Bermulanya Kejatuhan Amerika Di Syria

Reaksi Amerika Syarikat di dalam konflik Syria masih berterusan. Tatkala Amerika masih bergelut dengan isu dalam negerinya, Amerika nampaknya memainkan peranan tunggu dan lihat sambil melengah-lengahkan masa dengan satu tujuan yang pasti, iaitu untuk mencari masa yang sesuai untuk masuk campur secara langsung di dalam konflik di Syria.  Walaupun Para Senator Amerika Syarikat telah bersidang pada bulan lepas untuk meluluskan draf resolusi serangan ke atas Syria. Seperti mana pada 1hb September 2013 yang lepas, Barack Obama telah mengatakan, “Setelah
melakukan penelitian, saya memutuskan bahawa Amerika Syarikat perlu mengambil tindakan ketenteraan terhadap sasaran-sasaran rejim Syria … (namun) saya amat sedar bahawa saya adalah seorang Presiden bagi institusi demokrasi berpelembagaan yang tertua di dunia. Dan atas dasar itulah saya membuat keputusan untuk kali kedua: Bahawa saya akan mendapatkan kelulusan untuk melancarkan serangan ini dari wakil-wakil rakyat Amerika di dalam Kongres”. Dan keputusannya telah pun kita ketahui, Amerika sehingga kini masih lengah di dalam keputusannya.

Semuanya ini menunjukkan sikap Amerika yang sebenar, iaitu ia tidak akan melepaskan sesuatu isu tanpa ia mengingatkan kepada dunia bahawa hanya Amerika sahaja yang mampu untuk menyelesaikan isu di Syria tetapi, bilakah tempoh untuk ia bertindak, itu sentiasa menjadi persoalan. Sehingga buat ke sekian kalinya, rakyat Amerika menyaksikan kerajaan mereka berada di ambang satu lagi siri serangan ke atas negara Islam setelah sebelumnya mereka melancarkan peperangan terhadap Afghanistan, Iraq, Pakistan, Somalia, Yaman dan Libya dalam beberapa dekad yang lalu. Ini bukanlah kali pertama Amerika Syarikat melakukan campur tangan ke atas Syria. Pada Oktober 2008, Pasukan Khas Tentera Amerika telah pun melancarkan satu serangan kilat ke atas Syria yang membunuh 8 orang awam. Dan campur tangan Amerika pada kali ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan Syria secara keseluruhan.

TO GO WITH AFGHANISTAN-US-ARMY-CONFLICT-FOCUS BY GUILLAUME DECAMME In this photograph taken on August 13, 2015, US army soldiers walk as a NATO helicopter flies overhead at coalition force Forward Operating Base (FOB) Connelly in the Khogyani district in the eastern province of Nangarhar. From his watchtower in insurgency-wracked eastern Afghanistan, US army Specialist Josh Whitten doesn't have much to say about his Afghan colleagues. "They don't come up here anymore, because they used to mess around with our stuff. "Welcome to Forward Operating Base Connelly, where US troops are providing training and tactical advice to the 201st Afghan army corps as they take on the Taliban on the battlefield. AFP PHOTO / Wakil Kohsar (Photo credit should read WAKIL KOHSAR/AFP/Getty Images)

Terdapat banyak aspek mengenai campur tangan Amerika ke atas Syria ini yang boleh diteliti dan diperbincangkan. Bagaimanapun, hanya satu isu sahaja yang benar-benar menonjol, iaitu mengenai kesan daripada apa jua tindakan yang bakal diambil ini terhadap kedudukan dan status hegemoni serta unilateralisme Amerika di rantau tersebut khususnya dan juga pada sistem antarabangsa secara keseluruhannya.

Sentimen anti-Amerika telah pun meluas di seluruh dunia Islam sebelum tercetusnya revolusi Arab Spring. Sentimen ini terus meningkat naik dan tiada tanda yang menunjukkan ia akan surut. Campurtangan Amerika ke atas Syria ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Ia bukan sahaja bakal mendatangkan bahaya terhadap kedudukan Amerika Syarikat, malah turut membabitkan seluruh hubungan di antara negara Barat ke atas dunia Islam. Sentimen negatif ini telah menjadi asas kepada kebangkitan intelektual dan politik di dunia Islam. Ia akan menggerakkan kaum Muslimin untuk membebaskan diri secara politikal dan intelektual daripada hegemoni dan campur tangan Amerika dan negara Barat yang selama ini mengongkong mereka.

