Beza Eidul Adha: HTM jumpa mufti
Malangnya kerajaan Malaysia telah menetapkan Eidul Adha pada tahun ini jatuh pada hari Ahad 5 Oktober 2014 sedangkan kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa wukuf atau Hari Arafah (9 Zulhijjah) adalah bersamaan 3 Oktober 2014, yang secara automatik membawa maksud bahawa hari Korban (yaum al-nahr) atau Hari Raya Eidul Adha adalah pada hari Sabtu 10 Zulhijjah, bersamaan 4 Oktober 2014.
Perbezaan ini sebenarnya tidak lain kerana sempadan assabiyyah dan wathaniyyah yang ada yang telah memisahkan dan memecah-belah umat Islam sejak runtuhnya Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) yang membuatkan masing-masing negara membuat ketetapan sendiri dan tidak lagi mengikut nas yang ditetapkan oleh Islam.
Sehubungan itu, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menghantar wakil di setiap negeri untuk menemui para mufti bagi menjelaskan hal ini dan seterusnya menasihatkan mereka agar mengingatkan kerajaan akan hal ini, sebagai sebahagian dari tanggungjawab yang terpikul di atas bahu mereka. Nasyrah rasmi HTM tentang hal ini turut diserahkan kepada mufti atau wakil mereka.
Alhamdulillah di beberapa negeri HTM berjaya menemui mufti atau wakilnya dan di beberapa negeri lain pihak kami gagal mendapatkan temu janji atas pelbagai alasan yang diberikan. Di sesetengah tempat juga, para wakil yang kami temui tidak mahu gambar mereka dirakam atas sebab-sebab tertentu.
{gallery}aktiviti-htm/PERJUMPAAN-MUFTI{/gallery}