HTM anjur seminar “Malapetaka Rajab 1342” di Ipoh

Dalam usaha berterusan untuk menyedarkan umat Islam mengenai malapetaka besar yg telah menimpa umat Islam di seluruh dunia sejak kejatuhan Khilafah pada 28 Rajab 1342, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan seminar bertajuk “Malapetaka 1342” di Ipoh, Perak.

Seminar yang mendatangkan dua aktivis HTM ini menjelaskan akibat kejatuhan Khilafah di mana umat Islam telah kehilangan perisai yg melindungi mereka dan menyebabkan umat Muhammad ini ditindas, dipecah-pecah dan dikuasai bukan sahaja secara fizikal malah secara pemikiran oleh puak kuffar.

Ust Abu Aiman dan Abu Arsyad selaku ahli panel menjelaskan kepada lebih kurang 100 hadirin bahawa keadaan yang lebih penting sekarang adalah umat Islam wajib berusaha mengembalikan Daulah Khilafah kerana selama mana tiada usaha dilakukan, seseorang Muslim itu sebenarnya berada dalam kemaksiatan kepada Allah SWT.