Dialog Negara Islam Bersama HizbutTahrir Malaysia Peringkat Negeri Kedah

JITRA 29 September – Siri Jelajah Malaysia 2012Dialog Negara Islam Bersama HizbutTahrir Malaysia peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Dewan Seminar Al-Aslah, Hotel Darul Aman, Jitra. Ahli panel yang menjayakan dialog tersebutkali ini ialah Ustaz Abdul Hakim Othman dan Ustaz Umar Hussein.

Alhamdulillah sesi dialog tersebut berlangsung dengan suasana yang cukup baik dengan pelbagai soalan telah diajukan oleh peserta yang hadir. Di samping soalan lisan, soalanjuga turut diajukan kepada ahli panel secara bertulis dan sms. Berdasarkan soalan-soalan yang dilontarkan, terbukti para penanya inginkan maklumat lanjut dan teruja untuk mengetahui bagaimana perjuangan HizbutTahrir dan apakah metodeHizbutTahrir dalam usaha untuk menegakkan Khilafah dan perkara-perkara yang terkait dengan Negara Islam itu sendiri.

Secara amnya, HTM telah berjaya menyedarkan para hadhirin bahawa sistem demokrasi dan pilihan raya yang ada sekarang bukanlah sistem Islam, tetapi merupakan warisan penjajah yang ditancapkan ke negara umat Islam dengan tujuan menjauhkan umat Islam dari sistem Islam yang sebenar yakni Khilafah. Demokrasi, di samping merupakan sistem kufur yang wajib dicampakkan oleh umat Islam, terbukti telah mendatangkan kerosakan dan kesengsaraan yang berpanjangan ke atas kaum Muslimin.

Setiap Muslim wajib berusaha menegakkan Daulah Khilafah dan bergabung bersama parti yang berjuang ke arah mendirikan kuasa besar Islam itu, demi memastikan agama Allah tertegak di muka bumi ini secara kaffah, demikian tegas Abdul Hakim yang juga merupakan Presiden HTM, di akhir majlis dialog tersebut.