AS dan Negara Barat Mula Menjajah Negeri Kaum Muslimin di Afrika

altDengan Alasan Melindungi Orang Awam, AS dan Negara Barat Mula Menjajah Negeri Kaum Muslimin di Afrika
Amerika Syarikat dan sekutunya adalah negara penjajah yang sentiasa memanfaatkan setiap kesempatan yang ada untuk campur tangan dalam urusan negeri-negeri kaum Muslimin. Yang terbaru dilaporkan, jet-jet pejuang pengganas AS dan sekutunya telah mula melancarkan peluru berpandu ke kawasan Tripoli, Libya pada pagi Ahad yang lalu.

Pasukan asing tersebut melancarkan serangan udara terhadap Libya setelah para pegawai daripada beberapa negara bertemu di Paris pada hari Sabtu yang lalu, dan mereka bersetuju untuk melakukan campur tangan tentera secara besar-besaran dengan alasan untuk menghentikan serangan yang dilancarkan oleh pasukan Ghaddafi terhadap orang awam. Wakil daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis, UAE dan Qatar hadir dalam pertemuan tersebut.

Dilaporkan bahawa pesawat-pesawat perang Perancis telah memulakan serangan dengan menembak pasukan pemerintah Libya di timur kota Benghazi, yang merupakan kubu kuat kumpulan anti-pemerintah.
Campur tangan Perancis tiba setelah pasukan yang setia kepada penguasa Libya sudah mula untuk mendekati pemberontak di bahagian Libya, walaupun  gencatan sejata telah diisytiharkan oleh Ghaddafi pada Jumaat sebelum itu.

Selain itu, pada hari Sabtu yang lalu, pasukan AS dan Britain telah melancarkan sekurang-kurangnya  110 buah peluru berpandu  Tomahawk ke Libya yang menumpu ke kawasan pertahanan udara Ghaddafi. Dilaporkan bahawa peluru berpandu tersebut menimpa pasukan pro pemerintah.

Siaran televisyen Libya melaporkan bahawa serangan terbaru telah mengorbankan seramai 48 orang dan mencederakan 150 orang yang lain. Media Libya menyatakan bahawa yang terkorban kebanyakannya terdiri daripada orang awam.

Pasukan Libya anti pemerintah mendapat inspirasi daripada revolusi yang berjaya menggulingkan penguasa diktaktor di negara-negara jirannya iaitu Tunisia dan Mesir. Mereka kini berjuang untuk menggulingkan pula Ghaddafi setelah lama menderita di bawah pemerintahan yang zalimnya selama lebih daripada 41 tahun.

Sebelum ini, resolusi PBB mengatakan bahawa Libya telah memberi lampu hijau kepada barat untuk melancarkan serangan ketenteraan sama ada atas alasan untuk membetulkan keadaan atau untuk melindungi orang awam.

Sejarah telah merakamkan bahawa serangan dari Barat memang sekali-kali tidak boleh dipercayai. Barat memiliki sejarah yang panjang dalam usaha mereka untuk mengejar kepentingan kolonial dengan melakukan campur tangan yang bertopengkan isu kemanusiaan, liberalisasi, hak asasi manusia dan melindungi rakyat daripada pemerintah zalim mereka.

Campur tangan di Iraq, Somalia dan Afghanistan telah menyebabkan perang yang berpanjangan dengan kematian orang awam yang begitu banyak di tangan Barat. Semua ini menunjukkan bahawa AS bukan sekadar pengganas, tetapi pembunuh kaum Muslimin.

Umat hari ini hanya memerlukan satu kesatuan politik yang akan mengerahkan tentera-tentera mereka untuk melindungi umat daripada cengkaman para pemerintah korup dan juga kolonial Barat. Sudah tiba masanya untuk umat bersegera menegakkan kembali Khilafah Rasyidah sebagai perisai umat, satu-satunya institusi yang mampu mengembalikan semula kewibawaan umat ini.

Sumber : Syabab.com