Bahang perang AS-China di Laut China Selatan
Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah mengerahkan armada tentera laut ke kawasan pertikaian di Laut China Selatan menurut portal berita US Navy Times pada 5 Mac lalu. Berdasarkan laporan akhbar itu, armada tersebut diketuai kapal pengangkut berkuasa nuklear, USS John C. Stennis yang diiringi dua kapal perang, dua buah kapal pelayaran serta sebuah kapal pemerintah yang dikerah dari pangkalan laut di Jepun.
Tindakan drastik itu dijangka bakal mengundang bantahan daripada China, memandangkan kawasan tersebut menjadi rebutan beberapa buah negara berhampiran. Selain China, beberapa negara Asia Tenggara termasuk Taiwan, Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam turut mengemukakan tuntutan terhadap kawasan maritim di Laut China Selatan khususnya di sekitar kepulauan Spratly.
Terdahulu, AS pernah memprovokasi China apabila negara tersebut mengerahkan sebuah kapal perang dan pesawat pengebom memasuki kawasan berdekatan pulau buatan milik China yang terletak di kepulauan Spratly. Tindakan tersebut merupakan suatu langkah menunjuk-nunjukkan kekuatan (show of force) yang tersembunyi di sebalik hujah “freedom of navigation” berdasarkan konvensyen PBB (UNCLOS).
AS mendakwa China cuba mengukuhkan kedudukan tentera di Laut China Selatan melalui pembinaan pelabuhan, landasan kapal terbang serta penempatan di lokasi yang menjadi perebutan itu. Di samping bertujuan untuk menguatkuasakan kawalan China di kawasan tersebut, tindakan China ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hujah tuntutannya melalui manipulasi dari sudut teknikal perundangan.
Laut China Selatan menjadi tumpuan kuasa-kuasa Barat dan China kerana faktor laluan strategik perdagangan dunia selain daripada dipercayai kaya dengan sumber alam terutamanya petroleum.
Malangnya, negara yang dipimpin oleh pemimpin beragama Islam sekadar memerhatikan pertikaian ini tanpa sebarang respons yang serius. Jika ada sekalipun usaha yang dilakukan, ternyata tidak mempunyai sebarang impak kebaculan mereka yang langsung tidak menggentarkan musuh. Suara pemimpin yang sepatutnya mewakili umat Islam ini tidak mempunyai sebarang nilai di persada antarabangsa, melainkan sekadar menjadi suara keldai di tengah-tengah pertembungan sekumpulan gajah.
Pertembungan AS-China ini tidak mustahil akan mewujudkan perang di kawasan tersebut walaupun buat masa ini, masing-masing masih mengambil sikap waspada dan berhati-hati dari mencetuskan peperangan yang bakal membawa impak negatif yang besar kepada dunia amnya, dan kepada mereka sendiri khususnya.
Dalam masa yang sama, negeri kaum Muslimin hanya mampu menjadi pemerhati dan sentiasa berada dalam keadaan rugi, hasil kebaculan dan kelemahan para pemimpin yang sentiasa tunduk kepada Amerika. Para pemimpin ini bukan sekadar tidak mempunyai wawasan untuk menakluk dunia dan membawa rahmat Islam ke seluruh alam, sebaliknya hanya peduli terhadap usaha membuncitkan perut masing-masing dengan menghisap darah rakyat sehabis-habisnya.
Inilah kedudukan umat Islam lantaran ketiadaan sebuah institusi yang melindungi dan membela umat ini, iaitu Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah. Hizbut Tahrir sedang mengusahakan kemuliaan ini dan dengan berdirinya Khilafah sedikit masa lagi, ia bakal menjadi super power dan menguasai seluruh dunia baik daratan mahupun lautan dan bakal menyebarkan rahmat Allah ke seluruh alam. Pada waktu itu, AS, China mahupun kuasa-kuasa dunia yang lain akan tunduk kepada kekuatan Khilafah dan akan menghormati kemuliaan umat Islam.