Denmark Haramkan Pakaian Muslimah, HT Denmark Suarakan Penentangan

Demokrasi, HAM & Kebebasan Hanyalah Dusta! Kini Denmark Haramkan Pakaian Muslimah, HT Denmark Suarakan Penentangan

Demokrasi, Hak Asasi Manusia (HAM) dan slogan ‘kebebasan’ hanyalah omong-omong kosong apabila berhadapan dengan umat Islam. Buktinya, baru-baru ini selepas Perancis, pengharaman berjilbab kini telah merebak ke Denmark. Perdana Menteri Denmark, Loekke Lars Rasmusen berkata bahawa ketetapan kerajaan itu adalah jelas bahawa burqa dan niqab (purdah) tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Denmark.

Penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan cara yang keji tidak akan pernah dilupakan. Walaupun begitu, apa yang memeranjatkan adalah perkembangan jumlah umat Islam di negera tersebut semakin meningkat. Kewujudan usaha pengharaman dan penghinaan dengan cara yang keji terhadap syi’ar Islam menunjukkan bahawa keberadaan dakwah Islam di negara itu tidak disenangi oleh pemerintah.

Salah satu kumpulan yang sangat aktif berdakwah di Denmark dilakukan oleh para pemuda yang bergabung dalam Hizbut Tahrir Denmark. Pelbagai kegiatan dakwah dalam bentuk seminar-seminar, dialog perbincangan umum dan masirah(demonstrasi aman) kerap dilakukan di Copenhagen (ibu negara Denmark). Ramai para pemuda Denmark yang memeluk Islam dan bersama-sama menyeru kepada syariah dan Khilafah bersama-sama HT Denmark.

Jadi adalah jelas bahawa pengharaman terhadap syi’ar Islam tersebut (tudung dan purdah) menunjukkan bahawa demokrasi, HAM dan ‘kebebasan’ hanyalah alat bagi penjajahan Barat terhadap umat Islam. Islam dan umatnya sangat memerlukan Khilafah yang akan melindungi umat ini. Insya Allah, masyarakan Denmark akan turut serta dalam menyambut kedatangan kepemimpinan yang tulus itu tidak lama lagi.