Kini Telah Jelas Obama Merupakan Pembunuh Nombor 1 Umat Islam

Obama minta Nato tambah askar di Afghan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijangka meminta anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menambah 4,000 askar lagi ke Afghanistan.  Sumber-sumber kanan tentera berkata, Obama dijangka mengesahkan tambahan lebih 30,000 askar AS ke negara itu.

Beliau juga dijangka menggesa anggota Nato menyediakan tambahan ribuan askar untuk melatih anggota tentera Afghanistan. Namun, permintaan Obama diramalkan menghadapi sambutan dingin. Sumber-sumber Nato berkata, pada masa ini hanya Britain dan Turki yang membuat tawaran untuk menghantar lebih ramai askar mereka ke Afghanistan.

Pegawai-pegawai tentera Nato dijadualkan bertemu di Belgium pada 23 November depan bagi membincangkan sumbangan negara-negara anggota terhadap misi di Afghanistan.
 
Sumber : Sinar Harian, 12/11/09

Kini Telah Jelas Obama Merupakan Pembunuh Nombor 1 Umat Islam
 
Kata-kata manis Obama sebelum ini terhadap umat Islam tidak dapat menutup kebiadaban yang dilakukannya terhadap umat Islam. Apa ertinya permintaan Obama kepada Nato agar menambah tentera ke Afghanistan? Bukankah itu tidak lain dari bertujuan untuk terus melakukan pembantaian dan pembunuhan kepada umat Islam? Wahai umat Islam! Amerika akan terus menjadikan umat Islam sebagai musuh mereka nombor 1, walaupun pemimpinnya rejim ganas ini terus bertukar. Tidak ada bezanya Obama dengan Bush. Yang berbeda hanyalah pendekatan yang mereka ambil. Namun agenda mereka tetap sama iaitu menjadikan umat Islam sebagai mangsa dan musuh mereka. Apakah umat Islam masih lagi percaya dan menaruh harapan terhadap Obama?