Breivik lelaki tidak siuman – polis Norway

altOSLO 29 Julai – Polis menyatakan lelaki rakyat Norway, Anders Behring Breivik yang mengaku membunuh 76 orang dalam serangan berkembar di Oslo baru-baru ini merupakan seorang `tidak siuman’ yang melancarkan serangan seorang diri dan tidak menganggotai sebarang kumpulan pelampau berhaluan kanan.

Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Polis (PST) Norway, Janne Kristiansen berkata, berdasarkan siasatan setakat ini, pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk dia merupakan anggota kumpulan pelampau atau mempunyai rakan ketika melancarkan serangan itu. Beliau berkata, Breivik tidak kelihatan berkongsi rancangannya dengan sesiapa dan menjalani kehidupan biasa sebelum melancarkan serangan berkenaan. – Agensi

Sumber : Utusan Online, 29/07/2011

Norway tiba – tiba dikejutkan dengan serangan yang telah mengorbankan lebih 70 individu. Pembunuhan ini disifatkan sebagai tragedi yang paling dahsyat menimpa Norway setelah Perang Dunia Ke-2. Tanpa usul periksa, media Barat terus melabelkan penyerang sebangai “Militan Islam” dan “Pengganas Muslim”. Tetapi, setelah identiti penyerang dikenalpasti, nada mereka terus bertukar 180 darjah dengan melabelkan penyerang sebagai “seorang gila” serta orang yang “hilang arah”. Anders Behring Breivik mengaku bertanggungjawab ke atas dua serangan yang berlaku dengan menyifatkan tindakannya sebagai memberi “signal yang kuat” kepada pemerintah di Eropah akan kebangkitan Islam di Eropah.

Sikap Anders Behring Breivik ini cumalah sebahagian daripada manifestasi sikap benci kaum kuffar terhadap umat Islam. Sikap benci ini bukan sahaja ada di hati rakyat awam seperti Anders Behring Breivik, bahkan kebencian ini adalah jauh lebih besar di dada para pemimpin Eropah seperti David Cameron dan Nicolas Sarkozy. Lihatlah sahaja apa yang mereka telah lakukan terhadap umat Islam di negara mereka. Umat Islam dinafikan hak untuk mengamalkan tuntutan Islam, malahan lebih buruk lagi umat Islam yang mengamalkan tuntutan Islam ini dianggap sebagai penjenayah. Dengan pelbagai kempen memburukkan Islam serta fenomena “islamophobia” di Eropah, pastinya ini akan memberikan tekanan yang cukup kuat ke atas kaum Muslimin di sana. Meskipun begitu, perkembangan Islam di Eropah jelas semakin memuncak, sehinggakan di UK sahaja secara puratanya sebanyak 5000 orang memeluk Islam setiap tahun. Angka ini pastinya meresahkan kaum kuffar memandangkan mereka telahpun membuat pelbagai makar untuk memburukkan Islam. Benarlah firman Allah:

“Mereka membuat makar (tipu daya) dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka) dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya” [TMQ al-Anfal (8):30].

Sesungguhnya, apa yang berlaku di Eropah dan seluruh dunia pada masa kini merupakan sebahagian daripada proses peralihan pola kepemimpinan dunia. Umat manusia sudah sedar akan kerosakan yang dibawa oleh sekularisme-demokrasi yang dipaksakan ke atas mereka dan sudah  mula mencari alternatif yang jauh lebih baik. Sesungguhnya tiada pilihan yang lebih baik melainkan dengan penerapan Islam secara sempurna oleh sebuah negara Islam. Semoga dengan itu, seluruh penjuru dunia akan mendapat rahmat daripada penerapan seluruh perintah Allah Azza wa Jalla.  Wallahu a’lam.