FORUM WANITA: Agenda Petualang Umat Islam Terhadap Wanita Dan Kanak-kanak

img_00091AHAD 29 September, KUALA LUMPUR- Sempena Kempen Tolak Obama (KTO) yang dilancarkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) dengan kerjasama Khilafah Centre kali ini mengambil kesempatan menganjurkan sebuah Forum Wanita yang amat penting. Forum yang bertajuk ‘Agenda Petualang Umat Islam Terhadap Wanita dan Kanak-kanak’ ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Kalsom, Hotel Adamson. Forum ini telah dihadiri oleh muslimah daripada seluruh Malaysia, samada di usia muda dan tua, golongan surirumah dan profesional serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Forum ini turut ditayangkan secara langsung di laman sesawang rasmi HTM dan mendapat liputan sehingga ke negara-negara jiran.

Ustazah Aisyah Rahmat, selaku Ketua MHTM telah menyampaikan ucapan perasmian dengan menjelaskan tujuan forum ini dianjurkan iaitu untuk membuka mata dan fikiran para muslimah tentang agenda kufur di sebalik kedatangan Obama ke Malaysia pada 11-12 Oktober 2013 nanti untuk menghadiri Persidangan Keusahawanan Global di Kuala Lumpur.

Forum yang dipengerusikan oleh Saudari Khadijah berlangsung sebanyak tiga pusingan. Dalam pusingan pertama, Ustazah Nurul Ilmi membongkar realiti bahawa perempuan di dunia Islam seperti di Palestin, Iraq dan Afganistan sejak puluhan tahun terus mengalami berbagai penderitaan, kemiskinan, penyiksaan, pelecehan hingga terabaikannya hak-hak mereka. Sementara itu, kaum muslim di beberapa negara lain, terutamanya di Timur Tengah sedang menghadapi konflik percaturan politik yang jahat dan sedang menanggung kesan buruknya. Jelas beliau lagi, sistem demokrasi yang dibawa oleh Barat yang kini diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) adalah punca kepada  penderitaan kepada umat. Barat membawa demokrasi untuk diterapkan di tengah-tengah kehidupan umat Islam untuk merosakkan generasinya.

Ustazah Husna juga menerangkan bahawa Muslimah di dunia telah dirosakkan oleh Barat. Ramai wanita di dunia dieksploitasi melalui pelacuran atau pelecehan seksual di tempat kerja. Penganjuran pertandingan Miss World menunjukkan bahawa tubuh wanita dianggap sebagai aset yang wajib dieksploitasi agar memperoleh keuntungan besar. Tambahan lagi, tudung dan jilbab pula dituduh sebagai bentuk pengekangan terhadap aktiviti wanita. Ini berpunca daripada perang pemikiran yang dilancarkan oleh Barat untuk mempromosikan cara hidup dan nilai-nilai kufur iaitu sekularime dan liberalisme/kebebasan. Kesannya, golongan muda menghadapi krisis keperibadian/identiti. Mereka bertindak semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu dan kehendak untuk melakukan sesuatu.

Panelis ketiga iaitu Ustazah Ummu Hajar pula menjelaskan agenda kufur Barat dari sudut ekonomi. Wanita dan kanak-kanak berhadapan dengan masalah ekonomi seperti kemiskinan, pengangguran, kekurangan kemudahan awam dan sebagainya kerana diterapkannya sistem Kapitalisme yang menjual sumberdaya milik rakyat kepada pihak individu asing.  Semua realiti ini menunjukkan bahawa Amerika sangat membenci Islam dan umat Islam. Mereka juga dengki terhadap pelbagai kekayaan alam yang dianugerahkan Allah, yang terhampar di bumi umat Islam. Ia menimbulkan kerakusan dan ketamakan mereka. Jadilah mereka “para perompak” yang merompak kekayaan negeri umat islam dan dibantu oleh kaki tangan mereka iaitu dalam kalangan umat Islam sendiri. Barat juga takut dengan penyatuan Negara Islam yang merupakan ancaman besar kepada Negara  imperialis Barat. Apatah lagi jika ia dibangunkan atas ideologi yang benar (Islam). Idelogi yang berasaskan akidah Islam dan disebarkan oleh institusi politik Islam yang menerapkan syariat Islam, iaitu Daulah Khilafah Islam yang akan membebaskan Negara-negara Islam dengan jihad inilah yang ingin dihancurkan oleh Amerika.

