HT Palestin Mengecam Tindakan Memalukan Pemerintah Palestin

HT Palestin Mengecam Sokongan Pemerintah Palestin Terhadadap Pertandingan Ratu Cantik
Ramallah – Infopalestin: Hizbut Tahrir di Palestin mengutuk pemerintah Palestin di Tebing Barat kerana membenarkan penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Palestin yang berlangsung dari hari ini hingga 26 Disember ini.

Dalam salinan kenyataan HT Palestin yang diterima oleh Infopalestin, HT Palestin menegaskan “bahawa kehormatan kaum wanita muslimah bukan untuk diperdagangkan ataupun ditontoni wahai “Pemerintah yang Memalukan”.  Disamping itu, pihak ini juga terus melakukan aib politik dan berusaha menyebarkan aib, kemungkaran, kekejian dan kerosakan di antara warga Palestin.

HT Palestin menegaskan, pesta ratu cantik seperti ini hanya bertujuan untuk mempromosikan budaya barat yang memperlakukan perempuan sebagai barangan yang layak dijual.  Sesungguhnya pertandingan seperti ini akan menghancurkan kesucian dan martabat wanita muslimah.

Mereka menegaskan, adalah amat jelas bahawa tindakan Penguasa Palestin yang membenarkan malah melindungi acara pertandingan seperti ini, adalah semata-mata sebagai salah satu agenda dalam rangka usaha melanggar tradisi masyarakat Palestin dan mengukuhkan politik sekular mereka.  Maka sudah semestinya para Pemerintah Palestin akan terus mendokong dan membiayai aktiviti-aktiviti barat ini.

HT menilai di antara tujuan pertandingan semacam ini adalah untuk melenyapkan nilai-nilai luhur Islam dan menyebarkan nilai-nilai barat.  Dua bulan lalu, Pemerintah Palestin telah membiayai pertandingan bola sepak wanita yang membuka aurat wanita.

Selain itu, pertandingan Ratu Cantik Palestin bertentangan dengan syariat Islam dan nilai-nilai luhur Palestin.  “Islam memuliakan wanita dan menjaga kehormatannya tanpa melihat kecantikan fizikal.  Islam melarang bersolek di depan umum dan membuka auratnya di hadapan lelaki bukan mahram“.

HT Palestin yakin bahawa umat Islam tidak akan berdiam diri terhadap tindakan Pemerintah Palestin yang keji ini dan meminta agar menghentikan tindakan seperti ini dengan segera kerana perbuatan mereka ini sama seperti menyebarkan kekejian di kalangan orang yang beriman.

HT Palestin menyeru kepada umat Islam agar segera menolak tindakan Pemerintah Palestin dan bangkit menghalang semua konspirasi yang ingin menghancurkan masyarakat muslim.  Wallahu’alam

Sumber : Website HTI 10/12/2009