Demonstrasi oleh Hizbut Tahrir Australia terhadap keganasan Israel laknatullah
Di depan Konsulat Mesir, kaum Muslimin Australia yang dipimpin oleh Hizbut Tahrir Australia menyuarakan protes atas pengkhianatan penguasa Mesir terhadap Palestin pada hari Sabtu 27/12/08. Baru beberapa hari sebelum itu Presiden Mesir, Hosni Mubarak berjabat tangan dengan Menteri Luar Israel Tzipni Livni walhal pada hari yang sama, tentera Israel laknatullah secara brutal membantai sekurang-kurangnya 140 warga Muslim Palestin.
Aksi protes ini Hizbut Tahrir Australia ini dimulai dengan berjalan kaki dari Masjid Surry Hills menuju Konsulat Mesir. Mereka berjalan kaki dengan melaungkan takbir dan juga seruan. Liwa’ dan Rayah Rasulullah yang tertulis kalimat tauhid berkibar dengan megah di sepanjang jalan di bumi kanggaru tersebut.
Di samping itu, mereka membawa poster-poster yang berisi slogan-slogan seperti,
“Wahai tentera Muslim! Lindungi Gaza bukan Israel”,
“Bersabarlah Gaza, Kami Tak Melupakan Kalian”,
“Khilafah akan segera membebaskan Palestin”.
Setelah tiba di depan Konsulat Mesir, pemimpin demonstrasi aman tersebut, Sdr. Mustaq dengan penuh perasaan menyampaikan tujuan protes tersebut yakni agar kaum Muslimin bersatu melawan segala penindasan yang menimpa saudara mereka. Masalah Palestin bukanlah masalah orang Arab atau warga Palestin sahaja, tetapi ianya adalah masalah kaum Muslimin secara keseluruhannya yang perlu diselesaikan dengan cara Islam.
“Kenyataannya, kita sebagai sebahagian kaum Muslimin perlu berjuang untuk Islam dan untuk saudara-saudara kita di luar sana. Sudah sedia maklum bahawa kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pun dari pemerintah kita,” tegas Mustaq.
“Mereka tidak lain hanyalah tirani yang tidak pernah mendukung umat Islam dan kita harus berhenti berharap pada mereka,” tambahnya lagi.
Dalam demonstrasi itu juga, Fawaz selaku yang pertama berucap, memperkatakan tentang alasan kenapa mereka hadir di hadapan Konsulat Mesir pada hari itu. Diikuti dengan pembicara lainnya, iaitu Doktor Housam yang berucap dalam bahasa Arab. Beliau menyerukan penolakan atas rejim jahat, terutama rejim Mesir yang telah bekerjasama dalam pemboikotan dan pengepungan Gaza.
Maryam, wakil daripada Muslimah Hizbut Tahrir Australia, menyampaikan pesanan ringkas di mana beliau mengungkap persekongkolan penguasa umat Islam dengan Israel. Beliau menyentuh peristiwa beberapa hari lalu di mana Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, telah bertemu dengan pegawai tertinggi Mesir pada hari Khamis, di tengah-tengah meruncingnya keganasan Israel di Gaza.
Beliau juga mengingatkan kepada kaum Muslimin bahawa penguasa Mesir melakukan perbuatan yang sungguh memalukan apabila telah bertemu dengan pegawai tinggi Israel untuk membincangkan nasib Gaza, sementara mereka menolak untuk menolong saudara mereka sendiri di Palestin. Sungguh memalukan, sikap penguasa Mesir yang tidak mengindahkan panggilan anak-anak kaum Muslimin yang kelaparan serta tangisan kaum ibu, namun dalam masa yang sama mereka bertoleransi serta berkompromi dengan melakukan perbincangan perdamaian dengan ketua negara haram Israel, tegasnya.
Sebagai penutup, Syeikh Abu Anas dari Hizbut Tahrir Australia, memberikan ringkasan serta menyampaikan pesanan yang sangat penting. Ia menyeru kaum Muslimin untuk bersatu dan terus berdiri untuk saudaranya yang lain, bukan hanya Gaza, tetapi juga Chechnya, Kashmir, Iraq, Somalia, Afghanistan dan semua negeri yang tertindas. Ia mengingatkan umat Islam dengan firman Allah SWT,
“Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan terhadap mereka” [TMQ al-Anfal (8):72].
Demonstrasi aman tersebut akhirnya ditutup dengan doa yang ditujukan untuk kaum Muslimin di pelbagai negeri serta memohon agar kaum Muslimin diberikan kekuatan oleh Allah untuk tetap bekerja siang dan malam dalam menegakkan kembali pelindung ummah, Al-Khilafah, satu-satunya penyelesaian dan perisai untuk melindungi kaum Muslimin di seluruh dunia.
Pada hari yang sama, keganasan tentera Israel kembali terungkap dengan serangan yang dilancarkan mereka yang mengakibatkan lebih dari 230 warga Palestin terkorban dan ratusan lainnya cedera. Serangan ganas Israel ini dilakukan selang beberapa hari setelah Menteri Luar Israel Tzipni Livni berjabat tangan dengan Presiden Mesir Housni Mubarak di Kairo. Jika sebahagian kecil komuniti Muslim di Australia sahaja berani untuk menentang kezaliman Israel, lalu di manakah keberanian para penguasa Muslim saat ini yang di belakang mereka terdapat jutaan tentera kaum Muslim? Sungguh menyedihkan apabila umat ini tidak mempunyai seorang Khalifah yang akan menggerakkan bala tentera ke Palestin untuk menghancurkan Israel laknatullah.