Habib Munzir Kagum Dengan Akhlak Duta Kafir Harbi
Tambahnya lagi, “saudara dan saudariku, buka hatimu lebih luas kepada yang seagama dan tidak seagama, itulah peribadi Sayyidina Muhammad saw. Semoga Allah melimpahkan hidayah dan kesucian kepada beliau dan seluruh penduduk Amerika Syarikat dan seluruh dunia.” (http://majelisrasulullah.org)
Larangan Menampakkan Kesetiaan Dan Kasih Sayang Kepada Orang-Orang Kafir
Seruan ayat ini ditujukan khusus kepada kaum Mukminin di mana dhamîr mukhâthab (kum iaitu kalian) pada frasa min dúnikum merujuk kepada orang-orang Mukmin. Oleh kerana kata dûna bermaksud ghayru (selain), maka pengertian min dúnikum (sebagaimana yang dijelaskan al-Razi dan al-Khazin) mencakupi semua orang bukan Islam (kafir) tidak kira sama ada ia Yahudi, Nasrani, musyrik ataupun munafik. Penjelasan yang sama telah dijelaskan oleh mufassirin yang lain seperti al-Thabari, al-Alusi, Ibnu Katsir, al-Baidhawi, Ibnu ‘Athiyyah, al-Syaukani, al-Jazairi dan lain-lain di dalam kitab tafsir mereka masing-masing.
Oleh itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Thabari dalam tafsirnya, ayat ini melarang kaum Muslimin daripada menjadikan orang-orang kafir sebagai akhillâ wa ashfiyâ’ (sahabat dan teman dekat). Di samping teman rapat, menurut al-Baghawi , tidak boleh juga diambil orang kafir menjadi auliyâ’ (wali: pelindung, penolong, pembantu dan seumpama dengannya).
Larangan menyakiti kaum Muslimin
Tindakan mana-mana kaum Muslimin untuk menerima dan menyambut duta AS dengan penuh penghormatan dan kemuliaan dalam mana-mana negara umat Islam akan menyebabkan bertambahnya penderitaan dan rasa sakit kaum Muslimin yang sedang dialami pada saat ini, terutamanya yang berdepan dengan penjajahan ketenteraan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Iraq, Afghanistan, Pakistan, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lain.
AS Adalah Negara Kafir Harbi Yang Wajib Diperangi
Amerika Syarikat (termasuk British dan Rusia) adalah tergolong dalam kategori negara kafir harbi fi’lan kerana mereka dengan secara jelas dan terang-terangan memerangi negara-negara kaum Muslimin sepertimana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan. Kesatuan negara-negara umat Islam adalah salah satu dari aspek hukum dan kenegaraan. Oleh itu, hukum asal hubungan antara tanah umat Islam dengan AS adalah hubungan perang dan bukannya hubungan damai, tidak boleh ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara kafir harbi fi’lan. Ini termasuklah kewujudan konsulat, kedutaan atau perwakilan negara mereka dalam mana-mana negara umat Islam. Haram bagi negara umat Islam untuk mengadakan sebarang transaksi dengan mereka, apatah lagi bermanis muka dengan mana-mana wakil negara yang telah membunuh umat Islam. Di dalam kitab Muqaddimah ad-Dustur menyebutkan bahawa:
Ahl al-Harb (warganegara kafir harbi) juga tidak boleh dibiarkan masuk ke dalam negara kaum Muslimin sebagai pedagang. Jika mereka masuk tanpa jaminan keamanan (al-aman) dan risalah (sebagai duta), maka harta mereka boleh dirampas. Jika mereka masuk dengan al-aman, dengan syarat membayar lebih 1/10 atau kurang daripada harta mereka, maka bolehlah diambil (bayaran tersebut). Jika mereka masuk tanpa al-aman dan syarat, mereka wajib dikembalikan ke negara mereka dan tidak boleh dibiarkan berterusan untuk menetap di negara kaum Muslimin. (as-Syafi’i, al-Umm, juz IV, hal. 244)
Justeru, kita harus sedar bahawa duta-duta AS yang berada dalam negara-negara umat Islam pada hari ini adalah berstatus kafir harbi fi’lan dan mereka wajib diusir keluar dari tanah umat Islam. Kita tidak dibolehkan untuk bermanis muka apatah lagi bersangka baik dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah musuh Allah dan RasulNya yang nyata.
Sumber:
http://jakarta.usembassy.gov/news/embnews_01102013.html
http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=411&Itemid=1