Bumi Palestin hanya akan dibebaskan dengan Khilafah dan Jihad bukannya dengan kata-kata

PUTRAJAYA : “Biar badan dikerat-kerat, biar tinggal seketul daging, saya tak akan sesekali berganjak daripada prinsip saya!” Demikian ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sewaktu Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis hari ini.

Berita penuh: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/biar-badan-dikerat-palestin-tetap-dipertahankan-pm-najib-163672


Ulasan :

Itulah antara isi ucapan berapi-api daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu berucap di atas pentas Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitul Maqdis. Sekali imbas, persis kata-kata yang telah diucapkan oleh Sultan Abdul Hamid II ketika menolak tawaran dan bantuan pemimpin Yahudi antarabangsa Theodor Herzl terhadap Daulah Khilafah Uthmaniyyah dengan imbalan Khalifah menyerahkan tanah Palestin untuk diduduki oleh kaum Yahudi.

Akan tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran, laungan berapi-api tersebut tidak lebih kepada sekadar ucapan dan retorik semata-mata, sedangkan tanah Palestin yang di dalamnya terdapat Baitul Maqdis masih dijajah oleh Zionis Yahudi. Pemimpin-pemimpin umat Islam ini pula tidak akan melakukan sesuatu selain sekadar apa yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa dan telunjuk kuffar Barat dalam isu pembebasan Palestin dan Baitul Maqdis ini.

Allah SWT berfirman, maksudnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3)

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” [TMQ as-Shaff: 2-3]

“Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat ini telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka..Yahudi, simpanlah harta mereka (daripada menyogokku). Jika Khilafah Islam dimusnahkan pada suatu hari nanti, maka mereka boleh mengambilnya secara percuma. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pisau ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Khilafah Islam. Pemisahan (tanah Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selama mana kami masih hidup!.”

Inilah ketegasan Sultan Abdul Hamid II yang bukan hanya diluahkan dengan kata-kata tetapi juga dibuktikan dengan tindakan. Sang khalifah benar-benar mempertahankan Palestin daripada terlepas ke tangan Yahudi sehinggalah Daulah Khilafah Uthmaniyyah diruntuhkan dengan konspirasi antara kuffar Barat dan ejen-ejen mereka. Sesungguhnya penyelesaian sebenar kepada isu  Baitul Maqdis dan Palestin ini hanya dapat diselesaikan oleh Daulah Khilafah Islamiyyah yang akan tertegak semula untuk kedua kalinya, seterusnya akan mengumandangkan seruan jihad untuk membebaskan tanah-tanah umat Islam yang sedang dijajah.

إنما الإمام جنة يقاتل من ورائه ويتقى به

”Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu perisai, orang-orang berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaannya).”
[HR. Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Dawud, dan lain-lain]

Zulfadli
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia