Antara Intan Dan Kaca Seorang Pemimpin

altJasa Tunku tingkat syiar Islam di Malaysia

Perdana Menteri pertama perkenal pertandingan Tilawah al-Quran, bina Masjid Negara

MAJLIS Tilawah al-Quran yang dulunya dikenali sebagai Pertandingan Membaca al-Quran di negara ini bermula di Kedah adalah program Islam yang besar dianjurkan selepas negara mencapai kemerdekaan atas inisiatif Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata walaupun ada kritikan mengenai penganjuran majlis itu, ternyata tilawah al-Quran berjaya mendekatkan umat Islam kepada ilmu membaca al-Quran.

Katanya, daripada semangat itu juga maka lahirlah maahad tahfiz dan kolej yang menawarkan pengajian ilmu al-Quran seperti dapat dilihat hari ini selain kesedaran ibu bapa menghantar anak mendalami ilmu berkenaan.

“Walaupun ada yang pandang negatif penganjuran pertandingan membaca al-Quran, perlu diakui kebaikannya seperti perkembangan dapat kita lihat hari ini. Bagi saya, ini juga kejayaan Tunku yang besar kepada negara.

Sumber: Berita Harian 28/09/09

Kemerdekaan yang dikecapi di zaman Tunku dikatakan menjadi lambang ‘kebebasan’ dalam membuat keputusan sedangkan pada masa yang sama umat telah jauh dari Islam dalam menangani permasalahan kehidupan. Musabaqah membaca Al-Quran yang diperkenalkan oleh Tunku merupakan salah satu usaha menyuntik aspek kerohanian di kala negara sedang berlari ke arah pembangunan, jauh dari aspirasi sebenar Islam. Meskipun ramai yang menganggap bahawa usaha-usaha Tunku merupakan suatu yang murni, hakikatnya usaha beliau merupakan mangkin yang cukup efektif dalam mewujudkan landasan bagi umat untuk merangkul aspirasi sekular.

“Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rusaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa.”
[HR Abu Na’im]

“Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zhalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk syurga.” [HR Tirmizi]

Dalam hadis di atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menerangkan bahawa penguasa itu ada yang baik dan ada pula yang buruk. Begitu pula ulama itu ada yang baik dan ada yang buruk (ulama su‘). Lebih tegas lagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan dan mengingatkan kita bahawa ulama su’ ini adalah seburuk-buruk manusia.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.; “Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. [HR al-Baihaqi]

Umat seharusnya menilai sesuatu itu bukan atas dasar manfaat semata-mata. Umat haruslah menyandarkan apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin yang lalu kepada nas dan menilai mana intan dan mana kaca hanya dengan Al-Quran dan Sunnah. Jernihkanlah pemikiran dan buatlah keputusan berdasarkan nas, bukan hawa nafsu.