Campurtangan AS Di Iraq Berterusan Di Sebalik Pengunduran

As-IraqAmerika secara rasminya telah mengakhiri penjajahannya di Iraq selama lapan tahun  setengah pada 15 Disember 2011 yang lalu dengan upacara menurunkan bendera yang disaksikan oleh Setiausaha Pertahanan Leon Panetta di Baghdad. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah menyerang negara yang kaya dengan minyak itu pada Mac 2003 tanpa alasan yang dapat dibuktikan. Sementara penggubal dasar AS mewar-warkan bahawa  ‘misi tercapai’, bekas ketua Agensi Keselamatan Negara, Leftenan Jeneral William Odom, menyatakan pada tahun 2005 bahawa pencerobohan AS selama dua setengah tahun adalah  ‘bencana strategi yang terbesar dalam sejarah AS.

Berikut adalah perkara-perkara penting untuk diperhatikan sepanjang penjajahan AS ke atas Iraq yang bersumber dari pemerintah Washington dan media-media barat:

1.    Tuduhan ke atas Saddam Hussien bahawa dia adalah seorang gila yang memiliki senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of Mass Destruction) dan boleh dilancarkan bila-bila masa sehingga menyebabkan keganasan global serta dikaitkan dengan serangan 9/11 telah menjadi alasan untuk AS menyerang Iraq. Setelah pencerobohan, AS menggerakkan 1,400 anggota daripada kumpulan pencarian  antarabangsa Iraq (international Iraq Survey Group) yang menjalankan misi pencarian bukti terhadap senjata pemusnah besar-besaran Iraq. Pada tahun 2004 Laporan Duelfer ISG menyatakan bahawa Iraq tidak mampu menghasilkan program senjata seperti itu. Pada 30hb September 2004, Kumpulan Pencarian Amerika Syarikat di Iraq pada laporannya menyimpulkan bahawa, “ISG tidak menemui bukti bahawa Saddam Hussein memiliki simpanan senjata pemusnah besar-besaran ketika tahun 2003, tetapi bukti yang boleh diperolehi daripada penyiasatan-termasuk soal-siasat tahanan dan dokumen-dokumen terbuka berkemungkinan ada senjata-senjata yang wujud di Iraq tetapi bukannya kekuatan ketenteraan yang hebat.”AS kemudiannya dengan serta-merta mengubah sebab-sebab pencerobohan di Iraq, dari alasan menghapuskan Saddam kerana nilai-nilai moral kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelumya yang membenarkan penggunaan kekerasan kepada alasan umat Islam Iraq mahu AS menyerang negara mereka dan menghapuskan Saddam.

2.    Dalam masa beberapa bulan pencerobohan, berlakunya perberontakan terhadap tentera penceroboh yang sehingga hari ini memberi pengaruh yang besar terhadap kehebatan Amerika Syarikat seluruh dunia. Evan Kohlmann, seorang pakar terkemuka mengenai pemberontakan pada permulaannya menyatakan”Ketika pencerobohan AS bermula pada tahun 2003, pengikut setia Saddam yang menentang AS adalah terdiri daripada penyokong parti  Baath, bekas-bekas tentera Iraq, dan pengikut setia Saddam. Kebanyakkan mereka adalah nasionalis Iraq yang menentang penjajahan asing kerana melihat Iraq sebagai negara kuat yang setanding Mesir untuk mengawal dunia Arab. Ia telah menjadi isu semangat kebangsaan. Muncul pula rakaman video dan juga pelbagai saluran komunikasi yang menayangkan semua orang keluar dengan bersemangan sambil memegang senjata AK-47. Namun, setelah perang berlarutan, pengikut-pengikut setia Saddam yang masih meneruskan  penentangan hanyalah kumpulan yang mempunyai kekuatan, kesatuan, sumber kewangan yang banyak dan anggota terlatih yang terselamat daripada bedilan-bedilan  jet pejuang. Mereka terus menentang walaupun kehilangan pemimpin/komander utama mereka. “Salah satu dari pasukan yang menyerang tentera-tentera bersekutu adalah kumpulan tentera Shi’ah Mahdi bertujuan untuk merampas dan mengawal semula wilayah. Tentera penceroboh terdiri daripada pelbagai negara cuba untuk mengekalkan bahagian tengah dan selatan Iraq dan bersedia melakukan serangan balas di mana tercetusnya perang gerilla di kawasan bandar.  Kebanyakan dari rakyat Iraq menyertai kumpulan Muqtada al-Sadr. Tentera Mahdi  beroperasi di kawasan menjangkaui Basra di selatan sehingga Bandar Sadr, tengah Baghdad. Walaupun AS telah mengalahkan angkatan tentera rasmi negara Iraq dalam masa 21 hari, namun, kuasa tentera tidak rasmi telah memalukan kekuatan ketenteraan AS. Pada tahun 2006 satu kumpulan pengkaji, yang terdiri daripada kedua-dua parti utama AS, yang diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat James Baker dan bekas Demokratik kongres Lee Hamilton, menyatakan bahawa “keadaan di Iraq seumpama kubur dan semakin teruk dan merudum” dan “Tentera AS seperti terperangkap dalam misi yang tidak ada kesudahan “. Dakwaan AS bahawa rakyat Iraq mahu diserang oleh AS adalah alsan yang fatal.

