Bahan Dakwah Khilafah Disita di Kyrgyzstan

altBahan Dakwah Khilafah Disita di Kyrgyzstan

Regim pemerintah Kyrgyzstan telah kehilangan arah dalam menghadapi dakwah Hizbut Tahrir. Agensi berita Interfax kembali melaporkan tentang penentangan ke atas dakwah di negara Kyrgyzstan. Lebih daripada 4 ribu salinan seruan dakwah keluaran Hizbut Tahrir telah disita di Pusat Bishkek, Kyrgyzstan. Penerbitan seruan dakwah tersebut dijumpai di sebuah stor di Bishkek . Antara yang dijumpai adalah 2 ribu risalah, lebih daripada 2500 kitab, dan 1700 keping CD serta risalah-risalah dakwah Hizbut Tahrir yang lain.

Ini merupakan penyitaan yang terbesar yang dibuat oleh polis regim sekular Kyrgyzstan sejak beberapa tahun lalu, kata Kementarian Negeri Kyrgzyzstan.

Kebelakangan ini, saluran Al-Jazeera antarabangsa berbahasa Inggeris sering memaparkan laporan tentang peningkatan dakwah Hizbut Tahrir. Salah seorang aktivis gerakan ini mengatakan, para pejuang Khilafah yang baru keluar dari penjara tidak merasa takut.  Mereka dengan yakin mengatakan bahawa Khilafah pasti akan kembali.

Daripada jumlah bahan-bahan dakwah yang banyak itu, dapatlah  digambarkan betapa meluasnya seruan dakwah terhadap Khilafah di negara Asia Tengah itu. Semakin meluas dan meningkatnya dakwah tersebut menyebabkan penguasa regim Kyrgyz kehilangan punca dalam menghadapi debat intelektual yang diseru oleh Hizbut Tahrir. Oleh kerana itulah regim korup Kyrgyz itu tidak segan silu untuk menindas para pengembang dakwah melalui pelbagai cara.

Sumber : Syabab.com