Dalam pusingan kedua, Nurul Ilmi menyenaraikan strategi yang digunakan oleh Amerika untuk melaksanakan agendanya iaitu dengan memainkan peranannya sebagai salah satu kuasa utama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan kewangan seperti Bank Dunia, menyokong badan-badan bukan kerajaan yang mempromosikan idea kebebasan, merekrut agen-agen dalam kalangan umat Islam, mengawal media dan kurikulum pendidikan serta melancarkan kempen-kempen global seperti War Against Terrorism yang dipaksakan ke atas masyarakat dunia untuk menerimanya.

Husna menyatakan bahawa segala permasalahan dunia umat Islam sekarang masih belum dapat diselesaikan kerana tiga faktor iaitu jauhnya umat daripada ajaran Islam yang syumul, pengkhianatan penguasa umat Islam dan kuatnya semangat nasionalisme dalam diri umat Islam. Dalam ketiga-tiga faktor ini, Amerikalah yang merupakan negara petualang dalam membinasakan umat Islam dan memastikan umat Islam tetap berada dalam cengkaman mereka. Mereka menusukkan racun melalui media-media, perjanjian antarabangsa, pembohongan kaum liberal, agen-agen mereka yang terdiri daripada pemimpin muslim dan banyak lagi. Ianya campur tangan asing dalam negara umat Islam yang semakin menambah parah.

Ummu Hajar mengajak umat Islam supaya memupuk kesedaran politik dalam diri mereka iaitu dengan menjadikan dakwah dan amar makruf nahi mungkar sebagai mekanisme untuk mengelakkan umat yang mulia ini daripada diperalatkan oleh agen-agen kafir. Aktiviti dakwah ini menjadi gelanggang untuk umat Islam melengkapkan diri untuk menolak idea-idea kufur melalui kajian tentang Islam dengan mendalam. Mereka juga mesti menyedari bahawa selain menolak idea Kufur, mengembalikan syariat Islam dalam kehidupan adalah satu kewajipan dengan cara menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan menyelesaikan permasalahan dan penderitaan umat.

Peserta forum memberikan respon yang sangat positif apabila banyak soalan diajukan kepada para panelis. Ini jelas menunjukkan muslimah memang mengambil berat permasalahan umat Islam dan berkeinginan untuk bertindak sesuai dengan syariat Islam. Seterusnya, forum diakhiri dengan pusingan penggulungan hujah. Nurul Ilmi menekankan bahawa kaum wanita perlu sedar tentang pelbagai agenda kufur Barat  terhadapa mereka. Husna mengingatkan wanita bahawa peranan mereka bukan setakat ibu dan isteri, tetapi juga pendakwah. Mereka wajib melakukan dakwah sama seperti lelaki. Ummu Hajar pula menyeru wanita untuk menegakkan Daulah Khilafah kerana di bawah pemerintahannya, wanita akan terpelihara kehormatan dan maruahnya. Beliau turut mengajak para peserta berdiri dan bersama-sama melaungkan slogan “Tolak sistem kufur Barat, Tegak Daulah Khilafah, Terap Syariat Islam…

Sidang media turut diadakan dengan kehadiran beberapa wakil media dan soalan-soalan yang diutarakan dijawab oleh tiga orang ahli panel. Sebagai penutup, dewan digamatkan dengan laungan takbir dan kalimah syahadah oleh para peserta. Pihak penganjur dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran para peserta dan sokongan yang diberikan dan kami menyeru muslimah sekalian termasuk yang tidak dapat hadir ke forum tersebut untuk menyertai HTM dalam demontrasi aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 4 Oktober 2013 sebagai satu lagi tindakan dalam membela nasib saudara kita di seluruh dunia.

Gambar-gambar di sekitar “Forum Wanita: Agenda Petualang Umat Islam Terhadap Wanita dan Kanat-kanak” yang telah di adakan pada 29 September 2013 (Ahad) di Dewan Perdana Seri Kalsom, Hotel Adamson, Off Jalan Raja Muda Aziz.