Hizbut Tahrir Amerika Sekali Lagi Menggegarkan Pusat Peradaban Kapitalisme
Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Responbility for Equality and Liberty (REAL) telah menulis tentang rancangan Hizbut Tahrir Amerika tersebut. Dalam artikel yang dimuatkan dalam web mereka, REAL, dinyatakan bahawa, “Sekali lagi, pinggir bandar Chicago akan menjadi tempat Hizbut Tahrir mengadakan seminar terbuka pada hari Ahad, 20 Disember, kali ini menggunakan pusat masyarakat yang dikelola oleh kerajaan di Lombard, Illinois. ”
Dengan bencinya, kelompok pembela kebebasan tersebut menuduh Hizbut Tahrir sebagai sebuah kumpulan ekstrim yang menentang demokrasi dan kebebasan beragama. “Hizbut Tahrir Amerika sedang mengadakan acara terbarunya di pinggir kota Chicago, Lombard, Illinois yang bertajuk Krisis Pakistan – Kejadian Kini & Arah Masa Depan.”
Kelompok yang menggelar diri mereka sebagai pembela kebebasan tersebut telah berusaha untuk memberikan kebebasan kepada Hizbut Tahrir untuk bercakap, tetapi mereka juga berusaha menggagalkan kegiatan tersebut.
Hizbut Tahrir Amerika telah menyewa Bangunan Komuniti Lombard di Jalan St Charles Timur 433 untuk digunakan pada tarikh 20 Disember 2009, jam 5.00-6.30.
“Kami yakin bahawa Daerah Lombard Park dan Kerajaan Lombard tidak tahu siapa dan apa itu Hizbut Tahrir, atau adakah mereka berfikir untuk bertanya. Kami mendesak para pembaca untuk menghubungi kerajaan dan media Lombard untuk membuat mereka sedar akan hal ini,” kata mereka dalam web REAL.
Kumpulan REAL juga mengkritik aktiviti Hizbut Tahrir di Kanada yang telah menggunakan kemudahan kerajaan yang diadakan pada bulan Julai lalu. REAL juga menyebarkan pelbagai tuduhan palsu, baik dari media barat ataupun daripada sumber-sumber yang tidak diketahui.
Dalam kenyataannya, sumber berita Hizbut Tahrir Palestin menyebutkan bahawa tulisan daripada REAL tersebut penuh dengan kesalahan, pembohongan dan kepalsuan.
“Banyak maklumat yang tidak benar, sehingga mereka menyesatkan orang-orang Amerika dan menulis dengan kebencian dan permusuhan terhadap Islam dan kaum Muslimin. Mereka juga ingin menghantar mesej kepada kaum Muslimin di Amerika dengan melabelkan Hizbut Tahrir dengan label-label pengganas untuk mengaitkan Hizbut tahrir dengan Taliban dan Al -Qaeda, sehingga mereka menjauhinya. ”
Sebelum itu, REAL juga telah berusaha menggagalkan aktiviti Hizbut Tahrir Amerika untuk kali pertama ketika diadakan Konferens Khilafah dengan tema “Kejatuhan Kapitalisme dan Kebangkitan Islam”. Namun acara tersebut tetap berlangsung di Hotel Hilton, Oak Lawn Illinois Chicago. Mesej-mesej Islam dan seruan penegakkan Khilafah pun semakin berkembang di bumi Amerika. Media-media tempatan telah melaporkan acara tersebut.
“Dan sesungguhnya mereka telah membuat makar yang besar padahal di sisi Allahlah (balasan) makar mereka itu. Dan sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya.” (TMQ Ibrahim [14]: 046)
Kebangkitan Islam telah dijanjikan. Sekuat mana pun usaha kafir barat untuk menghalangnya, fajar kemenangan Islam pasti akan tiba juga sehingga Islam benar-benar meliputi hujung timur dan hujung barat bumi ini, InsyaAllah.
Sumber: syabab.com