Dunia Sengsara Di Bawah Sistem Kapitalis

 

capitalismeDi kala kemelut ekonomi global yang sedang melanda kebanyakkan negara-negara Eropah sambil merujuk kepada kebangrapan Grece, negara dikejutkan dengan pendedahan yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa bahawa Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun Mahathir pernah meminjam wang daripada Bank Dunia pada tahun 1997/1998. Dakwaan ini adalah berdasarkan kepada tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu daripada empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga dokumen yang didedahkan menunjukan jumlah pinjaman sebanyak US$60 juta telah dibuat oleh kerajaan Malaysia daripada Bank Dunia.

Tun Mahathir manafikan semua dakwaan yang didedahkan itu dan menyatakan bahawa dia tidak pernah membuat pinjaman dengan Bank Dunia sebelum ini. Dalam pada itu, melalui akhbar Utusan Malaysia, Tun Mahadir pula mendakwa yang pinjaman tersebut dibuat oleh Anwar Ibrahim yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Isu utamanya di sini adalah mengapa masing-masing perlu menafikan penglibatan dengan Bank Dunia? Apa yang menarik adalah tiada mana-mana pemimpin negara yang mahu dikaitkan dengan sebarang perjanjian dengan Bank Dunia, mengapa? Ini sudah tentu disebabkan kesan meminjam daripada Bank Dunia yang dikatakan boleh mengancam kestabilan ekonomi dan politik negara. Bayangkan jika Bank Dunia adalah sebuah bank yang dapat memberikan pinjaman yang memberikan manfaat tanpa syarat kepada sesebuah negara, sudah tentu tiada siapa pun yang mahu menafikan hubungan baik mereka dengan Bank Dunia, bahkan mungkin mereka akan dianugerahi pingat kebesaran kerana berjaya mendapatkan bantuan daripada Bank Dunia.

Bank Dunia adalah salah satu instrumen atau ‘senjata ekonomi’ barat khususnya Amerika untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara-negara dunia, tanpa mengira ianya sebuah negara Islam atau bukan. Jika ada yang menganggap penubuhan Bank Dunia itu adalah usaha untuk menyelamatkan ekonomi dunia, ia adalah anggapan yang tidak berasaskan kepada perkembangan ekonomi dunia sejak penubuhannya.

Buktinya, sejak krisis matawang pada tahun 1997 yang menyaksikan keseluruhan negara asia tenggara mengalami kegawatan ekonomi ekoran kejatuhan nilai matawang, dunia masih bergelut untuk pulih seperti sebelumnya.  Ia diburukkan lagi kegawatan ekonomi pada tahun 2008 yang sekali lagi melanda dunia. Kali ini ia dimulai dengan keruntuhan sektor pinjaman perumahan dan kemudian disusuli dengan keruntuhan sektor pelaburan yang sebelumnya sudah pun goyah di sebabkan faktor-faktor ekonomi yang lain di Amerika. Ia kemudiannya terus merebak ke seluruh dunia. Pada tahun ini sahaja kita dapat melihat kegagalan ekonomi yang melanda Eropah dengan hutang kalangan negara-negara utama Eropah seperti Itali, Portugal, Spain dan Grece terlalu tinggi sehingga Grece diisytiharkan bankrap disebabkan pinjaman dan bunga yang tidak mampu dibayar.

Oleh kerana ekonomi global berkait antara satu sama lain, kegagalan ekonomi di Eropah bakal membawa malapetaka kepada keadaan sosioekonomi negara-negara lain di dunia. Lihatlah kadar pengangguran yang tinggi, kadar jenayah yang meningkat, kos sara hidup yang tinggi dan pembahagian kekayan negara yang tidak adil dapat di lihat di negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalis pada masa ini.

Adakah kita sedar bahawa krisis ekonomi di Amerika pada tahun 2008 yang lalu telah menyebabkan ratusan penduduknya kehilangan tempat berlindung dan hidup dengan hanya berbumbungkan khemah. Banyak lagi fakta yang menunjukkan kegagalan sistem ekonomi kapitalis yang sudah jelas semakin hampir ke penghujung hayatnya. Oleh yang demikian, untuk mengelak kemusnahan dan kehancuran yang berterusan ini, maka sudah sewajarnya kita menukar sistem kufur ini dan kembali menerapkan syariat Islam yang hanya akan sempurna di bawah Sistem Khilafah.

Rujukan:

1. Harakahdaily

2. Utusan Malaysia