Gadai Nyawa Kaum Muslimin Demi Kepercayaan Kepada KAFIR?

KABUL 23 Feb. – Komander tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral Stanley McChrystal hari ini memohon maaf kepada rakyat Afghanistan kerana serangan udara yang membunuh penduduk awam, kelmarin.

McChrystal dalam siaran video yang diterjemahkan ke dalam bahasa Dari dan Pashtun melalui laman web NATO turut berjanji untuk berusaha mendapat balik kepercayaan rakyat negara ini.

Pegawai Afghan berkata, sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam serangan itu di wilayah Uruzgan, tengah Afghanistan.

“Saya berjanji memantapkan usaha kami bagi mendapatkan kembali kepercayaan anda untuk membina masa depan lebih cerah bagi seluruh rakyat Afghanistan.

“Saya telah melancarkan siasatan menyeluruh bagi mencegah kejadian begini daripada berulang,” kata McChrystal dalam video itu.

Beliau memohon maaf secara langsung kepada Presiden Hamid Karzai kelmarin, sejurus selepas serangan tersebut dan siaran video hari ini menandakan satu lagi usaha tentera bersekutu untuk menjalankan kempen perhubungan awam yang intensif.

Serangan jet-jet NATO kelmarin, ke atas satu konvoi kenderaan yang disyaki membawa militan ialah serangan paling dahsyat ke atas penduduk awam dalam tempoh enam bulan dan mencetuskan kritikan hebat daripada kerajaan Afghan.

Insiden itu berlaku ketika NATO masih mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan terhadap serangan besar-besaran tentera ke atas kedudukan Taliban di selatan menerusi strategi yang melibatkan segala langkah yang perlu bagi melindungi orang awam.

Kematian penduduk awam tersebut juga berlaku pada hari ke-10 operasi besar-besaran tentera NATO, AS dan Afghan untuk menggempur pemberontak Taliban di pekan Marjah, wilayah Helmand.

Misi operasi adalah untuk menumpaskan Taliban, menubuhkan sebuah kerajaan tempatan dan membawa masuk bantuan bagi mendapatkan sokongan penduduk tempatan. – AP

Sumber : Utusan Malaysia Online 24/02/2010

Gadai Nyawa Kaum Muslimin Demi Kepercayaan Kepada KAFIR?

Untuk kesekian kalinya, AS dan NATO serta sekutunya menjadi penjenayah perang! Biarpun terkenal dengan kelengkapan canggih teknologi persenjataan, satelit, pengesan dan pelbagai teknologi yang lain, namun ‘kesilapan’ menyerang orang awam di kalangan kaum Muslimin masih berlaku! Inilah suatu ‘keajaiban’ yang sebenarnya dikaburi dengan alasan bagi menutup kebusukan niat jahat AS dan sekutu kuffar yang lainnya. Memohon kemaafan secara terbuka kononnya mampu menutup sikap terlaknat yang mereka miliki! Inilah salah satu agenda kuffar Barat dalam menginjak kaki kotor mereka ke atas kaum Muslimin, apakah kita masih lega, leka dan bahkan berterima kasih atas sikap mereka itu??

Kaum Muslimin terus berpeluk tubuh, berdiam diri tanpa berbuat apa-apa! Sempadan bangsa (national borders) masih mengikat kaki tentera umat Islam dari membela nasib kaum Muslimin di perbatasan yang bergolak terus bergolak. Polisi luar negeri-negeri umat Islam masih berlegar di sekitar meja rundingan dan pejabat-pejabat pemerintah sekular! Urusan apakah yang mereka kehendaki? Ternyata kedudukan para pemerintah dan tukang runding selesa dan aman di sisi kuffar Barat, kerana merekalah yang sebenarnya menundukkan kemuliaan kaum Muslimin. Merekalah yang menghalang kebangkitan Islam, merekalah sebenarnya PENGKHIANAT! Semoga Allah melaknati mereka di dunia dan akhirat..

Kaum Muslimin sepatutnya mulai sedar. Saban hari berita duka nyawa, darah dan harta umat Islam menjadi topik di dada-dada akhbar. Sampai bilakah mereka akan terus ‘dihiburkan’ dengan berita sebegini? Kaum Muslimin sepatutnya bangkit, menolak kekuasaan sekular dari pemimpin-pemimpin boneka kuffar Barat ini. Mengangkat seorang Khalifah yang memimpin Daulah Islam, menerap syariah di dalamnya dan melaksanakan dakwah serta jihad bagi menyebarluaskan Islam ke seluruh penjuru dunia merupakan suatu yang cukup urgen. Hanya dengan Khilafahlah syariah dapat diterap dan maruah kaum Muslimin dikembalikan pada posisi yang sebenarnya.

Ya Allah! Ya Rabb! Ampunilah dosa kami.. Kami mohon dengan sifat Maha PengasihMu, selamatkanlah saudara-saudara kami di sempadan sana yang sedang diserang oleh kaum kuffar. Kami mohon dengan sifat Maha Perkasa Mu, kembalikanlah kepada kami kekuasaan Daulah Islam, Daulah Khilafah yang Engkau janjikan kepada kami, agar mampu kami perjuangkan DeenMu ini dengan harta dan titisan darah kami. Dengan kemuliaan itu, kami akan hancurkan sehancur hancurnya kekufuran dan musuh kami yang celaka itu. Ya Allah! Perkenankanlah doa kami segera.. kami sangat-sangat memohon kepadaMu saat ini.. Amin ya Allah! Amin ya Rabbal ‘Alamin.