Festival Islam, Hanyalah Retorik Belaka

Rosmah ajak isteri Obama perkenal busana Islam

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berharap dapat berjumpa dengan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama bagi menyampaikan hasrat untuk mengadakan Festival Fesyen Islam di Amerika Syarikat pada masa akan datang.

Katanya, beliau berkemungkinan akan menyuarakan hasrat itu apabila menghadiri Persidangan Nuklear bersama suami, Datuk Seri Najib Razak di Washington pada April tahun depan.

“Ketika perjumpaan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Singapura, baru-baru ini beliau ada menjemput suami saya untuk menghadiri persidangan itu jadi saya harap dapat mengutarakan cadangan ini kepada beliau atau isterinya sekiranya kami berjumpa.  

Sumber: Berita Harian 18/11/09

Apakah Rosmah Lupa Kepada Dirinya Sendiri?

Bagaimana mungkin sebagai seorang Muslim kita dapat menerima idea Rosmah yang bercita-cita mengadakan Festival Fesyen Islam di Amerika Syarikat sedangkan beliau sendiri tidak berpakaian sebagaimana yang sewajibnya dipakai oleh seorang muslimah yang sejati. Untuk tujuan apa beliau bercadang mengadakan festival pakaian itu? Apakah untuk berdakwah? Inilah akibatnya apabila seseorang Islam itu melihat kehidupan dunia hanya dengan pandangan manfaat semata dan bukannya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Islam sebagai suatu cara hidup telah dengan jelas memperincikan pakaian yang wajib dipakai oleh umatnya termasuklah oleh seorang muslimah.

Wahai Rosmah! Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Wahai Rosmah! Pakaian yang wajib dipakai oleh seorang muslimah ketika berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat ialah jilbab dan khimar(tudung).  Semoga dengan penjelasan berkenaan aurat bagi seorang wanita sebagaimana di atas diharap akan memberikan suatu kesedaran kepada seluruh muslimah amnya dan khususnya Rosmah akan kewajiban yang sepatutnya ditunaikan oleh beliau untuk membuktikan bahawa dirinya adalah seorang muslim yang sejati. Bukannya hanya sekadar melihat pakaian muslimah itu dengan nilai manfaat semata-mata.