Apakah Masih Ada Istilah Perjanjian Damai Dengan Israel
Kisah 1. Ketegasan Sultan Abdul Hamid II yang menolak tawaran pemimpin Yahudi Antarabangsa, Theodore Herzl dan konco-konconya yang cuba untuk menaburkan wang bagi membeli serta mendapatkan tanah Palestin. Jawapan Sultan Abdul Hamid kepada mereka (melalui perantaranya) : “Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini (Palestin), kerana ia bukan miliku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat ini telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka..Yahudi, simpanlah harta mereka (daripada menyogokku). Jika Khilafah Islam dimusnahkan pada suatu hari nanti, maka mereka boleh mengambilnya secara percuma. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pisau ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Khilafah Islam. Pemisahan (tanah Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selama mana kami masih hidup!.”
Kisah 2: Isi perjanjian antara Umar bin Khattab dengan penduduk ‘Iliyâ (Palestin) yang dikenali sebagai perjanjian ‘Umariyah atau ‘Iliyâ: “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ini adalah apa yang diberikan oleh hamba Allah, Umar, Amirul Mukminin kepada penduduk Iliyâ di Ammân. Saya memberikan keamanan atas jiwa dan harta mereka, gereja-gereja mereka, salib-salib mereka, orang-orang yang sakit dan yang tidak bersalah dan seluruh agama mereka. Gereja mereka tidak boleh diambil alih dan dihancurkan, tidak boleh diambil sebahagiannya ataupun seluruhnya. Demikian pula dengan salib-salib dan harta mereka. Mereka tidak boleh dipaksa untuk meninggalkan agama mereka. Dan seorang pun daripada mereka tidak boleh dimudaratkan. Dan tidak seorang pun daripada orang Yahudi dibenarkan untuk tinggal di Iliyâ. Penduduk Iliyâ harus membayar jizyah sebagaimana yang dilakukan oleh para penduduk di kota-kota lain. Mereka mesti mengeluarkan orang-orang Rom dan Lashut. Barangsiapa yang keluar di kalangan mereka, maka jiwa dan harta mereka aman serta perniagaan dan salib-salib mereka dibiarkan (tidak diganggu). Dan barangsiapa di antara mereka yang menetap (tidak mahu keluar), maka mereka juga aman dan mereka harus membayar jizyah sebagaimana para penduduk Iliyâ. Dan sesiapa sahaja daripada penduduk Iliyâ yang pergi bersama-sama hartanya ke Rom dan membawa perniagaan serta salib mereka, maka mereka aman sehingga mereka tiba di tempat mereka. Dan penduduk al-Ardh yang berada di Iliyâ sebelum terbunuhnya fulan maka mereka boleh menetap namun mereka wajib memberikan jizyah sebagaimana para penduduk Iliyâ. Dan sesiapa yang mahu, maka mereka boleh pergi dengan orang-orang Rom. Dan sesiapa sahaja yang ingin kembali kepada keluarganya, maka tidak akan diambil apapun daripada mereka sehinggalah mereka menuai hasil pertanian mereka. Dan apa yang ada di dalam tulisan ini merupakan janji Allah, jaminan RasulNya, jaminan para Khalifah dan kaum Muslimin jika mereka memberikan jizyah”. Perjanjian ini disaksikan oleh Khalid bin Walid, ‘Amru bin ‘Ash, Abdurrahman bin Auf dan Mu’awiyah bin Abu Sufian (Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk: II/307).
Jelas dalam perjanjian di atas bahawa tidak seorang pun daripada orang Yahudi dibenarkan untuk tinggal di Iliyâ (Palestin). Dokongan yang diberikan oleh penguasa-penguasa umat Islam terhadap kewujudan negara haram Israel dan sokongan mereka terhadap berdirinya negara sementara Palestin jelas merupakan perbuatan yang terkutuk dan zalim sekaligus merupakan pengkhianatan terhadap seluruh kaum Muslimin. Mereka tanpa rasa malu secara terang-terangan meredhai kewujudan negara yang berdiri di atas tanah yang dirampas daripada kaum Muslimin, yang juga merupakan tanah mereka sendiri. Sikap ini sekaligus menunjukkan bahawa para penguasa ini tidak lain adalah agen-agen dan tali barut Barat (’umalâ) yang terus mendukung pelbagai perancangan jahat negara-negara kufur barat dalam usaha menghancurkan Islam dan kaum Muslimin. Padahal Allah SWT telah mengingatkan kepada kita, “Allah tidak melarang kalian untuk berbuat baik dan berbuat adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kalian kerana agama, dan tidak (pula) mengusir kalian keluar daripada negeri kalian. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah melarang kalian menjadikan sebagai kawan kalian orang-orang yang memerangi kalian, dan mengusir kalian keluar daripada negeri kalian dan berusaha untuk mengeluarkan kalian. Barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” [TMQ al-Mumtahanah (60): 8-9]. Justeru, sudah sampai masanya para pemimpin yang khianat lagi korup ini ditukar segera dengan dibai’at seorang Khalifah, agar tidak wujud lagi perkataan rundingan damai dengan negara haram Israel, musuh kekal umat Islam. Yang ada hanyalah perkataan jihad terhadap mereka dan perkara ini hanya akan mampu direalisasikan oleh seorang Khalifah sepertimana yang dijanjikan oleh Rasul dalam hadis khabar akhir zaman, dan bukannya oleh seorang Presiden, Perdana Menteri mahupun Raja.
Sumber: Utusan Malaysia