SN391 – KEPADA ANGKATAN TENTERA DI NEGERI-NEGERI KAUM MUSLIMIN…

 
SN keluaran 18 Julai 2014

Bismillahirrahmanirrahim


Kepada Angkatan Tentera Di Negeri-negeri Kaum Muslimin, Khususnya Di Negeri-negeri Sekeliling Gaza!
Tidakkah Darah Yang Mengalir Dalam Urat Nadi Kalian Mendidih Akibat Kejahatan-kejahatan Yahudi Sehingga Kalian Tergerak Untuk Menolong Warga Palestin?
[SN391] Untuk hari keenam berturut-turut, entiti Yahudi perampas Palestin menghujani penduduk Gaza dengan pelbagai jenis senjata pemusnah, sehingga berlanjutan kejahatan mereka bukan sahaja ke atas manusia, malah pepohonan dan batuan…menghancurkan rumah-rumah di atas kepala penghuninya, manakala mereka yang terselamat dari reruntuhan itu dikejar pula dengan peluru-peluru berpandu, dalam keadaan mereka berjalan kaki mahupun berkenderaan…Serangan ini juga menimpa masjid-masjid, bahkan pusat penjagaan orang kurang upaya pun turut tidak terlepas dari kejahatan-kejahatan mereka itu.

Dalam keadaan kejahatan-kejahatan ini terus meningkat dan meluas, namun negara-negara sekitar Gaza hanya sibuk menghitung jumlah korban dan yang tercedera. Cara terbaik yang mereka usahakan (untuk membantu) hanyalah dengan membuka pintu sempadan kepada mangsa yang cedera. Tindakan mereka itu seolah-olah mengatakan, “Jika kamu (wahai warga Palestin) ingin keluar dari kepungan Gaza (dan ingin menuju ke tempat kami), maka kamu mestilah berada dalam keadaan cedera parah dan bukan cedera biasa (barulah kami benarkan)…(dan kami ucapkan) Selamat datang wahai para mangsa yang sedang cedera yang darahnya sedang mengalir!”

Demikianlah para penguasa ini, kadang-kadang hanya memberi bantuan derma, padahal tidak diragui sedikit pun yang mereka faham bahawa orang-orang yang sedang terancam dengan pembunuhan itu menginginkan ada orang yang boleh menghalangi pembunuhan itu ke atas dirinya, sebelum mereka ditawarkan dengan makanan! Kemudian para penguasa ini pula hanya melakukan mediasi (menjadi orang tengah) dan mengambil sikap neutral (berkecuali)! Mereka mengharapkan itu dan ini, malah mereka tunduk kepada pihak itu dan ini. Mereka melakukan mediasi untuk mewujudkan gencatan, setelah entiti Yahudi menumpahkan darah penduduk Gaza, lalu berlakulah gencatan, yang dipandang (dijadikan) oleh entiti Yahudi sebagai waktu untuk perajurit mereka beristirehat…Kemudian ia mencabulinya serta kembali kepada putaran seterusnya dan beginilah kejadian ini berputar-putar! Meskipun begitu, para penguasa yang ada sekeliling Gaza mahupun yang jauh dari Gaza, terus sahaja bersikap neutral. Semua itu untuk memuaskan hati Barat serta Yahudi tanpa mereka merasa malu kepada Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman!

Sesungguhnya bukanlah hal yang aneh dan asing apabila para penguasa di negeri-negeri tersebut bertindak hina dan bacul seperti ini. Hal ini sudah menjadi kebiasaan penguasa-penguasa ini sejak umat ini diuji dengan keberadaanmereka. Akan tetapi, apa yang pelik lagi menghairankan adalah para tentera yang didampingi senjata serta menjalani kehidupan bersama-sama senjata tersebut untuk menolong agama dan saudara-saudara mereka, bagaimana mungkin mereka hanya menyaksikan serta mendengar dentuman bom dan bedilan yang kuat ke atas saudara-saudara mereka yang sedang bersiramkan darah sambil menjerit meminta pertolongan, namun tiada siapa pun di kalangan mereka yang menyahut jeritan tersebut?!

Dalam keadaan para penguasa menolak (untuk bergerak) dan para tentera pula kaku dan membisu, di manakah bapa-bapa, saudara-saudara lelaki dan anak-anak lelaki mereka? Mengapakah kalian tidak memobilisasi mereka untuk berjihad di jalan Allah, lalu mereka menolong hamba-hamba Allah dan membebaskan negeri-negeri? (Jika demikian) Jadilah dengan jihad putera-putera kalian, kalian berada dalam kenikmatan dan kemuliaan daripada Allah, kerana jihad adalah mahkota Islam…kerana itu cetuskanlah kekuatan serta ketakwaan dalam diri mereka. Cetuskanlah agar mereka menolong kaum Muslimin yang sedang ditimpa oleh kejahatan-kejahatan Yahudi!