3.    Apabila laporan Baker-Hamiltin dibentangkan kepada kongres pada Disember 2006, Amerika telah “benar-benar tenggelam” di Iraq dan ia diihat tidak berbeza keadaannya semasa kekalahan AS di Vietnam pada tahun 1970-an dahulu. Ianya jelas kepada semua bahawa Amerika telah memandang rendah keupayaan musuh, walaupun mereka berjaya menumbangkan kekuatan ketenteraan Iraq di dalam masa yang singkat tetapi kekuatan lain (gerila) sesudah itu telah membawa kebuntuan terhadap tentara Amerika. Semasa laporan Baker-Hamiltin, dia mencadangkan agar AS mengadakan hubungan dengan Iran untuk membantu AS di dalam permasalahan di Iraq,  hubungan itu sebenarnya sudah pun bermula. Iran telah pun menubuhkan proksinya melalui Dewan Tertinggi Iraq iaitu satu kumpulan yang ditubuhkan di Tehran  pada tahun 1982.  Abdel Aziz al-Hakim merupakan pemimpin tertinggi dewan ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada 2009, telah berjaya mengumpulkan sebahagian besar puak Syiah untuk mengambil bahagian dalam proses pembentukan kerajaan Iraq yang dirancang oleh Amerika. Jadi,  Amerika hanya perlu menumpukan usaha untuk membanteras pemberontakan di seluruh Baghdad.

4.    Pendekatan semula hubungan antara Iran dan Amerika telah disahkan oleh Ahmadinejad dalam temuramahnya dengan New York Time semasa lawatannya ke Sidang Kemuncak PBB pada September 2008 dengan berkata: “Iran telah menghulurkan tangannya untuk berkerjasama dengan Amerika  terhadap isu Afghanistan dan negara kami telah memberi bantuan kepada Amerika dalam memulihkan semula keamanan dan kestabilan di Iraq”. Amerika melalui janjinya menempatkan kedudukan di dalam kerajaan, melalui rasuah dan habuan, berhasil memilih rakan kongsi dari puak Syiah supaya menghentikan keganasan dan mengambil bahagian dalam perbangunan politik yang dianjurkannya. Peranan yang dimainkan oleh Iran dijelaskan oleh pegawai Iraq pada masa tersebut sebagai: “tidak ada keraguan bahawa Iran baru-baru ini telah menggunakan pengaruhnya ke atas Jaish al-Mahdi untuk memahami dan menghadkan operasinya di Iraq”. Barham Salih berkata dalam satu temuramah dengan IPS. “ Ini adalah petanda yang dialu-alukan, tetapi biarkan saya berterus terang dengan anda:  kenyataan bawa Iran berupaya menjalankan dan menghentikan aktiviti Jais Almahdi adalah suatu yang membimbangkan saya sebagai seorang pegawai Iraq. “Tanpa sokongan Iran, Iraq akan menjadi Vietnam baru kepada Amerika. Daripada padangan luar, hubungan Iran-Amerika seolah-olah tegang berikutan halangan/dakwaan Amerika yang berterusan terhadap isu pembinaan senjata nuklear Iran. Hal sebenarnya adalah isu tersebut dimunculkan berdasarkan mengikut keperluan dan kepentingan masing-masing. Di sebalilk tabir, kedua-dua negara ini memandang satu sama lain dengan sudut pandangan yang berbeza. Iran dan Amerika mempunyai kepentingan bersama di timur tengah dan telah berkerjasama di Afghanistan pada masa yang lalu. Iran sebenarnya mampu dan berpeluang membawa Amerika jatuh melutut, tetapi pendekatan kepimpinannya yang pragmatik telah mengubah segalanya dan mereka tidak berbeza dengan pemimpin negara muslim yang lain yang berulang-kali mengkhianati umat Islam.

