Hanya ada satu penyelesaian sahaja untuk umat Islam di Ghouta Timur

Pembunuhan di Ghouta Timur adalah babak jenayah terkini yang dilakukan oleh pembunuh kejam Bashar al-Assad dan penyokong-penyokongnya dari negara-negara Barat dan Timur. Empat tahun dahulu senjata kimia ditembak ke arah orang-orang awam (di Ghouta) dan situasi terkini menyamai peristiwa berdarah yang pernah terjadi di Srebrenica,  Bosnia, sebagaimana juga peristiwa berdarah di Aleppo, Syria, menyamai peristiwa berdarah di Sabra dan Shatila, Palestin.

Amat memalukan sekali apabila kita melihat dunia hanya menonton sahaja, sebagaimana mereka hanya memerhati sahaja pembunuhan beramai-ramai di Rohingya atau jenayah yang dilakukan setiap hari ke atas umat Islam di Palestin.

Tidak menghairankan apabila negara-negara Barat hanya mengeluarkan ucapan-ucapan kutukan yang sia-sia sedangkan penjajahan yang mereka lakukanlah yang secara langsung mengkordinasi kekejaman tersebut demi meraih manafaat kebendaan. Tidak ada gunanya mengharap pemerintah-pemerintah negara-negara umat Islam yang berdekatan untuk mengusahakan sebarang tindakan yang akan menyelamatkan orang-orang yang dibunuh oleh tentera Bashar.Mereka semua sudah mengikat bendera-bendera mereka begitu ketat sekali dengan tiang bendera negara-negara Barat sehinggakan mereka tidak akan bertindak menentang kepentingan penjajah-penjajah Barat.

Tentera-tentera di wilayah umat Islam sepatutnya menyahut seruan Allah dan RasulNya, yang menyeru mereka kepada sesuatu yang memberi mereka kehidupan. Kita sepatutnya tahu bahawa Allah yang memberi kita petunjuk kepada Islam dan Dialah yang akan menghisab kita semua pada hari di mana kita semua akan dihimpunkan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kalian, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah mendinding antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepadaNya-lah kalian akan dihimpunkan.[al-Anfal 24]

Mereka yang memiliki paling banyak kemampuan adalah mereka yang memikul tanggungjawab paling besar untuk bertindak apabila mendengar tangisan ratusan manusia yang tidak berdosa yang disembelih dari hari ke hari.

وَإِنِ اسْتَنصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ…

Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan (al-Anfal 72)

Jika tentera umat Islam mempraktikkan latihan yang telah mereka jalani dan senjata yang mereka miliki untuk mempertahankan umat Islam yang dianiaya oleh diktator-diktator kejam  yang menyembelih dan membunuh orang-orang awam yang tidak berdosa, maka dengan izin Allah, mereka akan beroleh kejayaan.

وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman. {Ar-Rum: 47]

Namun hanya mereka yang tergila-gila dengan nasionalisme yang merupakan penyakit sekular Barat akan terus menghormati sempadan-sempadan Sykes-Picot ciptaan penjajah yang berusia hampir satu abad lamanya. Oleh itu mereka berpendapat mereka tidak boleh campur tangan dalam urusan negara lain yang berdaulat. Walaubagaimana pun kita mesti menyoal mereka kedaulatan siapakah yang mesti dihormati ketika Allah berfirman:

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ

Maha Suci Allah Yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. [Al-Mulk 1-2]

Sempadan-sempadan tersebut tidak sepatutnya wujud hingga memecahbelahkan umat Islam kerana Islam telah menjadikan kita satu umat. Rasulullah saw bersabda: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka seluruh badan akan merasakan panas dan demam”

Oleh itu kami menyeru umat Islam untuk terus memberi peringatan kepada umat Islam yang memiliki kemampuan dalam tentera untuk menyedari tujuan mereka yang sebenar, dan bahawa hanya konsep-konsep palsu nasionalisme dan ahli-ahli politik yang khianat yang menghalang mereka daripada merealisasikan kemampuan mereka yang sebenar. Mereka adalah pembela umat dan wahana yang mana seluruh dunia akan mengetahui keadilan Islam.

Hanya negara Khilafah yang mengikut manhaj kenabian sahaja yang akan mengakhiri kekejaman agen-agen penjajah Barat yang hanya memperkayakan tuan-tuan mereka di luar negeri manakala dalam masa yang sama mereka menyebabkan umat Islam menderita.

Khilafah adalah janji Allah subhanahu wa taala dan berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Allah berfirman,

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لاَ يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan amal saleh, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia ridhai (Islam). Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [An-Nur 55]

Terjemahan dari : http://www.hizb.org.uk/viewpoint/solution-muslims-eastern-ghouta/