“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam (urusan pembelaan) agama, maka kalian wajib memberikan pertolongan” [TMQ al-Anfal (8):72].

Kejutkanlah mereka agar mereka tidak berdiam diri terhadap sebarang kezaliman atau penindasan. Mereka hendaklah mengengkari kezaliman dan pengkhianatan penguasa mereka kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Dengan demikian, kalian telah membentengi mereka dari kehinaan dunia dan azab akhirat.

Wahai angkatan tentera di negeri kaum Muslimin, khususnya di negeri sekeliling Palestin!

Tiadakah di kalangan kalian orang yang bijak yang berbuat kebaikan, lalu dia memimpin sahabat-sahabatnya dari kalangan tentera untuk menolong Gaza, sehingga dengan itu tertulislah untuknya di atas lembaran-lembaran putih bersih, kemuliaan di dunia dan akhirat?

Tiadakah di kalangan kalian orang yang akan mengulangi sejarah para panglima yang agung dalam tentera Islam, yang, hanya kerana jeritan meminta pertolongan daripada seorang wanita, maka  dia mengerahkan satu ketumbukan tentera yang besar seraya melaung dengan lantang, “Wahai tentera Allah, bergeraklah!”

Sungguh merupakan satu perkara yang dapat diindera dan dirasai bahawa para penguasa itu mengerahkan segenap usaha untuk menghalang kalian dari memerangi musuh kalian. Penguasa itu menginginkan agar kalian memerangi warga kalian sendiri demi melindungi mereka…Siapakah yang menjaga para penguasa itu jika bukan kalian? Sesungguhnya urusan mereka itu ada di tangan kalian. Jika kalian berdiri menentang mereka dan kalian bergerak (untuk berperang) dan menolong Gaza yang bermaksud kalian telah menderhakai mereka, maka kalian sebenarnya telah beruntung kerana sesungguhnya kalian telah memenuhi sabda Rasulullah,

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah” [HR Ahmad dan Tabrani].

Justeru, ada-kah seorang lelaki yang bijaksana yang akan menolong Allah dan RasulNya? Tiadakah di kalangan kalian orang-orang seperti Mus’ab bin Umair, As’ad bin Zurarah, Usaid bin Hudhair atau Saad bin Muaz yang telah menolong Allah dan RasulNya, sehingga mereka telah beruntung di dunia dan akhirat, bahkan sehingga arasy Allah bergoncang kerana kematian Saad bin Muazdi atas pertolongannya terhadap agama Allah. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA. Aku mendengar Nabi SAW bersabda,

“Arasy ar-Rahman telah bergegar kerana kematian Saad bin Muaz”

Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang seperti mereka? Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang cerdas yang akan mengulangi sejarah mereka, para tokoh pahlawan itu, lalu ia menegakkan Khilafah dan mewujudkan seorang Khalifah sehingga Khalifah itu tidak akan menghalang kalian dari memerangi musuh kalian, sebaliknya ia akan memimpin kalian, sebab seorang Imam (Khalifah) itu merupakan tempat di mana orang-orang berperang di belakangnya? Imam Muslim telah mengeluarkan hadis dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda,

“Sesungguhnya Imam adalah perisai, umat berperang dan berlindung di belakangnya”.

Seterusnya, tercapailah melalui kepimpinan Khalifah tersebut, penghapusan entiti Yahudi dan kembalilah bumi yang diberkati itu sepenuhnya ke pangkuan Darul Islam…Khalifah itu akan mengulangi sejarah Umar al-Faruq yang membebaskan al-Quds serta tanah-tanah yang diberkati disekelilingnya, mengulangi sejarah Salahuddin yang membebaskannya daripada tentera Salib dan mengulangi sejarah Sultan Abdul Hamid II yang telah menjaganya dan menganggapnya lebih mahal dari nyawanya sendiri….