5.    Pilihanraya Parlimen Iraq  yang pertama pada 2005 memberi hak kepada perbezaan mazhab dan etnik. Dengan ini, Amerika sentiasa akan dapat  mendapatkan sokongan daripada mana-mana kelompok melalui rasuah dan kuasa melalui perjanjian sulit dan rahsia bergantung kepada keadaan apabila diperlukan. Parlimen terpecah kepada United Iraqi Alliance (UIA) yang dipimpin oleh SCRI dan Democratic Patriotic Alliance of Kurdistan (DPAK). Penyelesaian Yang berisiko/berbahaya antara kedua kumpulan ini bermakna penentangan Sunni tidak dapat dielakkan dan Amerika percaya bahawa pilihanraya yang dilaksanakan adalah berwibawa berdasarkan penyertaan pihak-pihak berkenaan.

6.    Amerika mewujudkan sistem politik yang akan melindungi dan mempertahankan kepentingannya di Iraq.  Amerika hanya menggantikan sistem yang ganas dengan sistem rasuah dengan mengiktiraf perbezaan etnik dan mazhab di atas keruntuhan Iraq. Perkara ini sudah tentu akan memecah-belahkan Iraq selamanya dan perebutan kuasa pada pilihanraya 7 Mac 2010 membuktikan hal ini. Demokrasi hanya menyemarakan dan menyuburkan perbezaan dan perpecahan politik  jika dibandingkan politik diktator. Jauh dari penyelesaian nasionalisma, perkauman atau kemazhaban, demokrasi pada realitinya mengiktiraf rasuah atau penyelewenggan kuasa untuk disatukanya di dalam sistem politik berparlimen yang membenarkan pelbagai puak atau kumpulan berlawan dan berlumba-lumba merebut kekuasaan sesama mereka demi meraih kepentingan kaum masing-masing. Ini membawa maksud keganasan akan berlangsung pada jangka masa yang panjang sebelum isu perbezaan etnik dapat diselesaikan – yang mana perkara ini diterima oleh Amerika kerana kekacauan dan keganasan yang berlaku akan memudahkan  campurtangan AS secara berterusan ke atas Iraq. Sama seperti lelongan minyak Iraq melalui kontrak perkhidmatan (service contract) yang mana kerajaan Iraq berkuasa penuh mengendalikan minyak di Iraq dan hanya bersetuju memberi kontrak kepada pelbagai syarikat minyak antarabangsa  sebagai penyelia perkhidmatan. Jadi, AS akan mempunyai kuasa penuh ke atas minyak di Iraq melalui penguasaannya di dalam Kerajaan Iraq.

