HT Sudan Dan Kongres Rakyat Sudan Sepakat Menamatkan Rejim Boneka
Dalam perbincangan tersebut, Hizbut Tahrir diwakili oleh Nasir Ridha (Ketua Lajnah Ittishal Pusat), Ibrahim Utsman Abu Khalil (Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir wilayah Sudan), Awad Ahmad al-Hadi dan Muhammad Jami’ (Anggota Lajnah Ittishal Pusat). Manakala Kongres Rakyat pula diwakili oleh Ibrahim Sanusi (Pembantu Setiausaha Agung), Abdullah Hasan Ahmad (Wakil Setiausah Agung) dan Kamal Umar (Pegawai Politik).
Menurut kenyataan Hizbut Tahrir dalam akhbar, perbincangan yang mendalam yang berlangsung antara Hizbut Tahrir dengan Kongres Rakyat ini bertujuan untuk mengatasi masalah situasi ini “demi kepentingan negara dan rakyat”.
Kedua-dua belah pihak sepakat tentang wajibnya melaksanakan kehidupan berdasarkan Islam. Sebab, semua kehidupan ini adalah ibadah kepada Allah. Oleh kerana itu, adalah wajib untuk menjalankan peraturan berdasarkan Islam sehingga wujudnya keamanan dan keadilan bagi semua. Ini semua tidak mungkin akan wujud kecuali dengan melenyapkan “rejim ini, iaitu rejim yang sudah lama menyesatkan rakyat atas nama Islam, merampas hak-hak, memakan harta rakyat dengan batil, merobek-robek negara dan menjadikannya panggung sandiwara bagi kuasa kafir, serta pintu perluasan politik kaum kafir Barat untuk melaksanakan rencana mereka”. “Semua ini sama sekali benar-benar bertentangan dengan Islam”, tambahnya.
Sumber: www.alsahafa.sd 26/1/2011