Salah satu faktor yang berkait rapat dengan sentimen negatif terhadap Amerika ini adalah sikap double-standardnya semasa ia menyebarluaskan ideologinya ke dalam dunia Islam. Sebagai contoh, mengapa  Amerika dengan sengaja membiarkan sahaja pembunuhan lebih dari 100,000 orang awam di Syria oleh si penyembelih Bashar al-Assad  tetapi sebaliknya menimbulkan kekecohan apabila penyembelih yang sama menggunakan senjata kimia untuk membunuh sejumlah 1429 orang awam? Begitu juga persoalan: Apakah yang membuatkan Amerika memilih untuk menyokong Jeneral al-Sisi dan membiarkan beliau menggunakan senjata yang ditaja Amerika bagi membunuh ribuan rakyat Mesir tanpa melakukan sebarang campur tangan; ironinya al-Sisi hanya diberi teguran ringan. Fakta ini ditambah dengan persoalan: Mengapakah tiada kedengaran ancaman campur tangan ketenteraan Amerika di Palestin dan Burma ketika sedang berlakunya penyembelihan secara terbuka terhadap umat Islam? Inilah sebahagian dari sikap double-standard Amerika dalam menilai nyawa manusia.

Semuanya ini belum dicampur dengan wujudnya konflik pertentangan nilai di antara penerapan sistem demokrasi dengan nilai kebebasan ke atas  negara-negara umat Islam. Seperti mana rampasan kuasa terhadap Morsi, iaitu pemimpin yang dilantik secara demokrasi di Mesir; dan episod yang menjijikkan di penjara Abu Ghraib, Iraq hanyalah sebahagian kecil sikap hipokrasi yang tersembunyi di belakang dua berhala ideologinya iaitu Demokrasi dan Kebebasan.

Sentimen anti-Amerika dan kesan buruk dari sikap bermuka-mukanya dalam penerapan ideologi kapitalisme telah menyegarkan minda umat Islam untuk berpaling kembali kepada politik Islam sebagai penyelesaian. Ia sekaligus menafikan politik demokrasi liberal. Keyakinan mereka terhadap sistem demokrasi liberal dan penyelesaian Barat juga semakin menyusut lantaran krisis ekonomi kapitalis yang berpanjangan di Barat. Hal ini ditambah dengan fakta banyaknya berlaku bantahan rakyat terhadap kesan buruk penerapan polisi ekonomi kapitalis yang berlanjutan dari Eropah hinggalah ke Brazil.

Setelah berlakunya beberapa perubahan besar di negara-negara Arab, semakin ramai umat Islam kembali kepada Politik Islam sebagai satu-satunya jalan penyelesaian untuk membebaskan diri mereka dari penjajahan Amerika dan Barat. Bukanlah suatu perkara yang mengejutkan sekiranya kita mendapati kaum Muslimin di seluruh dunia Islam ini telah terpecah secara umumnya kepada dua kelompok. Satu pihak terdiri dari kelompok pemerintah sekular yang berjuang untuk mengekalkan status-quo Amerika dan ketuanan penjajah mereka. Manakala satu pihak lagi merupakan umat Islam yang ingin membebaskan diri mereka daripada penjajahan melalui perjuangan politik Islam.

Pertentangan yang amat nyata seperti itulah yang  telah meningkatkan ketidakstabilan dan huru-hara sehingga mengakibatkan berlakunya vakum kuasa politik di seluruh dunia Islam. Akibatnya, imej dan pengaruh  Amerika dari segi ideologinya di negara-negara umat Islam itu menyusut dengan mendadak sehingga menyebabkan negara itu terpaksa menggunakan kekerasan yang lebih besar demi untuk menunjukkan bahawa ia masih lagi mampu mengawal keadaan dan menjaga kepentingannya di kawasan tersebut.

Namun, disebalik kekuatan tenteranya di rantau tersebut ditambah dengan kecekapan para pegawai tenteranya dan sikap ahli politik umat Islam yang sentiasa tunduk dan taat kepadanya, Washington masih sukar untuk melaksanakan dan mengekalkan pengaruh politiknya di negara-negara umat Islam pada masa kini kerana umat Islam semakin hilang kepercayaan dengan sistem Demokrasi yang dijajanya selama ini.

