan kekuatan tentera.
Malangnya seluruh penguasa kaum Muslimin saat ini tidak menggerakkan tentera mereka walau selangkah pun untuk membebaskan al-Aqsa, yang merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang sebenar untuk krisis Palestin. Namun Insya Allah, tatkala tegaknya Khilafah sedikit masa lagi, al-Aqsa akan pasti dibebaskan oleh sang Khalifah dengan bala tentera di bawah pimpinannya.