Hizbut Tahrir Sudan dihalang anjur seminar

HT-SudanPada 27 Disember 2015, Hizbut Tahrir / Wilayah Sudan telah memaklumkan kepada polis tempatan, Wad Medani di Wilayah Jazira, hasrat untuk mengadakan satu Seminar Politik di Al Moulid Square pada 01/09/2016, berkenaan Projek Jazira. Pada 31/12/2015, pihak polis memberi jawapan lisan menolak permohonan Hizb. Selepas perbincangan, mereka menasihatkan Hizb untuk bertemu dengan Datuk Bandar Wad Madani. Mesyuarat kemudian diatur pada hari Isnin 04/01/2016 dan selepas menunggu lebih dua jam di kaunter pejabat wilayah tempatan, Datuk Bandar tidak muncul-muncul. Ketua delegasi Hizbut Tahrir meminta nombor telefon Datuk Bandar, lalu menelefon beliau dan selepas perbincangan Datuk Bandar berkata, “Seminar itu tidak boleh diadakan di dataran mahupun dalam dewan, ia hanya boleh diadakan di ibu pejabat Hizbut Tahrir dan Datuk Bandar mempunyai kuasa eksekutif. “

Kami di Hizbut Tahrir / Wilayah Sudan tidak terkejut dengan tingkah laku Datuk Bandar itu. Adalah satu perkara biasa bagi rejim untuk tidak menghormati perlembagaannya sendiri, yang menjamin hak untuk amalan politik. Beliau malah tidak menghormati Dikri Presiden No. (158) berkenaan penganjuran aktiviti parti, yang dikeluarkan pada tahun 2014, seperti yang dinyatakan dalam perenggan (2): “Parti-parti politik mempunyai hak untuk menganjur dan mengadakan seminar dan mesyuarat terbuka di dataran dan tempat-tempat awam.” Manakala pada perenggan (3) disebutkan: “Selain perenggan (2), kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diperolehi dalam masa yang mencukupi, sekurang-kurangnya 48 jam sebelumnya, dalam rangka menjaga keselamatan, perlindungan dan peraturan lalu lintas.”

Walaupun keputusan dan apa yang dinyatakan dalam perenggan (2) itu sangat jelas, pihak berkuasa tempatan tetap menolaknya, walhal mereka tidak mempunyai hak pun untuk menghalang. Perenggan (3) memperuntukkan dengan jelas bahawa peranan mereka hanyalah dalam hal keselamatan dan penjagaan acara tersebut sahaja. Apa yang berlaku ini hanyalah mengesahkan apa yang telah Hizb tekankan dalam penerbitan dan kenyataan kami, bahawa rejim ini tidak mempunyai kredibiliti pun, kononnya mereka sanggup melakukan dialog dengan pihak lain dan telus dan tidak akan menghalang mana-mana pihak!

Menghalang Hizbut Tahrir dari mengadakan seminar tidak akan menghentikan kami dari menyampaikan kebenaran kepada manusia dan ia hanya mendedahkan pembohongan rejim ini. Ia sama sekali tidak akan menghentikan Hizb dari mendirikan satu sistem yang tidak akan berbohong kepada rakyatnya, satu sistem yang menjamin keselesaan rakyat, satu sistem yang akan menegakkan keadilan, melalui metodologi dari Tuhan sekalian alam, yakni Khilafah al-Rasyidah yang kedua di atas jalan kenabian, yang akan muncul tidak lama lagi, Insya Allah

وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ

“Dan orang-orang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali” [Al-Shu’ara (26):227].