Dr M Kongsi Rahsia Kegagalan Di Akhirat
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berkongsi rahsia di sebalik kejayaan pembinaan projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) pada Pameran dan Persidangan Lebuh Raya Antarabangsa Plus (Piece) 2010 di Kuala Lumpur, pada 5 hingga 7 April ini.
Pengerusi Piece 2010 merangkap Pengarah Urusan Plus Expressway Berhad, Noorizah Abd Hamid, berkata Dr Mahathir yang mencetuskan idea pembinaan lebuh raya itu dijemput menjadi penceramah kehormat pada pameran dan persidangan berkenaan.
“Dr Mahathir mempunyai urusan di Bosnia ketika pameran dan persidangan berlangsung tetapi beliau sudah menyatakan persetujuan berkongsi pengetahuan dan pengalamannya dengan peserta menerusi sidang video khas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran rasmi pameran dan persidangan itu bertemakan ‘Lebuh Raya Abad Ke-21: Mencorak Masa Depan’ di Menara Korporat Plus, Persada Plus, di sini semalam. Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Yong Khoon Seng.
Sumber: Berita Harian 13/1/2010
Apabila umat jahil dan terus jahil maka Ulama dan Umara yang ‘jahat’ terus membawa umat kepada kemaksiatan tanpa berfikir panjang akibat dan balasan di akhirat
Dan apabila sesuatu kemaksiatan dibangga-banggakan dan menjadi pujian dan para pemimpin jahil di nilai hebat dan terbaik, maka terserlahlah senario dunia kaum Muslimin kini yang penuh dengan kejahilan dan ketandusan ilmu sehingga yang maksiat dikatakan kejayaan!
Tol adalah suatu jenis cukai yang haram dan satu bentuk rampasan duit rakyat yang secara terang-terangan menindas serta menganiaya rakyat, bagaimana mungkin ia boleh dianggap sebagai suatu kejayaan?
Wahai Mahathir! Wahai Najib!!, kamu akan menanggung siksa yang pedih terhadap apa yang kamu lakukan sekiranya kamu tidak bertaubat kepada Allah. Ingatlah wahai umat Islam bahawa kita tidak boleh redha dengan apa yang berlaku. Marilah kita bersama-sama mengubah kerosakan yang ada kepada cahaya kepimpinan yang datang dari wahyu Allah.
Berjuanglah untuk mengambalikan kehidupan Islam, wahai umat yang terbaik agar rahsia kejayaan yang akan dikongsi adalah kejayaan berjuang menegakkan agama Allah, kejayaan memberi segala kepemilikan kepada yang yang berhak dan kejayaan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan Allah sebagai pemimpin. Inilah rahsia kejayaan di dunia dan di akhirat.