Demonstrasi anjuran Hizbut Tahrir Malaysia
LI TAHRIRI FALASTIN
KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD
JAISY MUHAMMAD SAUFA YA’UD“
“DI MANA TENTERA MUSLIMIN
UNTUK MEMBEBASKAN PALESTIN
KHAIBAR KHAIBAR WAHAI YAHUDI
TENTERA MUHAMMAD AKAN KEMBALI”
Bersemangat! Begitulah seruan dan peringatan yang dilaungkan oleh barisan Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia bersama-sama para syabab HTM setelah selesai solat jumaat pada tanggal 09hb Januari 2009, di hadapan Masjid Khalid Ibnu Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur (berhampiran Kementerian Pertahanan Malaysia).
Demonstrasi ini telah dimulakan dengan ucapan seruan penuh bersemangat oleh aktivis HTM, Ustaz Omar Hussein dan Ustaz Isa Abdullah di hadapan angggota-anggota dan pegawai-pegawai tentera yang menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mereka diperingatkan akan rintihan umat Islam di Gaza yang sedang menanti penuh harapan kehadiran tentera kaum Muslim bagi membebaskan mereka di Palestin, juga tentang janji Allah kepada bala tentera sekiranya mereka berjihad membela darah umat Islam mereka akan di bayar dengan kemenangan ataupun gugur sebagai para syuhada yang dijanjikan syurga Allah.
Kami memanjatkan doa ke hadrat Allah semoga usaha ini diberkati-Nya dan panglima-panglima angkatan tentera kaum Muslimin di beri hidayah dan kesedaran di dalam hati mereka untuk menunaikan tanggung jawab mereka yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang sedar bahawa pembelaan atas kekejaman yang menimpa rakyat Palestine terletak di atas bahu mereka juga. Seandainya mereka masih engkar setelah kami menyampaikannya, nantikanlah balasan dari Allah Subhanahu wa Taala. Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!