Hizbut Tahrir bagi Wilayah Bangladesh mengadakan perhimpunan protes terhadap Pengiktirafan Baitulmuqaddis (Jerussalem) sebagai “Ibu Kota” Zionis Negara yang tidak sah yakni “Israel” oleh Negara Penjajah Amerika.
Dalam perhimpunan protes tersebut, Jurubicara Hizbut Tahrir Bangladesh mengutuk pengumuman Presiden AS Donald Trump bagi pengiktirafan rasmi Al-Quds sebagai ‘Ibu Kota’ negara tidak sah Zionis iaitu ‘Israel’ pada 6 Disember 2017 dan penglibatan pemimpin-pemimpin dunia Arab dan Muslim yang khianat, yang melahirkan orang-orang seperti Trump yang berani bermain dengan sentimen orang Islam berkenaan tanah Al-Quds yang diberkati.
Jurubicara mengatakan bahawa air mata palsu dan bantahan lemah dari pemerintah Arab dan Pemimpin Islam tidak akan menghapuskan pengkhianatan setengah abad mereka. Sejak pendudukan Al-Quds dari tahun 1948, pemimpin-pemimpin ini tidak rasa bersalah dengan memperbodohkan orang Islam dengan ucapan-ucapan kosong dan berapi-rapi namun yang tidak mempunyai kesan apa-apa pun. Pada hakikatnya, penguasa-penguasa dari tanah-tanah umat Islam ini tidak pernah memperdulikan pembebasan Al-Quds, sebaliknya mereka selalu bertindak sebagai “Pasukan Pertahanan Israel” yang sebenar untuk menghalang umat Islam berarak ke arah Israel.
Oleh itu, tidaklah mengejutkan kita apabila kita mengetahui bahawa ketua Kuffar Trump telah membuat beberapa panggilan telefon dengan hamba-hambanya di rantau ini, termasuk Raja Abdullah Jordan, Presiden Mesir Abdel Fatah al-Sisi, Raja Salman dari Arab Saudi, dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebelum pengumuman tersebut dilakukan. [The Guardian, 12/6/17]. Amerika juga telah mengajar pemimin-pemimpin khianat umat Islam ini dengan cara yang terbaik bagi mengatasi kemarahan dan kekecewaan umat dengan dengan perbincangan yang ritorik malah sia-sia sahaja. Oleh itu, ia juga tidaklah mengejutkan kita apabila kita mendengar kata-kata yang nista oleh pemimpin Turki Tayyip Erdogan, yang mengatakan Al-Quds adalah “garis merah” untuk umat Islam.
Kami ingin menyoal pemimpin-pemimpin yang hipokrit ini, malah bijak menyembunyikan pengkhianatan mereka kepada umat Islam seluruhnya hanyalah sebuah retorika kosong, tidakkah pengkhianat-pengkhianat ini menyeberangi “garis merah” apabila dia membuat pernjanjian berjuta-juta dolar (tertinggi dalam sejarah) dalam industri gas dan senjata dengan penjajah Zionis, yang mana membunuh umat Islam seperti binatang (burung)? Mengapakah hanya dengan pengumuman ini “Ibu Kota yang tidak sah” yang membawa mereka untuk mengatakan bahawa dia ingin “memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel ” !? Seolah-olah hubungan diplomatik yang utuh sebelum ini dengan Zionis bukanlah pengkhianatan terhadap umat Islam, dan Allah (swt)!
O Muslim! Al-Quds adalah tanah yang dibuka oleh Khalifah Umar (ra), yang sekali lagi diselamatkan oleh Salahuddin Al Ayyubi (r) yang hebat dari tangan tentera salib. Tanah ini adalah amanah bagi umat Islam di seluruh dunia. Melindungi Amanah ini dan cinta sejati kita kepada kesucian Al-Quds bermaksud membebaskan seluruh Palestin dan Al-Quds dari pendudukan Zionis. Oleh itu, kita tidak boleh terus dipermain-mainkan oleh retorik-retorik para penguasa pengkhianat ini yang secara jelas tidak akan melakukan apa-apa untuk membebaskan tanah yang diberkati ini dari pihak Kuffar. Kita tidak boleh terjebak dalam perdebatan yang sia-sia mengenai pengiktirafan ‘”Ibu Kota Tidak Sah” bagi puak Zionis ini, sebaliknya kita harus terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik untuk membawa kembali Khilafah yang mulia yang akan menghapuskan negara tidak sah Zionis yang diciptakan oleh penjajah Barat. Dengarkanlah seruan kami, Wahai Kaum Muslimin! Al-Quds akan menjadi Ibu Kota Khilafah yang akan datang seperti yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad saw yang amat kita kasihi. Oleh itu, kami menggesa anda semua untuk menunaikan kewajipan anda untuk berusaha keras bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mengembalikan Khilafah menurut yang kedua dengan jalan kenabian (saw), dan hanya dengan Khilafah yang akan mempunyai kekuatan untuk mengubah kekacauan ini yang dicipta oleh kolonial-kolonial barat di tengah-tengah umat Islam. Nabi (saw) berkata:
«هَذَا الأَمْرُ كَائِنٌ بَعْدِي بِالْمَدِينَةِ، ثُمَّ بِالشَّامِ، ثُمَّ بِالْجَزِيرَةِ، ثُمَّ بِالْعِرَاقِ، ثُمَّ بِالْمَدِينَةِ، ثُمَّ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ، فَإِذَا كَانَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ فَثَمَّ عُقْرُ دَارِهَا، وَلَنْ يُخْرِجَهَا قَوْمٌ فَتَعُودَ إِلَيْهِمْ أَبَدًا»
“Perkara ini (Khilafah) akan diteruskan selepas saya di Al-Madinah, kemudian (pindah ke) Al-Shaam, kemudian ke Semenanjung, kemudian ke Iraq, kemudian ke kota (Constantinople), kemudian ke Bait-ul-Maqdis. Maka jika ia sampai di Bait-ul-Maqdis, maka ia akan sampai ke tempatnya (tempat peristirahatan semula jadi); dan tidak akan dapat orang yang menghapuskannya (iaitu Ibu Kota Khilafah) dari tanah mereka akan dapat kembali (untuk mereka menjadikan Ibu Kota mereka lagi). ” [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Asaakir, dari Maseerah b. Jaleese]
Pejabat Media
Hizbut Tahrir Wilayah Bangladesh
Ref: 1439-03/03
08/12/2017 CE
Friday, 20th Rabii’ I 1439 AH