Biar Apapun Jawatannya, Yang Penting Kekal Berkuasa
Taib Mahmud yang terkenal dengan pelbagai skandal rasuah serta merompak kekayaan hasil bumi Sarawak untuk dirinya serta kaum kerabatnya adalah suatu rahsia yang sudah diketahui umum. Menurut laporan daripada Sarawak Report, kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya adalah lebih daripada 60 billion ringgit! Angka ini merupakan angka yang tidak masuk akal jika kita mencongak jumlah gaji seorang pegawai kerajaan seperti Taib Mahmud, meskipun beliau telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun.
Justeru, apa yang berlaku di Sarawak ini bukanlah sebuah peralihan kuasa. Sebaliknya ia tidak lebih hanyalah pertukaran nama jawatan dan portfolio kerja semata-mata, dan pemimpin yang berkuasa tetap berkuasa dan semakin berkuasa. Ingatlah bahawa kepimpinan merupakan satu amanah dan ia pasti akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Amat pedih sekiranya apabila berada di yaumul mahsyar kelak, rakyat yang dikhianati ini berbondong-bondong datang menghadap Allah untuk mengadu kezaliman pemerintah ini dan menuntut setiap hak mereka yang telah dirampas. Setiap hak mereka yang dirampas pastinya akan dituntut kembali dan pada ketika itu barulah seseorang yang merasakan dirinya kaya raya dahulu di dunia kelak akan menjadi muflis sepenuhnya di hadapan Allah swt. Sesungguhnya janji Allah itu adalah pasti dan berbahagialah sekiranya kita sentiasa mentaati seluruh perintahNya, dan tunggulah azab Allah yang berat bagi mereka yang ingkar. Wallahu a’lam.