Pulau Mutiara Hangat Dengan Dialog Negara Islam Bersama HTM

Pulau Pinang 30 September – Sehari selepas berkunjung ke Kedah, Dialog Negara Islam Bersama HizbutTahrir Malaysia (HTM)seterusnya bertandang pula ke Pulau Pinang. Bertempat di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, dewan hotel tersebut dipenuhi dengan peserta sebaik sahaja sesi dialog bermula. Sekumpulan ikhwan dari Rohingya juga turut tidak mahu terlepas menyaksikan majlis dialog ini setelah mendapat tahu mengenainya beberapa hari sebelum itu.

Mungkin dengan suasana politik yang tidak menentu di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini telah menjadi salah satu pemicu kepada kehadiran yang amat menggalakkan dari umat Islam dari sekitar Pulau Mutiara tersebut. Selain warga tempatan, beberapa orang warga Perak juga turut hadir yang membuktikan kesungguhan dan sikap ingin tahu mereka berkenaan Negara Khilafah yang diperjuangkan oleh HizbutTahrir, sebuah parti politik Islam antarabangsa yang aktif beraktiviti di Malaysia ini.

Ahli panel dialog kali ini ialah Ustaz Abdul Hakim Othman yang juga Presiden HTM dan Ustaz TarmiziSalleh yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat HTM. Kedua-dua ahli panel dihujani dengan soalan, baik secara lisan mahupun secarasmsyang dihantar ke nombor telefon bimbit moderator.

Seperti di Kedah, peserta yang hadir di Penang ini juga banyak menujukan persoalan praktikal mengenai jalan HT ingin mengambil alih kekuasaan tanpa pilihan raya dan tanpa demokrasi. Persoalan ini dijawab oleh kedua-dua ahli panel dengan memberikan contoh serta gambaranbagaimana banyak negara yang telah bertukar kepimpinan tanpa pilihan raya. Apa yang dilakukan oleh HizbutTahrir justeru mengambil jalan Rasulullah SAW, satu-satunya jalan yang benar di dalam mengubah pemerintahan.

Ahli panel kemudian mengajak si penanya dan seluruh peserta agar bersama dengan HizbutTahrirdan meninggalkan segala jalan lain untuk merubah pemerintahan khususnya jalan yang diajar oleh musuh-musuh Islam serta kembali ke jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hanya dengan jalan yang benar sahajalah, barulah perjuangan akan diberkati oleh Allah SWT dan Khilafah ala minhaj nubuwah akan kembali berdiri dengan membawa rahmat Allah ke seluruh alam.