Biadabnya negara penganut nombor satu ideologi kapitalisme dunia

Berita:

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terus mengeluarkan kenyataan celuparnya terhadap pendatang asing di negara itu. Kali ini Trump mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.

“Mengapa kita benarkan rakyat dari negara ‘lubang najis’ datang ke negara ini?,” persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.

Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

Berita penuh: astroawani.com


Komentar:

Keburukan ideologi kapitalisme saat ini tidak dapat ditutup lagi oleh para pendukungnya. Selepas menjarah kekayaan dan menyebarkan kerosakan ke atas puluhan negara dunia, pemimpin negara kapitalisme nombor satu dunia ini menghina mereka tanpa rasa bersalah dengan kenyataan terbarunya.

Sejarah telah mencatatkan bagaimana selama hampir dua abad (abad ke-18 M hingga abad ke-20 M), negara-negara Eropah barat mengusung ideologi kapitalisme ke semua benua pada era kolonialisme, menjarah kekayaan alam negara jajahan untuk dibawa pulang memajukan ekonomi mereka sehingga negara-negara jajahan tersebut akhirnya terjerumus dalam kancah kemiskinan dan kebuluran yang sistemik.

Sebagai contoh, Malaysia sendiri menerima impak penjajahan Inggeris yang terkesan hingga hari ini. Sudahlah segala kekayaan alam seperti bijih timah, bijih besi, emas dan banyak lagi telah dibawa ke kota London, kaum muslim melayu pula dipinggirkan secara sistematik oleh Inggeris melalui dasar ‘pecah dan perintah’ ke kawasan perkampungan luar bandar. Hal ini menyebabkan akses kaum muslim melayu kepada perniagaan, pendidikan, kesihatan dan pekerjaan menjadi amat terbatas, walhal ramai kaum muslim melayu terkenal pada abad ke-10 hingga abad ke-17 sebagai pedagang, peniaga, pelayar dan tokoh ulama’ terkenal di Nusantara (Asia Tenggara).

Kejahatan ideologi kapitalisme tidak terhenti di era kolonialisme sahaja, peranan penyebaran ideologi syaitan ini terus dilakukan oleh Amerika selaku bapa kapitalisme dunia sejak awal zaman pasca-kolonialisme hinggalah kini, dengan didukung oleh negara-negara Eropah Barat yang dahulunya negara-negara penjajah. Amerika dan Eropah Barat menggunakan pelbagai helah dan tipu daya melalui polisi-polisi ekonomi, undang-undang, hutang-hutang dan perjanjian-perjanjian perdagangan yang menyebabkan kekayaan negara-negara lain terus mengalir kepada mereka. Mereka sentiasa akan memastikan negara-negara dunia lain berada di belakang mereka, dan terus berada dalam keterpurukan dalam kitaran masalah ekonomi, politik, sosial dan terjerumus dalam kemiskinan secara massa yang tidak berkesudahan seperti yang berlaku di kebanyakan negara Amerika Latin, Afrika dan Asia.

Jika diperhatikan, sikap inilah yang ditunjukkan oleh empayar Rom dan Parsi pada abad-abad sebelum Islam berkuasa. Segala kekayaan di jajahan mereka di Afrika dan Arab dijarah dan dibawa pulang ke ibu kota empayar. Kota-kota Rom di Eropah dan Kota-kota Parsi hidup dalam lampu-lampu gemerlapan, meriah dan penuh kemewahan sedangkan penduduk setempat di kawasan jajahan mereka dikenakan pelbagai cukai hingga hidup melarat dalam kemiskinan dan kebuluran. Keadaan ini berterusan sehinggalah Islam datang bermula hujung abad ke-6 masihi seterusnya membebaskan Afrika dan Arab dari Rom dan Parsi. Rasulullah SAW, para sahabat radiallahuanhum, para tabi’in dan para tabi’ut tabi’in telah menyebarkan kebenaran, keadilan dan kemakmuran kepada seluruh penduduk tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama dengan menerapkan segala hukum syariat dan sistem Islam secara keseluruhan. Dalam Islam tiada konsep penjajahan, yang ada ialah futuhat (pembukaan). Pembukaan kepada cahaya (nur) kebenaran, keadilan dan kemakmuran Islam dibawah naungan Daulah Khilafah.

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam bekas kaca (qandil), bekas kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” [TMQ An-Nur (24): 35]

Kesimpulannya, tidak ada jalan lain bagi kaum muslimin hari ini untuk menghentikan kejahatan ideologi kapitalisme, melainkan mengembalikan kehidupan Islam melalui penegakkan Khilafah. Hanya Khilafah mampu bertarung secara ideologi dan fizikal menentang Amerika dan Eropah barat, seterusnya membebaskan seluruh manusia daripada cengkaman ideologi syaitan ini.

Mohammad Haswaneezal
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia