Demonstrasi Muslimah Hizb ut Tahrir Britain terhadap Kekejaman Kerajaan Uzbekistan mencabul kehormatan wanita Muslim

Pada hari Sabtu tanggal 20hb Disember 2008, Muslimah Hizb ut Tahrir Britain telah mengadakan satu demonstrasi yang terdiri daripada kaum wanita sahaja, di luar kedutaan Uzbekistan di London, United Kingdom. Seramai lebih seratus lima puluh orang Muslimah telah berhimpun bagi menunjukkan bantahan terhadap pencabulan seksual ke atas wanita-wanita Muslim oleh rejim kejam Karimov.  Muslimah Uzbekistan ini telah ditangkap atas tuduhan sebagai ’pelampau agama’.  Ini merupakan satu lagi kempen busuk kerajaan Uzbekistan dalam menghalang mereka yang berani menyuarakan bantahan terhadap kezaliman dan penindasan kerajaan Uzbekistan.

Para penunjuk perasaan berikrar akan terus berkempen untuk mendedahkan kejahatan rejim Uzbekistan itu dan menyeru kepada kembalinya Daulah Khilafah ke Asia Tengah yang akan membebaskan wilayah itu dari pemerintahan diktator Karimov serta memelihara kehormatan setiap wanita dan seterusnya mengakhiri pertembungan dengan kuasa Barat yang menjaja idea ‘perjuangan menentang keganasan’.

Kepada saudari-saudari seIslam kita yang sangat berani dan mulia  darjatnya di Uzbekistan itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan segera melepaskan kamu dari kesusahan ini dan mengubahnya kepada kesenangan dan kemakmuran.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kelapangan
Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan”  [TMQ Al Inshirah 94:5-6]