Anti Spanking Law memberikan kesan sangat buruk kepada pembesaran dan pendidikan kanak-kanak berbanding ajaran Islam dalam mendidik anak-anak
Sweden merupakan negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang perlindungan kanak-kanak yang mengharamkan hukuman pukul ke atas kanak-kanak sebagai salah satu pelaksanaan perlindungan anak dan sering dikenali sebagai anti spanking law. Sebarang bentuk hukuman fizikal diharamkan sama sekali sekalipun bertujuan untuk mendisiplinkan anak. Undang-undang ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1979. Pelaksanaan undang-undang yang sebegini dikatakan telah meletakkan Sweden sebagai sebuah negara yang terbaik di dunia dari aspek pemerintahan kerana kejayaannya menurunkan statistik jenayah tertentu dengan pelaksanaan sistem hukuman tertentu. Walau bagaimanapun, impaknya kepada masyarakat mula timbul apabila ibu bapa menjadi takut kepada anak-anak. Anak-anak pula yang mengawal keadaan di rumah dan mereka bebas untuk bertingkah laku serta menjadi semakin degil. Realitinya ibu bapa sendiri sukar untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Malah ibu bapa juga takut sekiranya sebarang tindakan mereka ke atas anak-anak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Fenomena yang berlaku ini disahkan sendiri oleh seorang pakar psikologi iaitu David yang mengatakan bahawa generasi anak muda Sweden kini misbehave dalam erti kata lain tidak beradab.
Peritiwa ini telah digunakan oleh pihak barat untuk memburukkan Islam. Barat mempropogandakan dengan mengatakan bahawa islam ini terbukti teroris kerana membenarkan untuk memukul anak-anak untuk menyuruh mereka solat. Tujuan mereka adalah untuk menjauhkan umat ini dari sistem Islam yang sebenar. Selain itu, ada juga komentar blog tempatan Sweden dari puak liberal yang telah melabel pasangan ini sebagai taliban dan pendera anak-anak. Apa yang lebih teruk lagi, penulis blog ini malah mempersoalkan mengapa perlu memaksa anak-anak untuk mengerjakan solat sedangkan tidak ada paksaan dalam Islam. Penyataan seperti ini hanya propaganda pihak barat dalam melontarkan perang pemikiran terhadap dunia Islam. Umat Islam yang masih terkeliru dengan hak ibu bapa untuk memukul anak bagi tujuan memberikan pengajaran dan kedisiplinan akan mudah terpengaruh dengan propaganda seperti ini. Bahkan, orang bukan Islam juga akan memandang ini merupakan satu perkara yang buruk sekiranya mereka tidak memahami realiti sebenar dalam mendidik anak-anak dalm Islam. Justeru, kita harus sentiasa berhati-hati dan sentiasa sedar bahawa pihak barat ini sentiasa berada di sekeliling kita untuk memutar belitkan ajaran Islam seterusnya memesongkan umat dari landasan aqidah yang benar.
Pendidikan seorang anak bermula dari keluarga dan rumah merupakan sekolah pertama anak-anak. Pendidikan yang baik untuk anak-anak adalah kewajiban ibu bapa. Sabda Rasulullah SAW:
Ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak-anak dan rumah merupakan sekolah mereka yang pertama. Ibu berperanan penuh untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang. Mendidik anak-anak ataupun disebut Hadhanah adalah bermaksud menjaga, mendidik, memimpin serta mengatur dalam kehidupanya sehingga anak tersebut dapat mengatur dirinya sendiri dengan penuh kasih sayang. Dasar hukum pemeliharaan anak termaktub dalam surah at-Tahrim:6 yang berbunyi :
Pada ayat ini ibu bapa dituntut untuk memelihara keluarganya agar terpelihara dari api neraka, agar seluruh anggota keluarganya, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangaNya, termasuklah anak-anaknya. Justeru itu, peranan keluarga untuk mendidik anak adalah sangat besar baik yang dilakukan oleh bapa atau ibu semuanya telah diatur dengan jelas. Ibu bapa juga perlu tahu bila saatnya menerapkan hukuman bagi anak saat melakukan pelanggaran sesuai dengan ajaran teladan Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW bersabda:
Selain itu, Islam juga telah menggariskan panduan bagi cara memukul anak di mana had memukul anak adalah hanya sepuluh kali. Dari Abu Burdah Al-Anshar, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Sebaikya hal memukul anak tersebut dilakukan tidak di hadapan orang lain untuk melindungi kehormatan sang anak atas dirinya dan orang lain dari teman-temannya atau selainnya. Bagi menjaga hubungan bapa dengan anak-anaknya, bapa dibenarkan memukul anak semata-mata bertujuan agar anak tersebut taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Tujuannya semata-mata untuk kebaikannya secara sempurna dan perhatiannya dalam mendidiknya sesuai ketentuan Syariah dan sekadar untuk memberi pengajaran. Tidak dibenarkan sama sekali memukul anak dalam keadaan marah. Islam juga meletakkan hukuman yang ringan agar tidak sampai menimbulkan perasaan benci anak terhadap hukum syarak di mana jika dia meninggalkan perintah tersebut dia akan dipukul.
Inilah kemulian Islam. Islam sentiasa menjaga dan prihatin kepada setiap individu dalam masyarakat. Anak-anak perlu mendapat pendidikan yang sempurna dengan penuh kasih sayang. Sekiranya semua keperluan anak-anak telah dipenuhi, anak-anak perlu patuh dengan segala peraturan. Jika mereka melanggar dan mereka telah cukup umur untuk diberikan hukuman, maka Islam menetapkan hukuman yang sewajarkan kepada mereka. Justeru itu, tidak timbul isu penderaan ataupun keganasan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak perlu patuh dengan peraturan dalam rangka untuk mendidik mereka menjadi orang yang soleh dan patuh kepada ajaran Islam. Ini sangat bertentangan dengan anti spanking law yang diterapkan oleh kerajaan barat seperti Sweden. Kesan kepada undang-undang ini lebih banyak membawa kepada keburukan daripada kebaikan.
Sumayyah Ammar
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir