Halangan-halangan kembalinya Khilafah (Siri 2 – Akhir)

Wajah sebenar penguasa umat

Dengan pengkhianat yang semakin nyata yang dilakukan oleh pemerintah kaum Muslimin, kini umat sudah mengenali wajah sebenar pemerintah mereka. Topeng-topeng penyelamat umat yang mereka pakai selama ini telah tercabut. Di Arab Saudi, para pemimpinnya selama ini berselindung di sebalik mazhab Wahabi yang konservatif, sudah tidak lagi merasa malu kepada umat untuk mengkhianati Allah dan Rasul-Nya secara terang-terang.

Mereka telah mengotori tanah Hijaz secara terang-terangan, dengan dasar hedonisme dan liberalisme. Pemerintah Saudi yang kononnya penjaga dua tanah suci, telah membenarkan tarian dan muzik berhampiran dengan kota suci Madinah. Apa yang dilakukan oleh mereka jauh lebih buruk daripada kaum kafir Quraisy dahulu, di mana Saudi telah menjemput para penyanyi, ahli muzik dan artis dari seluruh duina untuk menjayakan konsert-konsert yang tidak senonoh. Tidak pernah dalam lipatan sejarah di Mekah, kaum kafir Quraisy menjemput para penyanyi dari Parsi dan Rom untuk menjayakan konsert [http://www.khilafah.com/staying-silent-against-the-liberal-reforms-is-an-invitation-to-destruction/].

Di Turki, Erdogan yang dianggap ramai orang sebagai pembela Islam dengan retorik beliau yang memukau, juga telah tertanggal topengnya, khususnya dalam krisis Syria. Hubungan rapatnya dengan musuh Allah, Putin, telah sampai ke tahap yang cukup hina. Ketika umat Islam bangkit menentang Presiden Bashar Al-Assad yang zalim, Erdogan bersama pemimpin Iran dan Rusia telah  yang membantu AS untuk memerangi umat Islam di tanah Syam itu. Erdogan telah menyuntik pelbagai helah dan tipu daya ke atas umat Islam Syria sepanjang lebih 7 tahun revolusi. Melalui  Operasi Euphrates Shield (2016), Olive Branch (2018), and Peace Spring (October 2019) akhirnya kota seperti Alleppo dan Idlib yang menjadi tempat umat berlindung daripada kezaliman Asad, akhirnya jatuh ke tangan Assad. Dengan itu, si penzalim Bashar tetap terus berkuasa, manakala umat Islam Syria terus merana [http://www.khilafah.com/finally-the-masks-fell-off-the-faces-of-the-american-agents-erdogan-rouhani-and-putin/].

Manakala di Pakistan pula, Presiden Imran Khan telah berjanji mahu menjadikan Pakistan seperti negara Islam Madinah. Namun, ternyata dalam isu Kashmir, beliau mengkhianati umat Islam apabila berdiam diri ketika India merampas Kashmir. Kenyataan beliau yang mengkritik, tetapi dalam masa yang sama mendukung dasar-dasar kejam Presiden Modi terhadap Kashmir, sebenarnya telah menyerlahkan wajahnya yang sebenar. Kenyataan-kenyataan Imran Khan sering memberi kredit kepada Modi sehingga si pembunuh umat Islam itu terus kekal memimpin India dan mencengkan kuku besinya ke atas Kashmir [http://www.khilafah.com/khan-betrays-the-muslim-ummah/].

Tatkala Presiden Trump menjadi perantara dalam normalisasi negara-negara umat Islam dengan eniti Yahudi, antara habuan yang akan dijanjikannya ialah, Amerika akan membantu negara-negara tersebut baik secara ekonomi mahupun ketenteraan. Maka para penguasa Arab yang selama ini berpura-pura membenci entiti Yahudi dan mendukung perjuangan Palestin, akhirnya satu per satu berbaris untuk bersalam entiti haram tersebut. Betapa hinanya mereka.

Kesemua fakta ini jelas menunjukkan bahawa para pemimpin umat Islam di mana-mana negara sekalipun hanyalah merupakan para ejen penjajah merangkap rakan baik musuh umat Islam. Mereka berpura-pura di hadapan umat selama ini, sedangkan tindakan-tindakan mereka sentiasa berpihak kepada musuh Islam. Dengan kehendak Allah, topeng kepura-puraan mereka telah tertanggal, dan wajah sebenar mereka telah terserlah. Umat Islam kini sudah kenal siapa mereka. Dengan tindakan mereka sendiri, mereka telah membuka pekung mereka di dunia, dan di akhirat lebih buruk lagi nasib mereka. Sabda Rasulullah (saw):

« مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِى أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لاَ يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلاَّ لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمُ الْجَنَّةَ »

“Setiap pengkhianat diberi panji pada Hari Kiamat yang diangkat mengikut kadar pengkhianatannya. Ketahuilah, tidak ada pengkhianat yang lebih besar pengkhianatannya daripada pemimpin masyarakat (penguasa)” [HR Muslim, Ahmad, Abu ‘Awanah dan Abu Ya’la].

Sistem politik dalaman dan antarabangsa yang menghalang berdirinya Khilafah

Walaupun umat sudah mula sedar bahawa para pemerintah mereka adalah pengkhianat, namun pemerintah ini masih terus berkuasa kerana Barat mendukung mereka, dan pasukan keselamatan masih lagi berpihak kepada mereka. Barat sentiasa memastikan bahawa yang golongan yang naik ke pemerintahan adalah ejen atau talibarut mereka, kerana Barat sangat memahami sekiranya mereka tidak mencaturkan kenaikan pemimpin ini, Khilafah akan tegak dengan lebih cepat lagi, yang akan menghapuskan hegemoni mereka. Walaupun sebahagian penguasa kaum Muslimin telah pun berjaya dijatuhkan oleh umat khususnya melalui revolusi Arab Spring, namun penggantinya tetap sahaja sama. Kenapakah hal ini boleh terjadi?

Pertama: Sistem demokrasi yang menjadi teras politik di kebayakan negara kaum Muslimin, sentiasa membenarkan siapa sahaja untuk dicalonkan sebagai pemerintah asalkan mereka mempunyai wang yang banyak untuk berkempen. Kos yang tinggi untuk menjadi pemimpin menjadikan ia sasaran mudah bagi pelobi-pelobi di kalangan para kapitalis dan para penjajah untuk campur tangan dalam urusan pemerintahan. Pemimpin yang telah ditaja oleh penjajah pastilah akan mengikut telunjuk mereka. Walaupun beratus kali pilihan raya diadakan, hal yang sama tetap juga berlaku. Sekiranya pemimpin tersebut tidak mahu mengikut telunjuk penjajah, dengan mudah penjajah menyingkirkan mereka melalui pelbagai cara yang cukup mudah, termasuk kudeta. Ini  telah dialami oleh Presiden Morsi di Mesir. Jika penjajah tidak mampu mencipta kudeta, maka penjajah sendiri akan menyerang mereka dan menghancurkan rejim tersebut. Ini telah berlaku ke atas Presiden Saddam Hussein di Iraq.

Kedua: Keadaan negara-negara umat Islam yang terpecah-belah ini adalah terlalu lemah sehingga memudahkan para penjajah untuk campur tangan dalam hal politik. Negara-negara umat Islam dipecahkan menjadi negara-negara kecil berdasarkan bangsa, lalu dimerdekakan oleh para penjajah. Negara-negara kecil sudah pasti lemah dari pelbagai sudut, khususnya ketenteraan dan ekonomi sehingga perlu bergantung kepada negara-negara penjajah tadi. Kita tidak terkejut antara sebab negara-negara kaum Muslimin melakukan normalisasi dengan entiti Yahudi ialah kerana bantuan ekonomi dan ketenteraan daripada AS. Dengan kebergantungan ini, maka amat mudahlah negara-negara penjajah mengeksploitasi dan memanipulasikan para penguasanya.

Ketiga:  Negara-negara kaum Muslimin selalu bergantung kepada badan-badan antarabangsa, khususnya PBB dan OIC dalam menyelesaikan masalah mereka. Padahal badan-badan antarabangsa ini didominasi oleh para penjajah, dan tidak pernah menyelesaikan masalah pun. Para penjajah mewujudkan badan-badan ini untuk mengawal negara-negara kecil dan memanipulasi mereka, bukan untuk menyelesaikan masalah mereka. Kehadiran PBB di kawasan bergolak hanyalah memanjangkan lagi penjajahan ke atas umat Islam. Sementara OIC yang didominasi oleh Arab Saudi, hanyalah alat AS mengawal dunia Islam daripada bangkit menentangnya.

Kesimpulan

Para penjajah sedar akan kekuatan umat Islam sekiranya umat Islam bersatu di bawah sebuah negara Khilafah Islamiyyah. Khilafah akan menjadi ancaman utama ke atas status quo mereka. Oleh yang demikian, mereka perlu menaikkan ejen-ejen mereka, dan melalui ejen inilah Barat memastikan apa jua gerakan atau suara untuk mengembalikan Khilafah disekat habis-habisan. Sistem yang mereka paksakan ke atas umat iaitu demokrasi, turut memainkan peranan penting dalam usaha mereka “mengawal” pemikiran umat agar tidak kembali kepada sistem Khilafah. Walau bermacam usaha dan tipudaya dilakukan oleh Barat dan ejen-ejen mereka untuk menghalang kembalinya Khilafah, namun kembalinya kekuasaan Islam ini merupakan janji Allah dan janji Rasul-Nya yang pasti akan terjadi. Hanya sahaja, ia akan kembali melalui usaha mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh, dan melalui jalan yang pernah dilalui oleh Rasul-Nya.

Wallahu a’lam.