Disebabkan itulah Amerika sentiasa terpaksa merombak dan memikirkan semula setiap keputusan dan pendirian yang baru sahaja diputuskannya. Contohnya adalah seperti apa yang terjadi di Syria. Amerika Syarikat telah memulakan langkah politiknya dengan memberikan sokongan kepada pemerhati dari Liga Arab yang seterusnya membawa kepada kepada Rancangan Penyelesaian Enam Fasal Kofi Annan. Ia telah menemui kegagalan dan diikuti pula dengan rancangan penyelesaian Lakhdar Brahimi. Dari situ pelan damai Geneva 1 diwujudkan. Kini, Amerika sedang menggunakan alasan untuk memansuhkan senjata kimia yang dimiliki oleh Bashar untuk memulakan campur tangannya di Syria. Masyarakat Syria sudah pun menolak Demokrasi dan di sinilah Amerika akan gagal sebagaimana ia gagal untuk membentuk penyelesaian politik di negara-negara seperti Mesir, Iraq, Yaman, Libya, Somalia, Afghanistan dan Pakistan adalah sebahagian daripada kisah kegagalannya.

Ahli politik konservatif Amerika, Pat Buchanan, pada tahun 2006 telah mengulas mengenai kegagalan politik Amerika di dunia Islam. Beliau mengatakan. “sekiranya pemerintahan Islam (Khilafah) telah menjadi idea utama di kalangan umat Islam, bagaimanakah tentera yang terbaik di dunia ini mampu menghentikannya? Bukankah kita perlukan kepada sebuah dasar yang baru?” Namun pada hakikatnya setelah beberapa dasar yang baru itu kemudiannya dibentuk, kita masih lagi gagal untuk membendung kebangkitan Islam.

syria-uprisingPendekatan unilateralnya membuktikan lagi kedegilan Amerika di dalam membuat keputusan semasa ia menyerang Iraq pada tahun 2003. Ia sebenarnya merupakan permulaan kepada keruntuhan bagi sistem antarabangsa dan ia telah memberikan tamparan hebat kepada PBB.  Selama enam puluh tahun ini, Amerika dan sekutu-sekutunya di Barat telah bekerja keras untuk merekabentuk undang-undang antarabangsa yang dapat menghalang umat Islam ini daripada mendirikan semula negaranya iaitu Daulah Khilafah. Tetapi, melalui hasil tangannya, kaum Muslimin ini telah diserang berulang kali manakala mereka yang bangkit menentang nilai liberal demokrasi telah diseksa sehingga mati sehingga kesemuanya itu telah mencetuskan dan membarakan semangat mereka untuk bangkit menegakkan kembali Khilafah.

‘Bantuan’ campur tangan yang sedang dilakukan oleh Amerika beserta runtuhnya sistem negara bangsa dan undang-undang antarabangsa bakal menyuburkan lagi usaha-usaha penegakkan kembali Daulah Khilafah Kaum Muslimin. Ia bukan sahaja mampu menyatukan lima puluh lima negara Islam di bawah satu kuasa politik tunggal, malah turut mampu melakukan campur tangan global untuk melindungi umat Islam seluruh dunia dan menyebarkan Islam.

Keruntuhan dan kemerosotan ideologi Kapitalis berasaskan idea Demokrasi yang didokong oleh Amerika sejak sekian lama semakin jelas dan nyata. Apabila ia runtuh kelak, kekuatan ketenteraan yang dimilikinya tiada lagi berguna. Pada ketika itu, Daulah Khilafah akan menggantikan kedudukannya dan sudah tentu ia akan memperbaharui sistem hubungan antarabangsa yang sedia ada. Segala kezaliman dan kerosakkan yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunya akan diadili oleh Khilafah. Khalifah tidak memerlukan bukti untuk jenayah terhadap kemanusiaan yang telah mereka lakukan kerana semuanya telah sedia terdokumentasi dan direkodkan. Kesimpulannya, keangkuhan membabi buta yang dilakukan Amerika ini, pada hakikatnya akan meluaskan lagi laluan untuk Khilafah memerintah dunia pada abad ke-21.

قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ


:Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, mereka yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan RasulNya dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang telah diberikan Kitab, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.”
[TMQ Surah at-Taubah (9) :29]

Rujukan :  Hizbut Tahrir Info, Al Jazeera, AP, Mafahim Siyasi