Baitul Maqdis Tidak Akan Terbebas Dengan Retorik Pemerintah, Tetapi Dengan Jihad Dan Khilafah

Sejak pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara entiti Yahudi, alhamdulillah suara bantahan daripada umat Islam di seluruh dunia masih tidak kunjung padam sehingga ke hari ini. Dalam masa yang sama, kedengaran kuat suara pemimpin umat Islam yang berusaha meraih political mileage atas isu Baitul Maqdis. Mereka mengecam tindakan Trump dan cuba menonjolkan diri bahawa mereka adalah hero umat. Mereka mengadakan persidangan tergempar di Istanbul untuk kononnya mempertahankan tanah yang diberkati itu. Mereka berlakon mengutuk Trump dan mempertahankan Baitul Maqdis, sedangkan pemimpin inilah yang selama ini merupakan kawan rapat Trump dan sentiasa tunduk kepada Amerika Syarikat. Malah sebahagian mereka telah menjelaskan bahawa hubungan mereka dengan Amerika Syarikat tetap akan diteruskan tanpa mengira pengisytiharan yang dibuat oleh Trump. Sungguh mereka tidak mempunyai rasa malu sedikit pun kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin dengan pengkhianatan dan lakonan mereka itu.

Di Malaysia, parti pemerintah mengadakan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitul Maqdis di Masjid Putrajaya semalam (22/12/2017) dengan menjemput pemimpin parti pembangkang, mufti dan semua pertubuhan bukan kerajaan serta rakyat untuk ikut serta. Selama ini parti pemerintahlah yang selalu memainkan isu bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik, tetapi hari ini ternyata masjid yang menjadi lambang pusat pemerintahan di Malaysia itu telah digunakan untuk kepentingan politik pemerintah. Semoga mereka dan umat Islam sedar bahawa masjid dan politik sebenarnya tidak boleh dipisahkan, selama mana tujuannya adalah selaras dengan Islam.

Sehubungan dengan ini Hizbut Tahrir / Malaysia ingin menegaskan bahawa:

1 – Perhimpunan yang dianjurkan oleh pemerintah hanyalah sekadar untuk menarik emosi umat dan ingin menunjukkan yang mereka “melakukan sesuatu”, yang hakikatnya tidak akan menyelesaikan masalah Baitul Maqdis mahupun Palestin;

2 – Tugas pemerintah adalah untuk mengisytiharkan jihad bagi membebaskan Baitul Maqdis, bukannya mengadakan perhimpunan. Rakyat memang wajar untuk berbuat demikian, tetapi bagi pemerintah, kuasa ada di tangan mereka untuk menggerakkan tentera, bukan untuk mengadakan perhimpunan yang penuh retorik;

3 – Pengakuan Perdana Menteri Malaysia tentang penyelesaian dua-negara dan batas sempadan Palestin 1967 jelas merupakan “pengiktirafan” kepada penjajahan dan pendudukan entiti haram Yahudi di bumi Palestin dan merupakan sebuah pengkhianatan yang jelas kepada Baitul Maqdis; dan

4 – Tugas Mufti dan mereka yang berautoriti dalam agama adalah untuk memuhasabah pemerintah dan bukannya bersama-sama dengan pemerintah yang penuh retorik, apatah lagi jika membiarkan diri dipergunakan oleh pemerintah. Mufti seharusnya mengeluarkan fatwa bahawa pemerintah wajib mengerahkan bala tentera untuk berjihad di bumi Palestin dalam rangka membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman Yahudi, yang didukung oleh Amerika Syarikat laknatullah alaihima.

Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa Baitul Maqdis tidak akan terbebas dengan lakonan dan retorik daripada pemimpin umat Islam. Tanah yang diberkati itu hanya akan terbebas dengan jihad dan Khilafah. Hizbut Tahrir sedang berusaha siang dan malam di seluruh dunia untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, yang apabila ia tertegak sedikit masa lagi, sudah pasti jihad fi sabilillah akan dilancarkan oleh sang Khalifah untuk membebaskan Baitul Maqdis, sebagaimana Khalifah Umar al-Khattab dan Sallahuddin al-Ayubi membebaskan tanah yang diberkati itu dengan jihad fi sabilillah.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Sabtu, 5 Rabiul Akhir 1439 H
23/12/2017 M
Ruj: HTM/PR/02/1439


Press Release

Baitul Maqdis Will Never be Liberated with the Ruler’s Rhetoric, but with Jihad and Khilafah

Since the announcement of the United States President, Donald Trump recognizing Baitul Maqdis as the capital of the Jewish entity, protests from Muslims around the world is still going on until now, Alhamdulillah. At the same time, we also hear useless rhetoric from Muslim rulers seeking political mileage over the issue of Baitul Maqdis. They condemn Trump and try to accentuate themselves as heroes of the ummah. They held an extra-ordinary meeting in Istanbul on the pretext of defending the blessed land. They pretended to condemn Trump and defend Baitul Maqdis, while they are indeed Trump’s close friends and have always bowed to the US. Some of them have even declared that their relationship with the US will continue, despite the declaration made by Trump. They have no shame to Allah, His Messenger and the Believers with their betrayal and drama.

In Malaysia, the ruling party held a Solidarity Gathering to Save Baitul Maqdis at the Putrajaya Mosque yesterday (22/12/2017) and invited opposition leaders, mufti, non-governmental organizations and the people of Malaysia in general to participate. This is certainly an irony since it is the ruling party that prevents mosques from being used for political purposes, but now the mosque that symbolizes the central administration of Malaysia has been used for their political purpose. May the ruling party and the Muslims in general realize that mosques and politics are in fact inseparable, as long as the purposes are in line with Islam.

In this regard, Hizb ut Tahrir / Malaysia wishes to emphasize that:

1- The gathering organized by the ruling party merely functions to attract the emotions of Malaysians and to show that the government is “doing something” although this in reality will not solve the problem of Baitul Maqdis or Palestine;

2- The duty of the government is to declare jihad to liberate Baitul Maqdis, not hold rallies. For the Ummah it is certainly desirable to organize rallies but for government, the power is in their hands to mobilize armies, not hold rhetorical rallies;

3- The acknowledgement by the Prime Minister of Malaysia of the two-states solution and the 1967 Palestinian border is clearly a “recognition” to the occupation and settlement of Jewish illegal entity in Palestinian land and is a clear betrayal to Baitul Maqdis; and

4- The duty of the Muftis and religious authorities are to account the rulers and not to collude with them, let alone allowing themselves to be used by the rulers. Muftis should issue a fatwa that the rulers are obliged to dispatch armies to do jihad in Palestine in order to liberate Baitul Maqdis from the grip of the Jews, backed by the United States, La’natullah Alaihima.

O Muslims! Take notice that Baitul Maqdis will never be liberated by the drama and rhetorics of the Muslim rulers. The blessed land will only be liberated with jihad and Khilafah. Hizb ut Tahrir is working day and night across the globe to re-establish the State of Khilafah ar-Rashidah Ala Minhaj Nubuwwah, which, upon its establishment soon, Jihad Fi Sabilillah will be launched by the Khalifah to liberate Baitul Maqdis as had been done by Khalifah Umar al-Khattab and Salahuddin al-Ayubi in the past.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

23/12/2017 CE
Ref: HTM/PR/02/1439
Saturday, 05th Rabii’ II 1439 AH