FB HTM telah dihapuskan oleh pihak FB
Dalam rangka menyekat solusi yang benar yang diberikan oleh Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) terhadap konflik yang berlaku di Palestin, pihak FB telah menghapuskan FB HTM tanpa apa-apa notis semalam (25/10/2023). FB HTM telah hilang dari “radar” sehingga pihak admin sendiri langsung tidak dapat mengaksesnya.
Turut dihapuskan oleh pihak FB ialah FB Jurucakap HTM. Manakala FB Hizbut Tahrir (HT) selain Malaysia yang juga menerima nasib yang sama ialah FB HT Britain, HT Amerika, HT Australia dan HT Netherlands, yang kesemuanya tidak dapat diakses sejak semalam.
Dalam pada itu, banyak posting oleh para pengguna FB yang tertera perkataan “Hizbut Tahrir” dan juga posting-posting lain yang dikongsi dari mana-mana FB HT, turut di”delete” oleh pihak FB.
HT di seluruh dunia secara konsisten menegaskan bahawa satu-satunya solusi yang benar untuk masalah Palestin ialah jihad dan Khilafah. Pemerintah wajib menggerakkan tentera kaum Muslimin ke Palestin bagi menyelamatkan penduduk Palestin dan seterusnya membebaskan Tanah Palestin Yang Diberkati dari cengkaman Yahudi La’natullah.
Di samping memuhasabah penguasa dan tentera kaum Muslimin, HT berjuang untuk menegakkan Khilafah, dan mempersatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu negara, yang dengan berdirinya institusi politik agung umat Islam ini, insya Allah Khalifah akan menggerakkan tentera ke Palestin dengan segera.
Solusi dari HT ini sangat ditakuti oleh musuh-musuh Allah, khususnya Yahudi dan kesemua sekutunya, sehingga banyak FB HT di seluruh dunia, sejak dulu hingga kini, sentiasa ditutup oleh pihak FB.
Kini, pihak FB sekali lagi menunjukkan “kebankrapan” idea mereka dalam melawan kebenaran, sehingga mengambil langkah drastik untuk menutup suara kebenaran, yang sesungguhnya berlawanan dengan pegangan mereka sendiri berhubung kebebasan bersuara.
Apa pun usaha dan perancangan mereka, kita yakin bahawa ia akan menemui kegagalan, kerana Allah (swt) akan terus memenangkan suara dan usaha di jalan kebenaran sebagaimana janji-Nya.