Dunia telah ‘di set’ untuk mengaitkan Muslim dengan keganasan

brussel_attackSeorang daripada suspek dalam serangan berani mati di Brussel pernah ditahan dan diusir oleh pihak berkuasa Turki pada tahun lalu dan Belgium dipercayai mengabaikan amaran tentang identiti lelaki itu yang merupakan seorang militan. Itulah penjelasan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berkata, pihaknya mengenal pasti suspek itu sebagai Ibrahim El Bakraoui, seorang daripada dua beradik yang dinamakan pihak berkuasa Belgium sebagai pengebom berani mati dalam serangan di Brussels Rabu 23 Mac lalu.

Menurut Erdorgan, Ibrahim pernah ditahan pada Jun tahun lalu dan proses pengusiran suspek dimaklumkan kepada Kedutaan Belgium di Ankara sebulan selepas itu. Namun suspek dibebaskan selepas tiada kaitan dengan apa-apa aktiviti keganasan. “Belgium mengabaikan amaran Turki bahawa Ibrahim seorang anggota militan,” kata Erdogan yang dipetik agensi berita antarabangsa Reuters pada Khamis 24 Mac.

Sudah maklum dalam dunia hari ini yang jika berlaku serangan bom di tempat awam, apatah lagi di negara kaum kafir, maka tudingan akan terus dilakukan ke atas Muslim. Itulah mindset yang berjaya ditanam oleh puak kuffar kepada dunia di mana apabila terdengar sahaja berita tentang letupan bom di tempat awam, maka benak setiap orang akan terus mentafsirkan yang pelakunya adalah Muslim!

Ia tidak berakhir di situ, kerana kerajaan negara terbabit dan kerajaan kuffar seluruh dunia akan terus mengetatkan pemantauan mereka ke atas kaum Muslimin dan dalam masa yang sama masyarakat non-Muslim akan terus mencurigai, memandang serong, malah sampai ke tahap memulau, mencemuh dan menyakiti kaum Muslimin dari pelbagai sudut. Inilah realiti yang berlaku di negara-negara Eropah dan Amerika.

Keadaan ini diperparah jika ada di kalangan kumpulan bersenjata seperti IS, al-Qaeda, Taliban dan lain-lain, mengaku bertanggungjawab. Ia bukan sahaja akan memburukkan imej Islam, malah akan menambahkan lagi kejahatan kaum kafir ke atas kaum Muslimin secara umumnya.

Majoriti umat Islam memahami bahawa melakukan tindakan keganasan, termasuklah pengeboman di tempat awam adalah haram. Hanya segelintir sahaja yang sama ada terkeliru atau tidak memahami nas, yang membolehkan tindakan kejam lagi haram ini. Namun, walaupun ternyata sangat sedikit kelompok Muslim yang melakukan hal ini, keseluruhan kaum Muslimin diletakkan di kandang salah oleh Barat, ibarat seekor kerbau membawa lumpur, kesemuanya turut terpalit.

Itu dari satu sudut. Manakala dari sudut yang lain, berapa banyak kejadian serangan yang ternyata penuh dengan keraguan, malah ada yang mengandungi bukti bahawa kaum Muslimin tidak terlibat dalamnya dan ia hanyalah rekayasa puak kuffar semata-mata. Berapa banyak serangan, pembunuhan dan pengeboman yang melibatkan kematian jutaan kaum Muslimin di seluruh dunia, ternyata disebabkan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya dari negara Barat. Barat adalah pembunuh dan pengganas yang sudah terang lagi bersuluh melakukan keganasan ke atas kaum Muslimin di pelbagai belahan dunia!

Namun, malangnya tidak ada seorang pemimpin Muslim pun yang berani bersuara bahawa Amerika dan entiti Yahudi-lah yang sebenarnya pengganas No. 1 dunia, diikuti oleh Britain, Perancis, Rusia dan sekutu-sekutu mereka. Merekalah yang tidak henti-henti melakukan serangan, pengeboman dan pembunuhan ke atas umat Islam sejak sekian lama.

Setiap kali serangan bom yang mengorbankan beberapa orang kafir, seluruh dunia mengutuk serangan tersebut dan mengatakannya sebagai tindakan keganasan, tetapi apabila AS, Yahudi dan sekutu-sekutu mereka melakukan serangan dan membunuh ratusan ribu umat Islam, dunia hanya berdiam diri dan jika bersuara sekalipun, dunia mengatakan bahawa itu adalah tindakan untuk keamanan.

Inilah hakikat definisi “pengganas” dan “keganasan” yang telah di set oleh Barat untuk di imani oleh penduduk dunia.