Sihir Obama Tidak Akan Mampu Mengelirukan Umat Islam

altObama, isteri sampaikan salam Aidilfitri kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya, Michelle, menyampaikan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang menyambut ketibaan Aidilfitri, hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini, Obama berkata:

“Ketika umat Islam di Amerika Syarikat dan seluruh dunia menyempurnakan ibadat puasa dan menyambut Aidilfitri, Michelle dan saya ingin menyampaikan ucapan peribadi kami pada hari yang menggembirakan ini,” katanya.   Obama berkata, Aidilfitri adalah masa penuh kegembiraan sempena menyambut berakhirnya Ramadan.

“Ketika sambutan ini, umat Islam memperingati golongan tidak bernasib baik termasuk orang miskin dan mereka yang mengalami kelaparan, konflik dan penyakit.

“Sepanjang bulan Ramadan, masyarakat Islam memungut zakat supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan dengan gembira,” katanya. Bernama

Sumber: Berita Harian 19/09/09

Sihir Obama Tidak Akan Mampu Mengelirukan Umat Islam

Kalau sebelum dari ini Obama menggunakan Ramadhan untuk menyihir umat Islam dengan kata-kata pujiannya, kini sekali lagi Obama nampaknya menggunakan peristiwa dan hari kebesaran di dalam Islam untuk terus memperdayakan umat Islam. Kali ini Obama dalam perutusan ‘Eid Fitrinya kepada umat Islam di Amerika dan seluruh dunia terus mengeluarkan kata-kata berbentuk pujian kepada umat Islam. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan Obama begitu prihatin terhadap umat Islam sedangkan realitinya, USA yang kini ketuai oleh Obama masih meneruskan polisinya yang sama sebagai kuasa besar penjajah Kapitalisme dunia – terus dan akan terus menjajah dunia umat Islam sebagaimana yang kita saksikan sehingga kini. Tidak cukupkah bukti kejahatan USA terhadap umat Islam di Afghanistan dan Iraq? Apakah umat Islam akan terus ditipu dan diperbodoh dengan kata-kata sihir Obama itu untuk kesekian kalinya?

Yakinlah, wahai umat Islam! Bahawa hanya dengan kekuatan Khilafah sahajalah yang akan mampu memberhentikan sihir dan penipuan Obama dan USA dari terus mempermain-mainkan Islam dan umat Islam.