Setelah Hancur Kehidupan Umat Islam Di Iraq Barulah AS Laknatullah Ingin Berambus

alt‘Semua askar AS pulang dari Iraq’

Obama maklumkan Kongres peperangan di negara Teluk hampir tamat

WASHINGTON: Peperangan di Iraq akan tamat dan semua anggota tentera Amerika Syarikat akan pulang, kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, sambil terus berikrar untuk menyokong rakyat Iraq dalam perutusan ‘State of the Union’ secara langsung, kelmarin.

“Ketika terus menentang al-Qaeda, kita akan meninggalkan Iraq dengan secara bertanggungjawab kepada rakyatnya,” kata Obama kepada ahli Kongres.   “Tetapi, perlu ditekankan bahawa peperangan ini akan tamat dan semua anggota tentera kita akan pulang,” tambahnya, sambil diberi tepukan gemuruh anggota Kongres.

Beliau mengulangi ikrarnya bahawa semua anggota tentera Amerika akan meninggalkan Iraq menjelang penghujung Ogos depan, lebih tujuh tahun selepas serangan pada 2003 diketuai Amerika bertujuan menumbangkan pemimpin negara itu, Saddam Hussein.

“Kita akan sokong kerajaan Iraq ketika ia mengadakan pilihan raya dan terus membantu rakyatnya bagi membantu kemakmuran dan keamanan serantau,” tambah Obama.   Presiden Amerika itu mengubah tumpuan tentera Amerika dari Iraq ke Afghanistan bagi menentang pergerakan Taliban dan menggempur militan al-Qaeda yang dipercayai bersembunyi di sepanjang sempadan dengan Pakistan.

Tentera Amerika ketika ini mempunyai 107,000 anggota di Iraq dan kira-kira 70,000 lagi di Afghanistan, dengan tambahan 30,000 dijangka tiba dalam tempoh beberapa bulan.

Askar Amerika keluar dari kawasan bandar dan kampung Iraq pada Jun tahun lalu di bawah perjanjian di antara Baghdad dan Washington.

“Pada masa ini, semua askar kita, di Iraq, Afghanistan dan di seluruh dunia mesti tahu bahawa kita menghargai, menyanjung serta menyokong mereka sepenuhnya.” – AFP

Sumber: Berita Harian 29/01/10

Setelah Hancur Kehidupan Umat Islam Di Iraq Barulah AS Laknatullah Ingin Berambus
 
Kekejaman, kejahatan dan kebiadaban rejim kufur AS selama 7 tahun menjajah bumi umat Islam Iraq tidak dapat ditutup begitu sahaja oleh Obama yang dikatakan akan mengeluarkan seluruh tenteranya dari Iraq menjelang penghujung Ogos depan. Setelah ratusan ribu umat Islam dibunuh, begitu juga dengan yang tercedera serta musnahnya kehidupan umat Islam di sana, dengan begitu mudah AS, melalui badutnya Obama, mengumumkan program untuk mengeluarkan tenteranya di Iraq. Bagi umat Islam yang masih hidup akidah Islam dalam dirinya, mereka akan dapat memahami bahawa sandiwara yang dimainkan oleh Obama itu tidak akan dapat menutup segala bentuk kezaliman yang telah dilakukan oleh tentera AS laknatullah terhadap umat Islam di Iraq selama ini. Kekejaman yang telah dilakukan oleh AS itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Khilafah sebagai kuasa politik Islam akan mengajar dan membalas segala bentuk kekejaman yang telah dilakukan oleh AS laknatullah ke atas kaum Muslimin di seluruh dunia.

Wahai seluruh umat Islam! Sedarlah bahawa kedua-dua tangan Obama itu masih penuh dengan darah umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di tempat-tempat lain sehingga kehari ini. Mana mungkin Obama dengan begitu mudah dapat mencuci kedua-dua tangannya yang dibasahi dengan darah umat Islam? Yakinlah hanya tangan-tangan Khalifah  yang mulia kerana Islam dan penuh ketakwaan sahajalah yang akan ‘membersihkan’ tangan-tangan pembunuh umat Islam itu. Wahai umat Islam! Ya, Obama berjanji untuk mengeluarkan semua tenteranya dari bumi Iraq tetapi sebagai umat Islam kita jangan lupa, bahawa apa yang pasti, AS akan tetap meninggalkan najis-najisnya.  Demokrasi, HAM, kebebasan, sekularisme, kapitalisme serta agen-agen hina rejim kufur AS yang cukup setia dan patuh kepada segala arahannya akan pasti ditinggalkan. Oleh kerana itu janganlah kalian tertipu dengan tipu daya para syaitan itu..