Suara Khilafah Kembali Menggegar Pusat Peradaban Kapitalis Dunia

Hizbut Tahrir Amerika (HTA) akan kembali menggegarkan pusat peradaban kapitalis. Khilafah bersiap untuk menentang kapitalis dan menawarkan kesejahteraan bagi Amerika dan dunia. Baru-baru ini HTA telah melancarkan sebuah video berkaitan penganjuran Konferens  Khilafah yang akan diadakan  pada 11 Julai 2010 di Chicago Marriott, Oak Brook, Amerika Syarikat, dengan tajuk, “Emerging World Order: How the Khilafah Will Shape the World”.

Ramai kaum Muslimin dari pelbagai negara memberikan sokongan dan doa agar acara tersebut berjalan dengan jayanya, sepertimana yang terungkap dalam komen-komen pengunjung di dalam laman web rasmi HTA.
Tahun lalu, HTA telah mengumumkan kewujudannya di Amerika Syarikat melalui konferens yang diadakan di Hilton, Oak Lawn, Illinois [baca: Jelang Konferensi Khilafah di Amerika: Dukungan Atas HTA Boleh Jadi Mengejutkan ].

Konferens  tersebut telah mendapat liputan dalam pelbagai media tempatan dan antarabanagsa. Di samping itu juga terdapat usaha sekelompok kecil masyarakat yang anti-Islam yang cuba untuk menggagalkan program tersebut. Apa yang menghairankan, mereka mengaku sebagai pembela kebebasan, tetapi berusaha untuk menghalang kebebasan kaum Muslimin untuk mengadakan konferens.

Menurut Gruen Madeleine, yang sentiasa membuat liputan berkenaan aktiviti-aktiviti HTA, mengatakan bahawa Hizbut Tahrir (HT) telah berada dalam lebih daripada 45 buah negara di seluruh dunia dan berusaha untuk mendirikan negara Islam. Apabila pemerintahan ini telah tertegak, HT akan menyebarkan Islam ke seluruh dunia.

Maklumat lanjut tentang Konferens Khilafah di Amerika ini dapat dilayari melalui  http://www.hizb-america.org/khilafah-conference-2010.

Sumber : www.syabab.com