Seminar Media Antarabangsa Hizbut Tahrir: Mengembalikan Khilafah Dihadiri Wakil Media Seluruh Dunia

altPada hari Ahad minggu lalu, ratusan delegasi dari seluruh dunia  telah berkumpul di Beirut, Lubnan, untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Hizbut Tahrir bertujuan untuk mengembalikan Khilafah Islamiyah sebagai jalan penyelesaian bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku di dunia umat Islam. Seminar ini dihadiri oleh wakil-wakil dari Iraq, Palestin, Jepun, Sudan, Jordan, Dagestan, Pakistan, Bangladesh, Rusia, Turki dan negara-negara lain termasuk dari Malaysia.

Ahli panel telah membentangkan tentang masalah penjajahan yang berlaku ke atas negeri-negeri umat Islam seperti yang terjadi di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan bagaimana cara untuk membebaskannya. Mereka juga membongkar usaha-usaha untuk memecah belahkan Sudan, penyelesaian Islam terhadap krisis ekonomi dunia, keadaan umat Islam di Barat, golongan pemisah di Indonesia dan krisis nuklear antarabangsa termasuk masalah di Iran.

Konferens itu juga menghuraikan dengan terperinci tentang pendirian Hizbut Tahrir terhadap masalah-masalah ini dan bagaimana Negara Islam Khilafah dapat menyelesaikannya.

Para delegasi yang hadir berjanji untuk menyokong usaha Hizbut Tahrir dalam mengembalikan Khilafah Islam sebagai cara (thariqah) untuk membebaskan dunia Islam daripada dominasi fizikal (ketenteraan), ekonomi, dan politik Barat. Khilafah juga akan menjadi perantara dalam membawa era baru peradaban Islam untuk mewujudkan semula keadilan dan kesetabilan di seluruh dunia.

Demikianlah seperti yang telah disampaikan oleh Osman Bakhach, Pengarah Media Pusat Hizbut Tahrir di Lubnan. Sebelum itu, Hizbut Tahrir di seluruh dunia telah mengadakan Seminar Khilafah. Antaranya seperti di Australia, Pakistan dan di beberapa buah negara lain termasuk di Malaysia.