Al-Quran bukan sekadar bacaan
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah (SWT) di dalam bulan Ramadhan sebagai kitab terakhir dan juga sebagai petunjuk kepada umat manusia. Maka mengajarnya dan membacanya di dalam bulan Ramadhan akan memberikan ganjaran pahala berganda ganda kepada pembacanya.
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. [TMQ: al-Baqarah, 2:185]
“Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil””. [TMQ: al-Muzammil, 74:4]
Maka membacanya perlulan dengan mengikut kaedah tawjid iaitu membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal.
“Dan hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.” [HR Abu Daud, 1468]
Rasulullah (SAW) juga meegingatkan bahawa umatnya yang belajar Al-Quran dan mengajarnya adalah sebaik-baik umatnya.
“Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. [HR Bukhari, 5027]
Tetapi Al-Quran bukanlah sekadar kitab yang diturunkan untuk dibaca sahaja oleh Allah (SWT), tetapi juga sebagai sumber hukum untuk manusia melaksanakannya. Berapa banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang mewajibkan manusia untuk melaksanakan hukum hukum yang dari Al-Quran, dan ancaman terhadap mereka mereka yang tidak melaksanakan hukum tersebut seperti berikut:
“..dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”. [TMQ al-Maidah, 5: 44]
“…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. [TMQ al-Maidah, 5: 45]
“…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”. [TMQ al-Maidah, 5: 47]
“…Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran”. [TMQ al-Maidah, 5: 48]
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”. [TMQ al-Maidah, 5: 49]
Akan terdapat suatu zaman di mana manusia hanya mementingkan bacaan dan tulisan Al-Quran sehingga menganggapkan perlaksanaan hukum sebagai sesuatu yang asing.
Daripada Ali bin Abi Thalib RA, beliau mendengar Rasulullah (SAW) bersabda:
“Sudah hampir tiba suatu zaman apabila tiada yang tinggal daripada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tiada tinggal daripada al-Quran kecuali tulisannya sahaja. Masjid dibina indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang berada di bawah langit. Daripada merekalah keluarnya segala fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali.” [HR Baihaqi]
“Akan muncul dari bumi sebelah Timur, suatu kaum. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong. Mereka mencarik-carik persatuan umat Islam sehingga banyak di antara orang Islam yang keluar daripada Islam (murtad) seperti keluarnya anak panah daripada busurnya. Mereka akan terus bermunculan dan yang terakhir keluar antara mereka akan bersekutu dengan Dajjal (menjadi tentera Dajjal untuk menghancurkan Islam). Jika kalian berjumpa dengan mereka, maka perangilah, sebab mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah (penguasa yang mempergunakan agama) di muka bumi ini.” [HR Ahmad, 19783]
Dalam hadis lain, Rasulullah (SAW) menegaskan,
“Kelak akan muncul di antara umatku, suatu kaum (kelompok) yang membaca al-Quran. Bacaan kalian tidak dianggap oleh mereka dan solat kalian tidak diakui oleh mereka. Puasa kalian tidak memiliki erti di mata mereka. Mereka merasa paling berhak membaca al-Quran sehingga kalian akan menyangka bahawasanya al-Quran itu hanya milik (diturunkan kepada) mereka saja. Padahal, sebenarnya kelak di akhirat al-Quran akan melaknat mereka. Mereka terlihat rajin mengerjakan solat tetapi apa yang mereka baca ketika solat hanya sampai di kerongkong mereka (tidak menyentuh hati dan mendirikan amalan mereka) dan mereka akan keluar daripada agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya.” [HR Bukhari, 6933]
Maka di sini umat Islam tidak boleh mengabaikan perlaksanaan hukum-hukum dari Al-Quran sebabnya ianya adalah wajib dan sesiapa yang mengabaikan perlaksaaan hukum-hukum Allah (SWT) dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah (SAW) adalah berdosa. Adalah wajib untuk umat Islam menukarkan sistem pemerintahan yang tidak menjadikan Al-Quran dan Hadis Rasulullah (SAW) sebagai sumber perundangan yang akan mengaturkan dan membentuk kehidupan manusia dan bukannya daripada hukum-hukum buatan manusia daripada proses demokrasi berparlimen, atau mengikut akal pemikiran pemimpin mutlak (diktator) yang tidak berpandukan kepada sumber wahyu Allah (SWT). Maka amal maaruf yang terbesar untuk umat Islam kini adalah mengembalikan Islam sebagai suatu pemerintahan (Khilafah Islam) yang akan melaksanakan hukum-hukum Allah (SWT).
Hanya dengan perlaksanaan hukum-hukum Allah sahaja yang dapat menyelamatkan masyarakat daripada kerosakan dan menempatkan umat Islam kembali sebagai umat terbaik yang menyuruh (berbuat) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, yakni melalui perlaksanaan hukum-hukum Allah (SWT).
“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia (selama) kamu menyuruh (berbuat) yang maaruf, mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”. [TMQ ali-Imran, 3: 110]
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan manusia yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. [TMQ ali-Imran, 3: 104]
Wa Allahu a’lam.