7.    Perang Iraq telah menjejaskan AS selama-lamanya, walau apapun retorik mengenai penarikan semula tentera daripada negara tersebut diketengahkan. Rancangan Amerika Syarikat telah  terbongkar apabila AS mengenepikan undang-undang antarabangsa dalam usaha menjajah dan kemudian mencipta pembohongan untuk menjustifikasikan serangan. Semasa pencerobohan, Amerika Syarikat telah melanggar hak asasi manusia dan telah memberikan hak-hak penahanan kepada penjara seperti di Guantanamo Bay dan penjara Abu Gharib yang terkenal. Pembunuhan Haditha, penggunaan fosforus putih, insiden Mahmoudiyah, penderaan dan pembunuhan tawanan perang serta insiden Mukaradeeb di mana 42 orang awam telah dibom dan ditembak di majlis perkahwinan diketahui umum sebagai jenayah perang. Jenayah-jenayah dalam ini negeri sebenarnya melambangkan pencerobohan dan penjajahan kejam Amerika, bukannya seperti dakwaan mereka bahawa semua pembunuhan itu menunjukkan misi telah tercapai seperti yang dibesar-besarkan. Di samping kes-kes ini, lebih daripada 100,000, dan sangat berkemungkinan 200,000 atau lebih orang awam Iraq yang tidak berdosa telah kehilangan nyawa mereka semasa di bawah pengawasan AS. Dasar AS selepas pencerobohan dengan membubarkan tentera Iraq telah menghasilkan vakum, yang ketika itu penuh dengan keganasan.

8.    Peperangan ini mungkin berada pada episod akhir tetapi campur tangan Amerika Syarikat dan agenda penjajahan telah ditetapkan untuk kekal di Iraq. Amerika Syarikat cuma sekadar menyusun atur semula strategi kehadirannya di Iraq kerana ia tidak lagi memerlukan pasukan tempur di dalam jumlah yang besar di negara ini, bagi keperluan bertahan daripada serangan bahan letupan ubahsuai (IED) setiap hari. Hanya satu pasukan lebih kecil yang berkepakaran boleh melindungi kepentingan AS dibiarkan terus berada di Iraq. Tahap pengurangan tentera mereka adalah sangat memungkinkan sejajar dengan misi diplomatik yang sedang giat berkembang kerana AS telah berjaya di dalam sebahagian besar agendanya  di Iraq, dengan menetapkan landasan tertentu bagi elemen-elemen politik, ketenteraan,dan  ekonomi supaya Iraq kekal utuh di bawah pengaruh Amerika. Sebagaimana yang dilaporkan oleh New York Times pada bulan September, perbahasan mengenai angka-angka dan golongan tertentu adalah tidak penting. “Pihak pentadbiran telah menyediakan rancangan untuk pengembangan  Kedutaan Amerika dan operasinya secara besar-besaran, dibantu oleh ribuan kontraktor pasukan keselamatan separa tentera.”

Amerika Syarikat hari ini telah menggantikan sistem kediktatoran dengan sistem yang dibina di atas perbezaan etno-mazhab yang diinstitusikan bagi dekad-dekad akan datang. Ketika mana Amerika Syarikat cuba membebaskan dirinya daripada konflik ini, yang mana telah melampaui apa yang dijangkakan, AS mendapati kebangkitan Rusia menuntut kembali negara-negara bekas Republik Soviet dan China pula secara yakin memperluaskan laluan bekalan tentera merentasi Asia Tenggara sehingga ke Afrika. Kedudukan AS dianggap tidak dapat dipertahankan dan sememangnya menjangkau terlalu jauh daripada keupayaannya dan ini telah membawa Rusia dan China menjadi lebih yakin di dalam mencabar kehebatan AS di seluruh dunia. Kita juga mendapati bahawa AS hari ini terlalu bergantung pada bantuan dan kerjasama pemimpin-pemimpin Islam di dunia sama ada di Iraq atau Afghanistan, untuk mencapai matlamatnya. Pengkhianatan mereka telah memberikan AS sokongan yang amat diperlukan pada waktu yang tepat. Walaupun Obama boleh mendakwa Iraq sebagai kemenangannya, pada kaca mata dunia, kehebatan Amerika Syarikat telah rosak selama-lamanya.

Sumber :  www.khilafah.com