Bukit Golan dan seluruh tanah Palestin yang dirampas adalah milik umat Islam!

Gambar BG 260416 (3)Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan bahawa Israel tidak akan menyerahkan Bukit Golan kepada Syria, kenyataan yang dilihat sebagai isyarat kepada Rusia dan AS supaya kawasan strategik tersebut tidak dimasukkan ke dalam mana-mana perjanjian dengan Syria pada masa akan datang.

Netanyahu berkata sedemikian di hadapan anggota kabinetnya yang berkumpul buat pertama kalinya di Bukit Golan pada 17 April lalu. Ini bukanlah kali pertama Netanyahu mengeluarkan kenyataan sedemikian. Terdahulu, kata-kata angkuh tersebut pernah diungkapkannya kepada Setiausaha Negara AS, John Kerry sewaktu musim kempen pilihan raya 2009.

Bukit Golan ditawan oleh negara Yahudi itu daripada Syria dalam Perang Arab-Israel 1967, sebelum diisytiharkan sebagai wilayah Yahudi pada 1981 walaupun langkah tersebut tidak menerima pengiktirafan antarabangsa.

Kebiadaban dan keangkuhan pemimpin Yahudi ini sudah cukup jelas membuktikan bahawa apa sahaja pelan damai, pendekatan diplomatik atau rundingan sama sekali tidak akan berjaya mengembalikan semula hak-hak umat Islam yang telah dirampas negara haram tersebut. Apatah lagi hendak menamatkan kezaliman dan penindasan rejim terhadap umat Islam di Palestin.

Bahkan, sebarang usaha mana-mana penguasa umat Islam yang membawa kepada kompromi dan mengalah kepada tuntutan Yahudi itu merupakan suatu bentuk pengkhianatan terhadap umat Islam di Palestin khususnya dan umat Islam seluruh dunia amnya.

Demikian juga pihak yang akur kepada penyelesaian dua-negara (two-state solution) yang membawa kepada penubuhan “negara” Palestin atas dasar negara bangsa. Hal ini kerana penyelesaian yang bersifat kompromi tersebut akan hanya melanjutkan penderitaan penduduk Palestin, di samping menafikan hak-hak mereka terhadap tanah yang dirampas secara haram sebelum tahun 1967 dan tidak akan sama sekali menyelesaikan masalah Palestin.

Sesungguhnya persekongkolan mana-mana penguasa Muslimin dengan entiti haram Yahudi adalah haram di sisi Islam, baik dari sudut politik, diplomasi, mahupun hubungan perdagangan. Bahkan sudah menjadi kewajipan bagi kita semua untuk berusaha agar hak-hak umat Islam dikembalikan semula, tanpa tersisa sedikitpun kepada negara haram itu.

Tiada penyelesaian dua-negara bagi kemelut yang telah melanda selama hampir tujuh dekad ini, sebaliknya satu-satunya penyelesaian syarie ialah hanyalah penyelesaian satu-negara, iaitu dengan mengembalikan tanah Palestin yang dirampas dan mempersatukan Palestin di bawah Negara Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah.

Khilafah ialah satu-satunya negara bagi kaum Muslimin. Palestin dulunya adalah sebahagian daripada Khilafah yang hanya terpisah dari tubuh Khilafah setelah keruntuhannya pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924).

Wahai Netanyahu, wahai Yahudi! Ketahuilah bahawa suatu hari yang bakal menyaksikan keangkuhan dan kebiadaban kamu dibalas dengan penghinaan akan tiba tidak lama lagi. Itulah hari di mana Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi sehingga Yahudi tersebut bersembunyi di sebalik batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu berkata, “Wahai Mukmin, ini orang Yahudi ada di belakangku, kemarilah dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad, kerana sesungguhnya pohon itu adalah pohon Yahudi” [HR Bukhari, Muslim dan Tirmizi].