Dr. M, Abdullah, Keng Yaik negarawan
Sumber : Utusan Malaysia 29/7/2009
Ya Dr M, Abdullah, Keng Yeik adalah tiga tokoh negara yang banyak memberikan sumbangan mereka kepada negara. Daripada ketiga-tiga orang itu Dr M dan Pak Lah lah yang paling banyak menyumbangkan jasa mereka kepada negara. Apakah jasa-jasa besar mereka berdua itu? Yang paling pastinya adalah mereka berdua iaitu Dr M dan Pak Lah adalah merupakan tokoh besar negara yang melangsungkan dan yang menerapkan sistem sekular Kapitalisme dan mengenepikan sistem Islam. Selaku pemimpin Islam yang pernah memerintah Malaysia mereka tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa takut kepada Allah SWT telah menerapkan sistem kufur yang ditinggalkan oleh penjajah. Ketika mereka berkuasa nampaknya kedua-duanya tidak merasa gentar dengan ancaman Allah SWT.
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. [TMQ Al Maa-idah (5) : 44].
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [TMQ Al Maa-idah (5) : 45].
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [TMQ Al Maa-idah (5) : 47].
Mereka berdua telah menjadi sebahagian dari mata rantai penerus sistem sekular Kapitalisme yang ada pada hari ini. Wahai Dr M dan Pak Lah! Ketahuilah bahawa jawatan yang telah engkau berdua duduki selama ini akan pasti dipersoalkan oleh Allah SWT. Ingatlah sabda Rasulullah SAW
“ Sesungguhnya kamu akan bercita-cita untuk dapat memegang suatu jawatan. Padahal pada hari kiamat nanti jawatan itu akan menjadi suatu penyesalan” [HR al-Bukhari, an-Nasa’i dan Ahmad].
Justeru itu masih ada peluang bagi kamu berdua untuk menebuskan segala kesilapan dan kesalahan kamu di masa lampau yang tidak menerapkan Islam ketika kamu berkuasa dengan kamu saat ini memilih perjuangan untuk bersama dengan Islam. Anwar Sadat telah pergi. Saddam telah pergi. Suharto sudah pergi. Assad sudah pergi. Ramai lagi yang seangkatan dan yang sefikrah dengan mereka telah pergi. Kamu berdua masih ada peluang. Renungilah firman Allah SWT “
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dialah Yang Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [TMQ Al Mulk (67) :2].