Sesungguhnya kita mengerti bahawa malaikat tidak akan turun dari langit bagi menegakkan Khilafah untuk kita dan memimpin pasukan untuk membolehkan kita menghapuskan entiti Yahudi serta membebaskan Palestin. Akan tetapi Allah SWT akan menurunkan malaikat yang akan menolong kita jika kita berusaha dengan serius dan sungguh-sungguh serta jujur dan ikhlas untuk mengembalikan kehidupan Islam di muka bumi ini dan menegakkan Khilafah. Khilafah akan menggerakkan bala tentera untuk memerangi Yahudi dan menolong agama Allah. Pada waktu itu, Allah Yang Maha Gagah Lagi Maha Perkasa akan menurunkan kekuatan yang hebat iaitu para malaikat yang akan membantu kita dan bukannya berperang mewakili kita. Al-Quran al-Karim telah menyebut situasi ini,

“Ya (cukup), jika kalian bersabar dan bersiap-siaga, sementara mereka datang menyerang kalian seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda” [TMQ Ali Imran (3):125].

Apabila kita bersabar, bertakwa dan melawan musuh di dalam peperangan, maka Allah SWT akan membantu kita dengan lima ribu malaikat…Inilah jalan untuk menolong Gaza dan menolong umat Islam di mana sahaja. Firman Allah,

“Untuk kemenangan serupa ini, hendaklah berusaha orang-orang yang berusaha” [TMQ al-Saffat (37):61].

Wahai kaum Muslimin! Wahai angkatan tentera di negeri kaum Muslimin, khususnya negeri-negeri sekeliling Gaza!

Sesungguhnya kejahatan-kejahatan Yahudi terus berlangsung di bumi Gaza, sementara para penguasa tetap diam dan berpeluk tubuh, enggan menolong warga Gaza. Bahkan laungan biasa dalam bentuk kecaman dan kutukan pun nyaris tidak lepas dari pangkal kerongkong mereka. Jika ada pun, secara malu-malu sahaja. Walhal sikap gagah berani warga Gaza dengan senjata ciptaan sendiri sahaja telah berjaya membinasakan musuh, membuatkan mereka berdarah dan menakutkan mereka…Bagaimanapun, masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan melenyapkan entiti Yahudi. Sedangkan mengalahkan musuh serta melenyapkan entitinya memerlukan kepada angkatan tentera yang bergerak menghentam entiti itu dengan sungguh-sungguh…Kaum kafir imperialis pendukung entiti Yahudi dan para ejennya telah berjaya menyempitkan isu Palestin dari isu Islam kepada isu bangsa Arab, kemudian hanya kepada isu tanah air Palestin, itu pun hanyamenjadi sebahagian daripadaisu sahaja!

Sungguh telah jelas kepada setiap insan yang memiliki dua mata, bahawa Palestin tidak akan bebas sepenuhnya melainkan apabila ia kembali menjadi isu Islam semula. Dengan demikian, masalah Palestin menjadi masalah setiap Muslim, sama ada orang awam atau pun tentera, dari penjuru timur di Indonesia hinggalah ke penjuru barat di Ribath. Dengan itu pula setiap Muslim akan memahami bahawa Palestin bukanlah sebuah negeri sahabat atau negeri saudara kandung, malah ia merupakan nyawa, tanah, kehormatan dan kewajipan… Sesungguhnya kaum Muslimin itu laksana tubuh yang satu,

“Apabila salah satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuh akan merasa sakit dengan berjaga dan demam” [HR Muslim daripada Nukman bin Bashir].

Wahai angkatan tentera di negeri kaum Muslimin, khususnya di negeri sekeliling Gaza!

Sesungguhnya HizbutTahrir menyeru kalian dan menarik perhatian kalian, bahawa bumi yang diberkati itu adalah inti negeri kaum Muslimin, kiblat pertama mereka, serta tempat isra’ dan mi’rajnya Rasul mereka SAW. Kerana itu, berangkatlah kalian ke medan jihad untuk memerangi musuh kalian serta menolong warga kalian sebagaimana firman Allah,

“Berangkatlah kalian baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat serta berjihadlah kalian dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” [TMQ al-Taubah (9):41].

Janganlah kalian menjadi seperti firman Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa jika dikatakan kepada kalian, ‘Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,’ kalian merasa berat dan ingin tinggal di tempat kalian? Apakah kalian puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit”[TMQ al-Taubah (9):38]

Jika tidak,

“Nescaya Dia akan mengganti (kalian) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kalian (ini)” [TMQ Muhammad (47):38].

14 Ramadan 1435H
12 Julai 2014M
HizbutTahrir

[terjemahan artikel/seruan bahasa Arab dari HizbutTahrir Pusat, yang disebarkan ke seluruh dunia]